Product Review

7 Skin Kiss Me Now | Collagen 7 Galaxy Foundation Yang Berasaskan Salmon Collagen

9:00 AM

7 Skin Kiss Me Now | Collagen 7 Galaxy Foundation Yang Berasaskan Salmon Collagen - Tidak dinafikan wanita dan mekap tidak dapat dipisahkan. Macam mama sendiri kalau nak keluar pasti akan mekap dengan sedikit bedak untuk muka tidak nampak pucat dan dapat cover cela di wajah. Dengan mekap penampilan wanita akan menjadi lebih confident untuk berhadapan dengan orang ramai. Mama pula memang gemar membeli dan mencuba foundation di pasaran. Kalau foundation itu serasi pasti mama akan repeat beli foundation tersebut. Korang pernah dengar 7 Skin Kiss Me Now | Collagen 7 Galaxy Foundation Yang Berasaskan Salmon Collagen. Jom baca entri ni yer. 

7 Skin Kiss Me Now | Collagen 7 Galaxy Foundation Yang Berasaskan Salmon Collagen
Dalam 2 minggu yang lepas, mama diperkenalkan dengan satu foundation terbaru iaitu 7SKIN. Foundation 7Skin ini merupakan foundation pertama yang diimport khas dari France dan berasaskan dari Salmon Collagen serta menggunakan bahan-bahan organik yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah no (NOT1710045292K). Antara kebaikkan bahan-bahan yang terkandung dalam 7Skin Foundation ini adalah :- 

Salmon Collagen 
• Menengangkan kulit 
• Menyerap ke dalam kulit 1.5 kali lebih tinggi berbanding kolagen yang lain 
• Memberikan struktur kulit yang lebih baik 

Vitamin C 
• Mencerahkan kulit 
• Mencegah penuaan 
• Mencegah radikal bebas 
• Memudarkan parut jerawat 
• Melindungi kulit daripada pigmentasi 

Beeswax 
• Menjaga kelembapan kulit 
• Mengandungi Vitamin A untuk memperbaiki sel-sel kulit mati 
• Menyegarkan kulit 

Vitamin E 
• Memudar dan menghilangkan jeragat serta kesan stretch mark 
• Membantu proses penyembuhan kulit 
• Membuat kulit kelihatan lebih muda dan berseri SPF35 
• Melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya 
• Mengelakkan kulit daripada terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat

Liquid yang sangat wangi

Bahan-bahan yang terkandung dalam Collagen 7 Galaxy Foundation seperti Aqua, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Beeswax, Dimethicone, Isononyl Isononanoate, Titanium Dioxide, Collagen, Ascorbic Acid (Vitamin C), Iron Oxides, Mica, Sodium Chloride, Phenoxyethanol, Tocoheryl Acetate(Vitamin E), D-Panthenol, 1,2-Hexanediol, Chlorphenesin, Allantoin, Disodium EDTA.

Dengan diberi nama Collagen 7 Galaxy Foundation ini banyak keistimewaan bagi wanita yang memakai foundation ini kerana bekas yang kecil dan mudah diletakkan dalam bag tangan. Yang paling mama suka dengan foundation ni dia 2 in 1 produk. Boleh dijadikan cosmetic dan dalam masa yang sama skincare. Menarik betul produk foundation macam ni jimat duit tau. Tekstur 7Skin foundation sejenis liquid yang cair dan warnanya pula natural magic. Kiranya wanita yang pakai foundation ni akan berubah ikut kulit wajah kita yang asal. Hahh gitu best kan!

Mudah blend hanya dap dap dap sahaja

Perbezaan pakai foundation dan tanpa foundation.

Mama dah pakai foundation ni memang best walau foundation ni hanya medium coverage sahaja. Tapi tekstur liquid dia sangat lembut dan mudah rata pada kulit. Yang penting tak bercapuk ok. Makin lama pakai foundation ni wajah makin glowing berkilat gitu tau. Korang jangan risau foundation 7Skin ni sangat wangi memang best jer apakai. Jangan tak tahu foundation ni mesra wudhuk kerana ia mudah dicuci ketika cuci mekap. Nah tengok la mama apply foundation dalam video kat bawah tu. Maaf video hanya tutorial pakai jer heheh kira muka belum siap lagi.



Disini mama sertakan beberapa testimoni yang menggunakan 7Skin Foundation. Rata-rata wanita sangat berpuas hati dengan foundation ini. Jom kita tengok.




Kuantiti sebotol 7Skin Collagen 7 Galaxy Foundation ini 15ml dan mampu bertahan dalam masa 4 - 6 bulan. Jika penggunaan yang kerap kemungkinan dalam 3 - 4 bulan tetapi tengok juga kepada penggunaan foundation ini. Harga sebotol RM80.00 tidak termasuk harga penghantaran. 

Pihak 7Skin mengalu-alukan orang ramai yang ingin menjadi dropship dan juga agent 7Skin Foundation. Setiap dropship dengan menjual produk ini mereka tidak perlu mengeluarkan modal malah setiap botol yang terjual akan dapat keuntungan sebanyak 25%. Manakala agent hanya bermodal RM168.00 dan akan dapat 3 unit 7Skin Foundation. Untuk agent mereka akan dapat keuntungan 30% malah jika repeat order boleh dapatkan stok percuma serta akan dapat keuntungan yang sama. 

 Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh layari :- 

Telefon : 012-592 0867 / 014-260 2520

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook