Iqbal Haiqal

Qebal & Qeram Dah Selamat Sunat

3:01 AM

Alhamdulillah hampir 4 hari bebudak ni selamat di sunatkan. Hahaha gituuuu.. senang mama sekalikan dedua bersunat. orang kata satu kali penat jaga bebudak ni. Padahal mama malas dah nak tunggu tahun depan nak jaga sorang lagi. Buat sekali harung senang weh!!! Sebelum dedua beradik ni sunat mama bawak la depa pergi Ikea. Depa memang suka pergi Ikea ni tapi hari tu pergi tak masuk Smaland sebab ramai orang.. So bawak pergi beli apa yang depa nak dan makan-makan. Tu jer dah depa suka tau. 

Macam biasa lah Qebal suruh snap kat sini masukkan dalam fb katanya.. Nampak sangat anak blogger kan. hahahaha

Sebelum sunat cari kain pelikat bebudak ni. Nasib jumpa dekat Ten Ten Semenyih. Tak kan nak pakai pelikat papa dia kot.. mau boleh bungkus bebudak ni hahaha.. hapuih terus!!! 

Sebelum bersunat banyak juga mama survey harga kat beberapa klinik. Hey kena survey mama ni bukan orang have have terus zasss boleh bayar kan. lain la orang have have sampai beribu untuk sunat. So mama survey dekat Semenyih klinik salsabila kot. dekat situ jenis clamp harga sorang RM245. Perghhh bapak mahal. Mama tak putus asa dan cari lagi dekat Azzahra RM195. 

Tak puas hati lagi sebab mama bajet RM150 jer tau. So dapat dekat Pusrawi Kajang harga sunat RM159 dengan menggunakan kaedah laser. Rata-rata doc suggest guna laser cepat baik. Tapi laser kot mau seram jugak!!! Ehh mama pernah laser dekat bibir tau.. 

Nahhh untuk dewasa pun ada jugak.. Hehehe.. korang jangan tanya kenapa mahai.. korang leh fikir sendiri lah yer.. 

Sebelum masuk bilik doc depa dah gaduh abang masuk dulu la.. adik masuk dulu la.. satgi dedua kena jugak.. heyy saja bikin mama risau tau..

Memula mama ingat si Qeram yang tak nagis sebab dia yang beriya nak sunat tau. Jangkaan mama salah rupanya. Sekali Qebal masuk sikit pun tak nagis. Mama siap duk tepi pintu dengar tak der bunyi suara pun. Berani betul Qebal ni. Heheheh good job sayang. Tapi lama gak yer sunat ni. Yang mama perasan bau hangit je. Huhuhu..

Lepas Qebal sudah Qeram pulak masuk. Hahhhh ini budak kuat drama yer.. Doctor tak buat apa-apa lagi dia dah meraung nagis. Hahahah satu klinik ko dia melalak. Nurse yang pegang dia sampai sakit lengan la. Almaklum la tenaga dia kuat giler.. mama sendiri pernah sakit tulang belikat sebab pelekoh dia makan ubat. Lepas tu tak berani dah!!!  

Hahah masing-masing muka chom jer.. hahahah

Nahhh tengok la video Qeram keluar dari bilik doctor.. Alooo alooooo

Balik jer bebudak berehat kat dalam bilik. risau plak letak kat depan dengan Qeisya pun boleh tahan lasak jugak. Kang dia pijak bebird bebudak ni nayoooo

So nak bagi depa diam mama umpan la pasang tv kat bilik. tapi tv ni kena pasang lappy lah. 

So dah 4 hari ni agak stress jugak nak menjaga bebudak ni. Ingatkan laser cepat la baik tapi depend pada budak. Padahal Qebal ni makan ubat tau tapi dia punya susah nak baik. Yang si Qeram tak nak makan ubat dan tak nak cuci bebird, dia pulak cepat baik.. Aduyaiiii.. stress mama gini.. 

Dah la masa bukak balutan sunat tu separuh nyawa nak suruh bukak.. last-last mama pun reyau sama.. gggrrrrr.... kalau la boleh cepatkan masa kasi baik mama buat lama dah tau. Tak sanggup tengok anak-anak sakit macam tu.. Risau tengok air bisa dan nanah tu dekat bebird diaorg.. Giler tak risau kang jadi apa2 lagi payah.. Mak mak sangat kan skit skit risau. Tapi pak depa relax badak jer.. hahahahha

# Happy Birthday Qeram yang ke 6 tahun. Semoga Qeram bertambah sihat dan kuat makan yer. hehehe.. Dengar cakap mama dan jangan kuat ngamuk ok.. Love u my baby besar!!!

Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. hee~ dah bujang dah budak dua ketul ni.. alhamdulillah.. semoga menjadi anak soleh dan penyejuk hati mama dan papa hendaknya..

    ReplyDelete

Like us on Facebook