Article

Penting Lindungi Harta Intelek Anda Dengan Mendaftar Di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

11:19 AM

Apa yang korang faham dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) ni? Penting sangatkah MyIPO ini bagi seseorang atau pun peniaga? Ok sejujurnya mama pun tahu serba sedikit pasal MyIPO ini bertujuan untuk melindungi hak cipta daripada diciplak dari orang lain. Bagaimanapun masih lagi ramai masyarakat di luar sana yang tidak tahu pasal harta intelek dan yang sedih mereka tidak ambil kesah langsung tentang kewujudan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).


Untuk pengetahuan semua, sebelum wujudnya Perbadanan Harta Intelek Malaysia, kementerian telah meletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Setelah itu, ditukarkan nama kepada Bahagian Harta Intelek (BHI). Kemudian BHI ini telah dijadikan sebuah badan berkanun pada 3 Mac 2003 dan dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM). Akhirnya, perbadanan mengambil langkah penjenamaan semula apabila singkatan PHIM ditukarkan kepada MyIPO pada 3 Mac 2005.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) adalah sebuah agensi di bawah KPDNKK Malaysia iaitu sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk pembangunan dan pengurusan sistem harta intelek seperti Cap Dagangan, Paten, Reka Bentuk Perindustrian, Petunjuk Geografi, Hakcipta dan Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu. Ia juga merupakan salah satu perkara yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi negara di mana dengan harta intelek ini dapat meningkatkan aktiviti pelaburan dan juga perdagangan di Malaysia. Kiranya harta intelek ini seperti harta persendirian dan jika seseorang itu rasa ianya penting dan tidak mahu dicuri oleh orang lain, dia wajib daftar dengan MyIPO.


Bagi Visi MyIPO adalah menjadi salah sebuah organisasi harta intelek terbaik di Malaysia. Manakala Misi MyIPO adalah menyediakan infrastruktur perundangan yang kukuh dengan sistem pentadbiran yang cekap kearah meningkatkan kreativiti dan eksploitasi harta intelek. Antara objektif Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) seperti berikut :-
  • Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan
  • Menggalakkan program kesedaran awam mengenai kepentingan harta intelek
  • Menyediakan maklumat harta intelek yang lengkap dan mesra pengguna
  • Menyediakan khidmat nasihat harta intelek
  • Memperkukuhkan perundangan harta intelek
Kalau kita tengok sesetengah orang macam ambil mudah tapi sebenarnya ia sangat penting bagi seorang perniagaan untuk mengekalkan hakcipta dari segi nama perniagaan, design, logo, gambar dan juga idea bagi tidak dicuri atau diambil oleh orang lain dengan sewenangnya. Jadi dengan mendaftar di bawah MyIPO ini, harta intelek kita tidak dicuri malah kita boleh menyaman orang yang ingin mencuri idea kita. Jangan main-main tau sebab tindakan undang-undang akan diambil ke atas pihak-pihak yang melanggar hak mereka.


Dengan adanya laman web MyIPO ini dapat memberi kesedaran bahawa ia sangatlah penting bagi orang ramai menghormati ciptaan orang lain kerana bukan mudah untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu jenama atau produk. Contohnya bagi usahawan, mereka perlu melindungi harta intelek mereka agar produk mereka lebih terjamin serta memastikan tiada pihak yang boleh mencuri idea mereka dengan mudah. Tapi ia bukanlah sesuatu yang wajib dan terpulanglah kepada usahawan itu sendiri samada mereka hendak mendaftar atau tidak.

Manakala bagi cap dagangan atau "trademark" juga boleh membezakan barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak lain seperti perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi tersebut. Jadi setiap yang didaftarkan trademark ini logo mereka akan terpelihara dari orang lain. Bagi orang yang cuba meniru logo seakan sama mereka tidak boleh dibenarkan sama sekali meniru seperti yang telah didaftarkan. Jadi para peniaga atau sesiapa sahaja yang ingin kekalkan trademark bolehlah terus mendaftar dengan MyIPO ini.


Budaya menciplak ini bukan sahaja dalam dunia perniagaan malah dalam dunia blogging turut juga terpalit seperti orang yang mengambil karya dengan sesuka hati bahkan mereka menciplak artikel di dalam internet tanpa mereka kreditkan kepada pemilik asal. Kemungkinan mereka fikir apa sahaja  yang ada di dalam dunia internet itu adalah bukan hak sesiapa jadi mereka dengan sesuka hati menggunakan untuk perniagaan mereka. 

Selain itu, benda yang paling kerap dicuri adalah gambar. Nampak ianya simple bukan padahal pemilik gambar tersebut telah meletakkan watermark tetapi masih lagi dicuri untuk digunakan dalam perniagaan mereka. Bukannya tidak boleh menggunakan gambar tersebut cuma minta kebenaran dahulu dan tolonglah jangan padam watermark pemilik asal. Ehh jangan tak tahu untuk hak cipta ini mereka akan dapat perlindungan yang diberikan kepada penulis serta pemilik hak cipta tertakluk di bawah Akta Hak Cipta 1987 tapi dengan syaratnya mereka perlu mendaftar trademark dengan MyIPO dahulu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sila layari :-

 PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MyIPO) 
Unit 1-7, Aras Bawah, 
Tower B Menara UOA Bangsar 
No 5, Jalan Bangsar Utama 1 
59000 Kuala Lumpur 
Email : iponline@myipo.gov.my 

 Website : www.myipo.gov.my 

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook