Blogger Review

FUN RIDE TO IPOH 2017 | Anjuran Selangor Tourism Association & Perak Tourism

10:30 AM

Pada Sabtu lepas, mama dan family serta beberapa blogger yang lain berpeluang untuk join satu treasure hunt FUN RIDE TO IPOH anjuran Selangor Tourism Association bersama dengan Destination Perak dan juga Perak Tourism. Pertama kali mama dan family join aktiviti macam ni tau. Anak-anak memang fun sangat siap cakap nak lumba race. hehehe. Pepagi tu kami semua wajib berkumpul di Hotel Goldcourse Klang dan setelah dapat briefing dari marshal sebelum bermula ride ini. Treasure hunt ride ini bukan la mencari harta karun tapi kami diberi soalan untuk ke next destinasi yang dituju dan penamatnya di Ipoh Perak.


Untuk ride ke Ipoh kali ni kesemua yang terlibat wajib melalui jalan lama ke Kuala Selangor. Kiranya semua tak boleh naik highway sebabnya di sepanjang jalan dari Klang ke Ipoh akan ada clue dan juga tanda arah yang wajib diselesaikan. Pheww bukan benda mudah nampak macam mudah tapi agak mencabar jugak la. So pit stop pertama kena berhenti di hadapan CAM Sendok Group. Tapi kannn mama dah terlajak sampai kena pusing balik. Hahaha.. 


Selepas itu, kami akan lalu di tempat-tempat menarik di Kuala Selangor. Selepas CAM Sendok Group kami terus ke The Kabin. Mama pernah bermalam di The Kabin ni best tau tidur dalam container macam ni. Tempat menarik untuk bermalam dari hingar bingar kota. Kemudian terus ke next stop Jeti Sky Mirror. Lepas ni kalau mama nak pergi Sky Mirror tahu la kat mana jeti dia kan. Kemudian kami terus ke Teluk Intan Perak. Kalau di sana mama dapat la tengok Menara Condong Teluk Intan. Memang kagum sangat dapat tengok depan mata. Walau tak turun bergambar tapi mama puas hati. 



Lepas jer Menara Condong Teluk Intan tu weolls dah sesat. Hahaha.. rasa nak nagis cari memang tak jumpa. Wassap tanya group dan tanya marshal so kami decide ke last pit stop di Tanjung Tualang Tin Dredge No 5 (TT5) yang terletak di Batu Gajah Perak. Sampai je sini kami berhenti untuk makan tengahari. Untuk pengetahuan semua tempat ini adalah kawasan Kapal Korek Biji Timah yang terakhir di Malaysia. Pertama kali dapat peluang tengok depan mata melihat Kapal Korek Bijih Timah Tanjung Tualang di Batu Gajah Perak. Anak-anak mama kata besar sangat dah macam dinasour. Hahahah




Kemudian kami semua konvoi ke Kellie's Castle di Batu Gajah Perak. Best jugak berkonvoi siap di escort dengan polis trafik lagi tau. Heii memang peluang yang menarik sampai anak-anak kata mama kita race ker.. Tengok anak-anak happy mama pun happy jer. Sampai di Kellie's Castle ni kami tak masuk sampai dalam pun. Mama sempat ambil gambar kat bawah jer. Seram pulak kalau masuk sampai dalam. Mama dengar sejarah dia pun dah seram. Tapi bagi korang berani boleh masuk yer sebab ada port bergambar yang cantik.



Lepas jer keluar dari Kellie's Castle, kami terus check in hotel di Hotel M Motel di Meru Perak. Kami diberi masa untuk berehat, mandi dan solat selepas itu terus pergi ke Lost World of Tambun untuk sesi makan makan dan juga penyampaian hadiah. Untuk hotel ni nanti mama akan story di entri yang lain tau. 



Sampai jer Lost World of Tambun, anak-anak siap cakap mama kita pernah datangkan. yer anak-anak ini kali ke 2 kami datang ke sini. Masa datang sini dah lama time tu pun bebudak ni kecik lagi. Yang pelik bebudak ni jadi behave sangat tau siap suruh tangkap gambar untuk kenangan katanya. Jangan tak tahu Qebal siap cakap mama masukkan dalam facebook tau. Hahaha. Anak blogger biasalah kan.. advanced sangat. 

Memula mama ingat masuk ke Lost World of Tambun ni hanya untuk sesi makan dan penyampaian hadiah. Tapi kan siap dapat tiket untuk mandi Hot spring pulak. Lagi lah bebudak ni seronok. Sampai mama kelam kabut pergi beli baju extra untuk depa mandi. hahaha.. mama lepas ni make sure bawak baju extra ok. Hehehe.. tapi kami tak pa ok jer.. siap mama pun berkubang mandi sama. hahahah.. takper tak panas mama boleh jer mandi sampai kecut jari-jari ni.. 


Sesiapa yang datang ke Lost World of Tambun kali ni adalah tema Halloween. Memang dekorasi semua hantu-hantu lah.. Qeram siap tengok buah labu oren tu kata hantuuu hantuuu.. hahaha.. Sebelum anak-anak lupa untuk bergambar mama paksa depa tangkap dulu gambar berlima dengan staff Lost World of Tambun ni. Tapi tengok la nampak kepala Qeisya jer.. muka dia pandang apa lah nak oiii... adik tak sabar nak mandi ker... hahahha..



Tahniah kepada yang berjaya dalam treasure hunt ini. Mama memang tak menang la sebab dah sesat kemana hala jer. Hahaha tapi kami enjoy sangat sebab dapat melihat tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Selangor dan juga Ipoh. Excited memasing dapat gift dari Tourism Perak. Ada juga la souvenir dari event di Ipoh. Memasing pakat lapar terus kami makan malam dulu. Terima kasih Lost World of Tambun menyediakan makanan yang sangat sedap dan lazat. Yang pasti mama dapat juga merasa Nasi Vaggey yang popular di sini. Memang sedap sangat sampai habis sepinggan juga la mama makan. diet ker apa letak tepi. hehehhee.. sebab lapar kan..


Lepas jer makan, anak-anak dah siap ajak nak mandi. Pakat tak sabar-sabar dah terus tukar baju siap berlari mandi. Ehhh bebudak ni tak letih ker tadi kemahin kata nak tidur dalam hotel. Nampak jer air terus tak ingat nak tidur dah. Hahahha. Korang berendam la lelama nak sampai kecut pun takper.. Malam nanti kompom korang tidur tak sedar punya. Hahahah..

Tetiba swimming wear tak proper.. hahaha.. last minit punya beli. kekekke


Akhir sekali mama ucapkan ribuan terima kasih kepada Lost World of Tambun untuk peluang yang sangat menarik ini. Anak-anak siap ajak datang lagi untuk mandi. Ingatkan apa sebab bebudak tak puas nak mandi lagi. Siap ulang banyak kali mama terima kasih bawak Qebal Qeram datang sini. Alaa korang ni buat mama sebak jer tau. Dan tak lupa juga kepada Selangor Tourism Association, Destination Perak dan Perak Tourism sudi menjemput mama sekeluarga untuk join aktiviti yang sangat menyeronokkan. Terima kasih sangat-sangat! Kalau ada aktiviti lagi boleh jemput dan insyaAllah kami join!! Memang best sangat. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :


Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. mmg syok la tgk geng blogger yg pi fun ride ni..oh tersesat ye jue ..nasibaik lps tu smp juga kn..sronok mandi manda mlm tu

    ReplyDelete
  2. Wahh seronoknyaa! Nani pun samaa, baca sejarah kellie castle tu pun dah seraam. Hahah.

    ReplyDelete
  3. funnya mama juee... seronok jerr nampak.. best jugak join fun ride macam ni

    ReplyDelete
  4. Suka aktiviti macam ni singgah sana, sini, situ kira macam treasure hunt.

    ReplyDelete

Like us on Facebook