Iqbal Haiqal

Anak-anak Kembali Ke Sekolah

6:15 PM

Baru ada kesempatan untuk mama update blog. Ok mama simpan kisah ni dalam blog. Nanti boleh anak-anak mama baca balik. Alhamdulillah dah 3 hari anak-anak kembali ke sekolah. So far ok.. ada la drama sikit pagi-pagi tu. Biasalah budak kan susah nak bangun. Kena cakap lembut-lembut baru bangun.. kalau tak nak dengar lembut2 jer hahhh jangan tak tahu suara mama jadi singa harimau tarzan pun boleh. hahahah.. Mama punya masa pun tunggang langgang lagi.. Yer lah nak biasakan setiap pagi. Pheww lap peluh jugak la.. Minggu ni jer tetiap malam kul 10 dah lena. Hahahah mama keletihan pulak. Selalu kul 3 pagi baru tido kan. Hehhehe.. 

Seawal 6 pagi dah bangun mandi dan solat.. 6.30 kejutkan bebudak ni siapkan untuk pergi sekolah KAFA.. Nasib dedua beradik sekolah petang. So pagi pun nak tak nak kena bangun pergi KAFA. 7.30 pagi mama dah hantar ke KAFA. Lepas hantar balik rumah bukan boleh nak tido.. ada banyakkkk lagi kerja nak buat.. Kul 10.30 keluar ambik dedua beradik balik pulak.. pehtu tengahari hantar ke sekolah kebangsaan pulak.. penatkan dengar asyik keluar masuk keluar masuk rumah tak henti-henti. Qeisya besaq dalam kereta jer lah nampaknya.. 

Imam Muda Iqbal & Imam Muda Iqram

Lepas jer balik KAFA.. mama kena siapkan makan untuk depa makan dulu sebelum pergi sekolah. Siapkan bekal makanan diaorang. Tapi 1st day bebudak ni tak nak bawak bekal.. kunun nak beli.. Ok layankan jer.. mama pun 1st day dah kelam kabut. nasib en papa EL.. ni pun satu hal jugak berbuih cakap apply cuti tapi dia lupa.. kesabaran jer!! hahahah.. Jam 12.45 mama hantar Qebal & Qeram ke sekolah kebangsaan. hari 1st jer mama hantar sampai kat foyer.. tunggu dia beratur.. hari ke 2 mama hantar sampai gate jer.. abam Qebal yang tolong hantar pulak.. Lega mama.. 

Rambut tu kemahin pomade tau!!..

Time rehat jam 3.50 petang mama pergi tunggu tengok dia beli.. mama follow jer tengok dia nak beli macam mana. Hahaha.. sekaliiiii dah nampak dia nak nagis.. aduyaiii.. terus mama pergi kat dia tanya.. kenapa tak beli... dia kata susah la mama nak beli nak beratur semua. Allahu sabar jer budak ni.. hahaha nak tergelak pun ada jugak..

Qeram oiihh kalau nagis macam ni tak dapat makan la.. kena kuat tak boleh nagis-nagis tauu.. kang Qeram lapar.. erkk kuku dia mama lupa potong.. wakakka

Hahh blop blop makan fishball goreng.. lapar sangat la tu.. alahai anak..

Balik jer dari sekolah dia cakap mama esok Qeram nak bawak bekal.. Mama masak nasi goreng yer. Hahahha surrender nak membeli ker?? kalo tak dia la paling kalut nak beli makan kat kantin.. sekali dia dah serik.. So hari ke 2 mama bekalkan nasi goreng.. Ehh berbuih jugak mulut mama ingatkan Qeram bawak turun bekal makanan dia ke kantin. Hahhah.. takut dia tinggal dalam bag.. 

Hari ke 2 mama skodeng dari jauh.. nak tengok dia ok tak.. Sampai kantin dia tengok ramai sangat bebudak.. dia boleh berdiri tak tau nak duduk mana. Nasib ada kakak kantin tu tolong bagi dia duduk. Mama perati jer dia bukak bekas makanan dan cucuk straw kat air vitagen dia.. Heyyyy time tengok dia makan tu mama sebak giler.. Allah anak mama dah besar.. Huwaaaa mak-mak sangat kan. hahaha.. masa Qebal dulu pun gitu.. Risau lebih sangat!!!

Tengok dia makan alahai lapar yer..

Hari ke 3 pulak.. ingat mama tak nak datang skodeng tapi lepas balik dari klinik macam malas nak balik rumah. terus mama terjah ke sekolah tunggu dia.. Nak skodeng dari jauh jugak tapi dia nampak dulu.. boleh dia tanya ehh mama kata mama tak nak datang. hahahah.. saja tengok dia.. aloooo aloooo.. makan berselera sungguh tau.. habis sebekas mee goreng.. lega hati mama tengok Qeram makan macam ni. 

Huhuhu tupperware mama tu bawak balik tauuuu.. jangan tinggal.. seram mama nak oihh hahahah

Tadi masa tengah makan pun dia dah request esok nak bawak nasi goreng ayam. Hahaha.. mama kena masak la lagu ni.. Lepas jer kejadian nak beli kat kantin tu terus dia nak bawak bekal hari-hari.. Sampaikan mama nak bagi duit belanja pun dia tak nak tau. Hahahah serik la tu!!!.. Tak apa lah anak mama boleh jer masak.. Tadi ada tengok budak beli nasi kat kantin situ.. Alahai sedih betul tau.. tak pasti lah berapa ringgit. Tapi kesian lah rasa tak gamak nak bagi anak makan. 

Mama doakan Qebal & Qeram belajar rajin-rajin tau. Nampaknya dia dah serasi kat sekolah ni. Cuma dia nak bawak bekal jer.. mama pulak buntu nak masak apa.. Hahaha.. Mama kena bukak buku bento la gamaknya.. 

Love,
/>

You Might Also Like

3 Comments

  1. selamat ke sekolah..seronok mkn bekal mama buat tu

    ReplyDelete
  2. Dah besar dah. Ritu rasa baru jumpa masa pergi mandi kat rumah acu. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Semoga berpanjangan la camni. Lega hati si ibu. Dan semoga Kedua-duanya dapat belajar rajin-rajin.

    ReplyDelete

Like us on Facebook