Blogger Review

Jom Datang Ke Pameran JOM REWANG 2018 Di Plaza Alam Sentral Shah Alam

4:58 PM

Jom Datang Ke Pameran JOM REWANG 2018 Di Plaza Alam Sentral Shah Alam | Sekarang bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan memang cukup mudah tau. Kalau dahulu nak menguruskan perkahwinan sendiri rasanya sangat memenatkan. Bayangkan pengantin sendiri yang melakukan kerja dari segi ubahan hantaran, hiasan bilik tidur, bunga telur dan macam-macam lagi.  Akhirnya pengantin sendiri yang letih dan tak bermaya pada hari perkahwinan mereka. Hahah itu sebenarnya kisah kahwin mama pada 10 tahun lepas. Hahhh jangan tak tahu sekarang yang ingin berkahwin boleh dapatkan nasihat dan perkhidmatan kerja kawin serta vendor yang menguruskan perkahwinan kita. 


JOM REWANG 2018 merupakan satu pameran pengantin yang menyediakan servis persiapan perkahwinan untuk pengunjung yang bakal berkahwin. Untuk pengetahuan semua, JOM REWANG 2018 ini diterajui oleh syarikat Puspawangi Event Management kerjasama dengan Kerja Kahwin untuk menjayakan pameran besar-besaran ini di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 26 Januari hingga 28 Januari 2018 bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Antara tarikan di pameran JOM REWANG 2018 adalah :-
  • Lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral. Perkhidmatan itu termasuklah melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya.
  • 300 syarikat perkahwinan dari seluruh pelusuk negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di pameran ini melalui penggunaan montaj. Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar misalnya boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Mereka tidak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri asal masing-masing kerana kini mereka boleh berhubung dan berurusan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana.
  • Kemudahan kawasan parkir yang mudah dan murah dalam bengunan kompleks membeli-belah Plaza Alam Sentral.
  • Digalakkan untuk mereka yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 dan berikutnya.

Menarik sangat Jom Rewang 2018 ni dari semua benda ada untuk memudahkan pengantin yang mengimpikan perkahwinan eksklusif. Jadi korang boleh cari pakej perkahwinan yang menarik di pameran Jom Rewang 2018 di Plaza Alam Sentral Shah Alam nanti. 

Selain itu, pada pameran Jom Rewang 2018 khas untuk bakal vendor perkahwinan yang berminat untuk menyertai boleh menyewa tapak booth sepanjang pameran dijalankan. Dengan adanya vendor ini bolehlah mengembangkan perniagaan mereka dengan pameran Jom Rewang ini merupakan platform sangat sesuai untuk menemui bakal pelanggan.


Mesti ada yang tengah planning nak berkahwin kan. So, korang boleh plan dari sekarang dan boleh mencari perkhidmatan dari segi kad kahwin, lukis inai, baju nikah, kahwin, goodies bag, photographer dan macam-macam lagi di Jom Rewang 2018. Jangan lupa save the date dan datang beramai-ramai ke pameran Jom Rewang 2018 yang akan berlangsung di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 26 Januari hingga 28 Januari 2018 bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam

Untuk maklumat lanjut mengenai "JOM REWANG 2018" boleh hubungi :

Instagram : @JomRewang
Email : puspawangieventmanagement@gmail.com

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook