Blogger Review

Intech Kitchen | Pakar Kabinet Dapur Idaman Anda

9:00 AM

Intech Kitchen | Pakar Kabinet Dapur Idaman Anda - Asal sebut sahaja Intech Kitchen mesti korang akan terlintas di fikiran mengenai kitchen cabinet yang cantik-cantik. Yer tak? Heheheh mesti lah kan. Kitchen cabinet yang cantik tu semua idaman mak mak tau. Jangan tak tahu kalau korang dah pergi showroom tengok kitchen cabinet tu, balik jer rumah korang dah tak leh tidur malam. Perghhh macam memanggil jer suruh buat ok. Siap boleh mimpi lagi!!! Hehehe.. nasib mama dah buat kitchen cabinet idaman mama. Tapiii kalau suruh buat lagi mama nak jer giler tak nak.. heaven wohh kalau ada dapur cantik-cantik ni. Rasa nak duduk dekat dapur tu sepanjang hari jer. Korang nak tahu pasal Intech Kitchen | Pakar Kabinet Dapur Idaman Anda? Jom baca entri ni sampai habis ok.

Intech Kitchen | Pakar Kabinet Dapur Idaman Anda
Sebenarnya mama dah lama niat nak buat shoe rack dan wardrobe kat rumah mama. Semuanya tergendala dek mama dah tak kerja so nak buat sesuatu benda tu terus terkubur. Hukhukhuk.. Nasiblah mama dah pernah buat kitchen cabinet dari Intech Kitchen ni so lega lah disitu. Hehehe.. Pada Ahad lepas, mama pergi melawat showroom Intech Kitchen di Bandar Teknologi Kajang. Alaa dekat jer dengan rumah mama ni. Kot-kot mama dapat ilham nak buat shoe rack dan wardrobe kekdahnya. Tapi dah sampai sana mata dah jadi rambang la pulak.

Kita selfie satu kali depan Intech Kitchen ni. 

Untuk pengetahuan semua, showroom Intech Kitchen ini hampir 7 tahun di Bandar Teknologi Kajang tapi pengalaman mereka dalam pakar kabinet dapur ini sudah hampir 15 tahun tau. Serius mama puas hati dengan hasil kerja dari Intech Kitchen ni. Dia orang punya teliti kerja memang terbaik manakala harga dijamin murah dari yang lain ok. Sebelum mama buat kitchen cabinet ni, mama ada survey harga dengan kedai lain dan ternyata harga dengan Intech Kitchen lagi murah dari yang lain. 

Yang lagi best Intech Kitchen ni kalau kita call suruh datang untuk ukur keluasan serta harga kita boleh tahu on the spot tau. Korang jangan risau yer sebab consultation ukur, lukis design semuanya percuma sahaja. Masa mama buat kitchen cabinet dulu mama call owner Intech Kitchen sendiri iaitu Mr Jeff. Korang jangan tak tahu Mr Jeff ni kalau dah start lukis design kabinet memang cepat giler. Korang bayangkan hanya masa 5 minit lakaran design cabinet rumah korang siap weh!!! Dekat 6 bulan juga lepas tu baru mama ada duit nak buat kitchen cabinet tu. Lama tak mama ambik masa sebab duit cukup la baru mama berani buat. 

Kitchen Cabinet atas dan mini bar buat dengan Intech Kitchen. Lawa kan.. kalau tahu yang bawah pun nak buat dengan dia orang tapi apa boleh buat... huhu duit dah tarak ada lor..

Kalau nak tengok history kitchen cabinet boleh throwback di
  SINI --- SINI --- DAPUR IDAMAN


Tengok lah banyak pencapaian Intech Kitchen ni dapat. Pada bulan October tahun ini Intech Kitchen telah menerima anugerah dari SME & Entrepreneur Business Award dalam kategori Top Homegrown Potential Company. Tahniah Intech Kitchen untuk anugerah ini semoga company Intech Kitchen lebih maju dan dikenali ramai dengan kepakaran kabinet dapur rumah anda. 

Selain dikenali pakar kabinet dapur, Intech Kitchen juga menawarkan pelbagai perkhidmatan iaitu tv cabinet, shoe rack, wardrobe, divider, study table, dressing table dan macam-macam lagi lah. Kalau korang nak tengok apa lagi Intech Kitchen boleh buat, korang boleh tengok kat sini www.intechkitchen.com/products. Gerenti korang berkenan sampai termimpi-mimpilah.

Melamine Wood cantik kannnn

Bagi yang ingin buat kitchen cabinet, di Intech Kitchen menawarkan pilihan material bagi table top dan juga pintu kabinet. Jadi korang boleh pilih dengan citarasa dan juga bajet anda. Hahh itu yang bestnya kalau buat kabinet dapur di sini. Yang lagi menarik bagi yang buat kabinet dapur korang akan dapat warranty selama 3 tahun dari Intech Kitchen. Apa-apa problem jer korang boleh contact dan mereka akan datang betulkan dengan percuma. 

Table top yang menjadi pilihan di sini adalah :
  • Concrete Top
  • Wood Top
  • Solid Surface Top
  • Granite Top
  • Quartz Stone Top
Bagi pintu kitchen cabinet pula :
  • 3G Door
  • 4G Door
  • Arcylic Door
  • Melamine Door
  • Solid Nyatoh
Ni pulak 3G Door

Melamine Door

4G Door.

Kalau nak bezakan pintu kitchen 3G door dan 4G door ni yang mama tahu 3G door murah sikit berbanding dengan 4G. Untuk 3G kalau tercalar dekat pintu tu warna dekat pintu tu akan jadi putih. Manakala 4G pulak dia glass dan korang tengok nampak shining gitu. Kalau mama suggest yang 4G door la memang cantik, moden dan kontemporari dapur korang nanti. 

Di showroom Intech Kitchen bukan hanya ada kitchen cabinet sahaja malah siap ada wardrobe, tv cabinet pun ada juga. Nah korang tengok la kot kot korang berkenan kan. Mama dah berkenan giler dengan wardrobe kaca ni. Terus berangan nak buat dekat dalam bilik tau. Tapi tapi duitnya belum ada lagi. heheheh tak apa berangan tak salah kan.. 

Cantik kan.. walawehhh bikin nangis tengok cantik macam ni.

TV cabinet pun menjadi pujaan hati jugak ni.. haishhh 

Aksesori untuk dapur pun ada korang boleh request dengan bajet korang yer. Paip ni mau ribu riban kan.. alahaiiii berkenan giler!!!

Ok untuk design kichen cabinet ni korang ada RM18k boleh terus buat.. perghhhh 

Ada macam buat cook show sendiri tak.. hehehe.. giler heaven weh!!! 

Mama bersama Jessica, wife Mr Jeff. Kecik molek dan cantik sama jer dari dulu

Sebelum mama terlupa untuk perkhidmatan kabinet dapur ini pihak Intech Kitchen menawarkan ke seluruh Semenanjung Malaysia. Yang sebelah utara, selatan dan pantai timur yang mahukan servis dari Intech Kitchen boleh terus hubungi Jessica atau Mr Jeff ya. Harga penghantaran boleh dirunding kemudian. Untuk pembayaran pula boleh buat pembayaran secara tunai, online transfer dan juga installment credit card. Apa tunggu lagi korang boleh terus datang ke showroom atau boleh tengok di Facebook Intech Kitchen ya. 

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan boleh hubungi :-

INTECH KITCHEN SDN BHD
No 47-47A Jalan Mega 1A
Taman Industri Mega
43500 Semenyih
Selangor


No Telefon : 012-667 0706 [Jessica] / 012-625 2528 [Jeff]
Email : jessica@intechkitchen.com

Business Hour : Monday to Sunday from 10.00 am - 6.00 pm

Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. Menarik....cantik dapaurJue...

    ReplyDelete
  2. Bandar Tech... kenangan!! 7 tahun duduk sana dulu hee

    ReplyDelete
  3. Geramnya tengok perabot kat situ... cantik...

    ReplyDelete
  4. cantiknya semua kabinet kitchen dia..nad teringin nak buat designbawah tangga..huhu..mungkin boleh ambil Intech Kitchen

    ReplyDelete

Like us on Facebook