Event Review

Final My Fun Cooking Competition 2017 Di One Space, The Square Subang

9:00 AM

Ingat tak lagi pasal pertandingan memasak My Fun Cooking Competition 2017 anjuran Lee Kum Kee dan Desa Home bulan lepas di One Space, The Square Subang? Tak ingat ok meh baca dekat sini My Fun Cooking Round 1. Pada Ahad baru-baru ni, pertandingan memasak My Fun Cooking Competition 2017 telah ke peringkat akhir. Pasukan yang menang dari minggu pertama hingga minggu ketiga akan bertanding dengan artis dan MMA Star, Encik Peter Davis pada peringkat akhir pertandingan tersebut. 


Pertandingan pada peringkat akhir sangat sengit dengan kumpulan yang sangat hebat dan kreatif dalam bakat memasak masing-masing. Tiga pusingan pertandingan telah diadakan pada 15, 22 dan 29 Oktober lalu. Antara empat daripada 12 pasukan berjaya ke peringkat akhir. Kali ini mereka akan berentap memasak dengan Encik Peter Davis yang akan menunjukkan kehandalan dalam kulinerinya yang luar biasa. 

Setiap pasukan yang mengambil bahagian memerlukan dua ahli keluarga untuk mengambil bahagian dengan salah satu daripada mereka adalah kanak-kanak yang berusia diantara 10 hingga 18 tahun dan bersama ibu bapa atau penjaga. Semua pasukan diberi belanjawan tetap untuk membeli bahan dari SK Market dalam masa 30 minit. Kemudian, mereka perlu menyediakan hidangan pembuka dan hidangan utama dalam masa 1 jam. Bahan utama kali ini adalah bertemakan udang dan sos Lee Kum Kee.



5 Kumpulan dengan sajian mereka yang menyelerakan

Setelah hampir 1 jam memasak, para hakim telah mencuba dan meneliti setiap masakan kesemua peserta yang bertanding pada hari tersebut. Kami yang berada di sana memang telan air liur jer sebab bau masakan setiap kumpulan memang sedap-sedap belaka. Dari pandangan mama nampak kesemua kumpulan hebat sampai tak tahu siapa yang akan menang pada hari tu. 



Selepas selesai diadili kelima-lima kumpulan dan sambil menunggu markah dikira, Chef Chan Ki Hong dijemput untuk membuat demo masakan. Antara 3 hidangan tersebut adalah 'Flavoured Chicken Popcorn', 'Vegetarian Spring Roll' dan 'Three Treasure Rice', kesemua hidangan ini menggunakan sos signature daripada Lee Kum Kee seperti Premium Oyster Sauce dan XO Sauce serta sos terbaru iaitu Asian Twist Salad Dressing.


Selepas persaingan sengit antara 5 kumpulan dan Tahniah diucapkan kepada chef kecil Hun Zhi Yean dan ibunya, Cik Yap Chin Yew telah berjaya menarik perhatian juri dengan bakat dan kreativiti mereka lalu mereka telah dinobatkan menjadi Juara My Fun Cooking Competition 2017. Manakala Encik Peter Davis menjadi Naib Juara pada kali ini. Tajaan My Fun Cooking Competition 2017 ini dapat menggalakkan anak-anak muda di Malaysia mengasah bakat memasak dari muda dan boleh menikmati masakan dengan gembira bersama ahli keluarga tersayang. 

Encik Peter Davis menjadi Naib Juara

Tahniah kepada semua kumpulan

Menurut kata Encik Dodie Hung, Executive Vice Presiden Lee Kum Kee, "Saya sangat gembira melihat semua chef kecil memasak bersama ibu bapa mereka untuk menyediakan hidangan lazat dengan pelbagai sos dari Lee Kum Kee ini. Melalui pertandingan ini, telah selangkah untuk mencapai misi Lee Kum Kee dengan mempromosikan masakan Cina di seluruh dunia serta menyebarkan kegembiraan memasak dari generasi muda. Yang lebih mengejutkan bahawa tahun hadapan adalah Ulang Tahun ke 130 Lee Kum Kee!'

Semua peralatan elektrik yang digunakan semasa pertandingan ini telah ditaja oleh Electrolux dan Desa Home. Juara My Fun Cooking 2017 dianugerahkan piala, sijil penyertaan, hamper Lee Kum Kee dan juga barangan elektrik dan hadiah yang menarik. 

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh layari laman Facebook rasmi "My Fun Cooking 2017" atau hubungi Miss Ling di talian 03-4287 0039 / 011-2608 8034.

Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

Like us on Facebook