Product Review

Set Hadiah ENCHANTEUR Dengan Wangian Penuh Keindahan

10:57 AM

Bagi mereka yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.

Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.


Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan. Antara SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS adalah :-
  • SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE) 
  • SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE) 
  • SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
  • SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)
  • SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)

SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE) 

Untuk kali ni mama review SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE). Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri - seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben.

Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Wangian ni dari dulu sampai sekarang sama jer wangi memang tak pernah berubah. Botol mini begini mudah untuk bawa dalam handbag.

Mon Amie jika diterjemahkan bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar. Ini paling mama suka wangian Mon Amie memberi kesegaran selepas memakainya. 

Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.

ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

Love,
/>

You Might Also Like

8 Comments

  1. bestnya.. packaging cantik dan tentunya wangi kan

    ReplyDelete
  2. wangin plus comel sesuai untuk nagi hadiah pada org

    ReplyDelete
  3. Suka gile botol ni, comel..ada.mcm riben² tu

    ReplyDelete
  4. hehehe.. cantik je botol dia.. nak guna pun sayang..

    ReplyDelete

Like us on Facebook