New release

Kad Digital NGO Negaraku Diedarkan Secara Percuma Oleh Kelab Sahabat Persaudaraan

3:08 PM

Pada Sabtu lepas di Dewan Perdana Felda, Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) menyediakan 30 ribu kad NGO Negaraku telah mengedarkan secara percuma kepada NGO dan Koperasi berdaftar dan buat peringkat permulaan 50 NGO yang hadir untuk menyertai Program Komuniti Digital NGO Negaraku. Ini merupakan satu inisiatif kerajaan menghubungkan antara NGO dalam aktiviti sosial dan ekonomi negara.


Program Komuniti Digital NGO Negaraku turut memperkenalkan Mobile App NGO Negaraku yang hanya boleh diakses oleh pemegang Kad NGo Negaraku untuk menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga terbaik. Mobile App ini mempunyai kepelbagaian aplikasi yang bersesuaian untuk digunakan oleh NGO dan ahli-ahli termasuklah aplikasi pengumpulan derma dan sumbangan secara digital untuk tujuan membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar. 

Mobile App NGO Negaraku ini dibangunkan bagi membentuk kerjasama antara NGO-NGO khususnya dalam aktivti sosial dan ekonomi melalui jalinan usahasama dan penawaran berkelompok. Program ini merupakan acara sulung yang disediakan khas untuk semua ahli NGO di Malaysia dengan keistimewaan yang luar biasa. 


Mobile App ini dibangunkan untuk memupuk perpaduan masyarakat khususnya kalangan Ahli-ahli NGO dan Koperasi. Program Komuniti Digital NGO Negaraku diurus secara sosial enterprise bagi memastikan setiap peserta dapat menikmati manfaat yang berganda. Program ini turut dipaparkan melalui reka bentuk Kad NGO Negaraku yang secara umumnya membawa ke arah pembentukan masyarakat yang bersatu padu. 


Program Komuniti Digital NGO Negaraku diperkenalkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan berteraskan 3 Prinsip iaitu :-
  • Menghubungkan kerajaan, NGO dan Ahli-ahli NGO termasuk Koperasi dalam era digital berteraskan semangat Negaraku
  • Mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar
  • Mendidik masyarakat untuk berbelanja secara bijak dan berhemah


Pada peringkat pengenalan ini terdapat beberapa syarikat yang turut mengambil bahagian untuk memberikan tawaran harga terbaik termasuklah Ez Ride, Kaspersky, comfort reflexology. Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis termasuklah Datuk Ismail Kijo (Ketua Umno Bahagian Ampang), Datuk Abdul Halim Tuah Rahmat (Pengarah Biro "Reapid Response' GST Jabatan Perdana Menteri), Datuk Abdul Fatah Abdullah, Presiden Angkasa, wakil persatuan, ahli, pengeluar produk dan sebagainya.

Melalui gabungan sukeralawan profesional dan kumpulan yang berpengalaman ini dapat bersama mencurahkan idea dan kepakaran bagi melahirkan program-program yang berkualiti berteraskan pendidikan dan kebajikan untuk diperkenalkan kepada masyarakat serta mengembangkan ekonomi digital dan traksaksi tanpa tunai. 

Love,
/>

You Might Also Like

3 Comments

  1. kad ni merupakan kad yang boleh dianggap sebagai sara hidup digital, sebabnya pengguna kad ni boleh menikmati produk dan jugak perkhidmatan dengan harga yang lebih jimat kan!

    ReplyDelete
  2. bagus untuk NGO NGO di negara kita ni ek

    ReplyDelete

Like us on Facebook