New release

Tips Mengekalkan Basikal Dalam Keadaan Baik Dengan Produk Basikal WD-40

9:00 AM

Bagi pengemar yang menunggang basikal pasti ingin memperoleh basikal dalam keadaan baik dan lancar. Oleh itu, dalam penjagaan basikal ini kita jangan lupakan 3 perkara penting iaitu kebersihan, pelincir dan perlindungan. Ini kerana ia dapat memastikan basikal dalam keadaan yang terbaik. Dengan setiap langkah yang digunakan dapat mengekalkan basikal dalam keadaan yang baik seperti saat pertama kali membelinya.


Oleh itu, WD-40 telah mengeluarkan produk yang komprehensif untuk penjagaan basikal secara yang menyeluruh dan telah diuji dengan teliti agar dapat memberi pembersihan, pelinciran dan perlindungan yang terunggul khas untuk basikal kesayangan anda. 

Terdapat lima produk yang direka khas untuk penjagaan basikal serta memberi keperluan basikal dan penyelengaraan yang berbeza. Antara produk WD-40 ialah :-
  1. Pencuci Basikal Pelbagai Guna WD-40 - Sangat kesan surfaktan yang kuat sama ada kotoran dan minyak mampu dihilangkan dan menjadikannya berkilau bersih semula. Ia selamat untuk semua permukaan basikal termasuklah serat karbon, titanium, krom, aluminium keluli, getah dan plastik.
  2. Penanggal Minyak & Pembersih Rantai Basikal WD-40 - Hanya dalam beberapa saat sahaja buih yang digunakan bertindak pantas membersihkan kotor pada permukaan dan dapat menghilangkan minyak dan kotoran yang degil. Selamat untuk kemasan dan komponen basikal tanpa perlu menggunakan pelarut sitrus atau asid.
  3. Pelincir Kering Rantai Basikal WD-40 - Mengandungi formula polimer eksklusif untuk membuang habuk dan kotoran serta sesuai dalam keadaan kering dan berdebu yang teruk.
  4. Pelincir Rantai Pelbagai Basikal WD-40 - Pelincir berprestasi tinggi dan tahan lama untuk sebarang keadaan kering, basah atau kedua-duanya. Ia bagus untuk mengelakkan kerosakan geseran dan memanjangkan hayat rantai basikal.
  5. Pelincir Basah Rantai Basikal WD-40 - Sesuai bagi keadaan basah dan bersalji serta dicipta dengan formula eksklusif yang menghasilkan salutan tahan lama untuk menangkis air dan lumpur.


Disini ada beberapa tips untuk mengekalkan basikal dalam keadaan yang baik :-
  • Jika anda hendak bersihkan rantai basikal, pastikan anda berbuat demikian dengan kedudukan basikal berada dalam keadaan statik kerana menggerakkan rantai berulang kali akan melemahkan pautan dan menyebabkan kegagalan.
  • Untuk menghilangkan minyak secara berkesan di rantai basikal, letakkan basikal di tempat kerja dan beralih kepada gelang rantai besa serta di tengah gigi gear. Sembur dengan Pembersih Rantai WD-40. 
  • Apabila ingin melincirkan rantai basikal, titiskan pelincir ke setiap roller bukan hanya meletakkan di sepanjang rantai basikal. Dengan pelincir tidak memberi sebarangkesan terhadap rantai luar kerana ia hanya berfungsi untuk mengurangkan geseran dan memastikan kotoran luar tidak masuk ke dalam roller. 
  • Apabila membasuh basikal, jangan lupa bahagian rangka bawah di mana bahagian berkenaan paling mudah tersangkut. Sembur dengan Pencuci Basikal Pelbagai Guna WD-40, kemudian berus dengan lembut dan sembur ke semua sudur serta celah untuk mengeluarkan kotoran. 
Untuk dapatkan lebih banyak tips bagaimana menjaga basikal, boleh melayari laman web www.wd40.asia atau email ke sales@2escape.bike dan boleh hubungi di talian 03-2724 3808.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook