New release

Pembersih Penghawa Dingin Dengan 3 In ONE WD-40®

3:00 PM

Menyedari berlakunya peningkatan kos sara hidup ketika ini, kita seharusnya menilai semula perbelanjaan dengan cermat.

Antara perkara yang mungkin boleh dilakukan ialah dengan melakukan rutin pembersihan sendiri tanpa perlu mengeluarkan sejumlah wang bagi mengupah khidmat kontraktor walaupun untuk menyelenggara penghawa dingin.


Kebanyakan rumah di Malaysia pastinya dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin untuk keselesaan hidup sekeluarga namun, harganya bukan murah dan sudah tentu pengguna mengharapkan ia mampu bertahan lama.

Bagi memastikan alat penghawa dingin sentiasa berfungsi dengan baik, pengguna harus melakukan rutin pembersihan dan penyelenggaraan dengan sebaiknya.


Kerja pembersihannya sebenarnya bukanlah terlalu rumit seperti apa yang disangka malah, ia lebih mudah dengan adanya produk WD-40 iaitu ejen pembersihan terbaik 3-DALAM-SATU® Pembersih Profesional Penghawa Dingin.


Ejen pembersih berasaskan air ini mampu menanggalkan kotoran, debu, kulat serta kotoran lain yang terkumpul dari dalam gegelung penyejukan penghawa dingin berkenaan. Ia tidak perlu dibilas. Ini adalah cara mudah untuk menggunakan 3-DALAM-SATU® Pembersih Profesional Penghawa Dingin :
  1. Utamakan keselamatan, tutup suis penghawa dingin anda. 
  2. Alihkan penapis dan cuci kotoran debu pada penapis. 
  3. Semburan 3-DALAM-SATU® Pembersih Profesional Penghawa Dingin pada sirip penyejuk secara menegak dari bawah ke atas bagi memastikan setiap bahagian dilitupi semburan.
  4. Biarkan sirip penyejuk selama dua minit untuk memastikan ejen penyejuk berfungsi dan kemudian masukkan kembali penapis. 
  5. Buka suis penghawa dingin semula dan biarkan selama 15 minit untuk memastikan kotoran dapat dikeluarkan daripada hos saliran.
Itu sahaja! Tugas membersih anda selesai!


Sebaik selesai melakukan pembersihan, alat penghawa dingin anda lebih sejuk sekaligus mampu menjimatkan tenaga elektrik. Apa yang lebih baik ialah anda berupaya menikmati udara lebih bersih dan nyaman! Jadi, simpan wang anda kerana tidak perlu lagi berbelanja hingga beratus ringgit untuk mengupah orang lain membersihkan alat penghawa dingin di rumah dan lakukannya sendiri ! Jadilah pengguna yang bijak.

Untuk mendapat tips dan idea lebih lanjut berkaitan penjagaan rumah, sila lawati http://wd40asia bagi produk WD-40® serta rangkaian produk 3-DALAM-SATU®.

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook