Product Review

Enchanteur Perfumed Body Lotion | Melembapkan & Wangi Sepanjang Hari

9:57 AM

Sebut jer lotion mama memang suka pakai tapi botol lotion tu wajib kena ada di atas katil, atas meja, dalam dashboard kereta, dalam handbag dan dimana sahaja barulah mama rajin sapu kat tangan. Kalau tak der depan mata memang tak pakai lah. Hehehe. Memandangkan setiap malam mama tidur dalam aircond memang mama kerap mengalami kulit kering. Tambah mama ni kerap memasak dan basuh pingan lagi lah kulit tangan ni kering kontang dan kasar. Nasib mama ada lotion Enchanteur Perfumed Body Lotion membantu melembapkan kulit tangan dan juga badan. 


Korang tau Enchanteur ni memang sangat popular dari zaman sekolah lagi. Wangian Enchanteur masih kekal sama jer dari dulu memang takder berubah langsung. Tapi sekarang Enchanteur dah keluar variasi wangian baru tau. Jadi makin best la untuk sapu kat tangan dan seluruh badan. Antara variasi wangian Enchanteur Perfumed Body Lotion ialah :
  • Enchanteur Perfumed Body Lotion Romantic 24 Hours Moist
  • Enchanteur Perfumed Body Lotion Charming 24 Hours Moist
  • Enchanteur Perfumed Body Lotion Alluring 24 Hours Moist
  • Enchanteur Perfumed Body Lotion Alluring Radiant White
  • Enchanteur Perfumed Body Lotion Stunning Satin Smooth
Nampak tak koleksi lotion Enchanteur ni punyalah mama suka giler dengan Enchanteur Perfumed Body Lotion sampai semua variasi wangian ada tau. Boleh la buat stok banyak tahun ni. Kalau bosan pakai yang tu boleh pakai yang ni. hahaha.. Menariknya Enchanteur lotion ni dapat melembapkan dan penghidratan sehingga 24 jam. Selain itu, tekstur lotion tidak berminyak kerana lotion Enchanteur ini adalah berasaskan air dan tidak melekit pada tangan mahupun badan. 


Rumusan lotion Enchanteur ini dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih dan minyak zaitun yang bagus untuk kulit sentiasa lembap, muda dan berseri sepanjang hari. Gabungan ketiga-tiga bahan semulajadi ini dapat meresap jauh ke dalam kulit agar kulit sentiasa memelihara, melembap dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda. 

Yang paling mama suka adalah Enchanteur Perfumed Body Lotion Alluring Radiant White kerana terdapat vitamin C dan ekstrak licorice yang bagus untuk mencerahkan kulit tangan dan juga badan. Haruman yang sangat wangi rasa segar selepas sapu pada tangan. Sangat melembapkan kulit agar tidak kering serta tangan lembut sepanjang hari. 


Untuk rangkaian Enchanteur Perfumed Body Lotion ini dijual pada harga RM11.90 setiap botol bersaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

3 Comments

Like us on Facebook