App Review

TAPKINS | App Untuk Kanak-kanak Mengeja & Belajar English Dengan Mudah

9:05 AM

Sekarang zaman serba canggih semua hanya hujung jari sahaja. Sampaikan semua dah ada smart phone sendiri tak kira kita yang dewasa hingga lah ke anak kecil. Sesetengah ibu bapa pasti kata smart phone adalah melalaikan. Bagi mama kalau anak-anak hanya bermain games semata-mata memang melalaikan tapi kita sebagai ibu bapa kena peka dan mengawasi apa yang mereka bermain dengan smart phone tersebut. Dengan dunia yang semakin mencabar mama sendiri tidak galakkan anak-anak bermain di luar sebabnya kemungkinan tidak selamat. Baik mereka duduk di rumah sambil bermain dan belajar dengan smart phone lagi baik. 


Sebenarnya dalam smart phone ada applikasi untuk anak-anak kita bermain sambil belajar tau. Applikasi yang mama maksudkan adalah TAPKINS. Tapkins merupakan satu applikasi "belajar ejaan sambil menaip" yang dapat membantu anak-anak mengeja dan belajar English dari awal usia 4 tahun dengan menggunakan papan kekunci QWERTY sangat sesuai untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran Bahasa Inggeris dari awal kanak-kanak lagi. 


Ia direka khas untuk membantu kanak-kanak belajar bagaimana mengeja melalui menaip papan kekunci QWERTY skrin sentuh yang dibuat khas untuk mereka lebih peka dengan setiap ejaan tersebut. Menurut kata pengasas Tapkins ini bahawa applikasi mudah alih menaip dan ejaan khas untuk kanak-kanak prasekolah, dan beliau yakin dengan cara ini ibu bapa harus menggalakkan anak-anak selesa dengan menaip dan disamping itu mereka dapat mengeja serta ingat akan ejaan tersebut.


Sebelum mama kenalkan applikasi ini untuk anak-anak, mama wajiblah cuba dahulu applikasi Tapkins ini. Ternyata sangat bagus untuk anak-anak belajar mengeja English dengan mudah. Mama akui zaman belajar sekarang semuanya guna applikasi pintar yang lebih menyeronokkan serta mereka lebih fokus untuk belajar. Mana ada dah zaman macam mama dahulu takder dah semuanya canggih-canggih belaka. 


Tapkins ini mengandungi kategori seperti animals, city, food, going places, hobbies, home dan science. Setiap kategori tersebut ada pecahan-pecahan, contohnya animals (Forest at night, Wild America, Rainforest Quest, Mighty Mammals dan banyak lagi). Yang lagi menarik setiap kategori mengandungi pembelajaran progresif seperti Pindah dari typing Tahap 1 hingga ke Ejaan Bebas Tahap 7. Kiranya applikasi ini akan ajar dari ejaan yang mudah sehingga yang susah. Dari situ kita boleh lihat ingatan anak-anak mengeja ejaan tersebut. Dalam Tapkins ini terdapat lebih 100 perkataan Bahasa Inggeris dalam pelbagai kategori umur yang sesuai untuk belajar. 



Mama sendiri akan memantau anak-anak bermain Tapkins ini di samping itu mama akan pastikan mereka mengeja perkataan dengan tepat. Untuk bermain mama akan pastikan mereka bermain selama 1 jam kemudian mama akan tanya mereka bagaimana untuk mengeja apa yang mereka belajar di Tapkins. Selalunya mama akan bagi sehelai kertas setiap seorang dan mereka akan tulis apa yang mereka belajar mengeja di Tapkins. Dari situ mama nampak kemahiran ingatan mereka mengeja cukup kuat selepas menggunakan applikasi Tapkins ini.


Untuk pengetahuan semua, applikasi Tapkins ini adalah PERCUMA. Ianya cukup mudah cuma hanya perlu download app Tapkins ini di Google Play Store atau Apple App Store di telefon mudah alih sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh layari website www.tapkins.com atau follow Facebook www.facebook.com/tapkinsapp dan Instagram @tapkinsapp

Love,
/>

You Might Also Like

5 Comments

  1. menarik juga..thanks for sharing mamajue

    ReplyDelete
  2. Bagusnya,boleh download kat phone anak buah ni...

    ReplyDelete
  3. wah, thanks for sharing. Bagusnya ada apps mcm ni.

    ReplyDelete

Like us on Facebook