Product Review

EUCERIN Pro Acne Solution | Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari

2:00 PM

Berhadapan masalah dengan jerawat ni bukan masalah lagi bagi kaum wanita sahaja malah kaum lelaki pun punyai masalah yang sama, Oleh itu, mama sendiri akan mencuba pelbagai produk untuk menghapuskannya. Tapi kalau salah produk boleh mengakibatkan kulit menjadi kering dan gatal. Bagi mengatasi masalah ini, mama telah sahut cabaran untuk menggunakan produk dari Eucerin iaitu salah satu jenama dermo-kosmetik yang dipercayai di seluruh dunia untuk produk penjagaan kulit anti jerawat dengan membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment.


Diformulasi dengan bahan yang aktif lagi berkesan, Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat dalam masa hanya 14 hari tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kegatalan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada :-
  • 10% Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA, BHA dan PHA yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria dan menanggalkan sel kulit mati.
  • Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah
  • Dexpanthenol yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandungan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit serta melindungi daripada pencemaran alam sekitar. 

Untuk penggunaannya boleh digunakan pada waktu malam. Tesktur Eucerin ProACNE tidak berminyak malah wangi dan mudah diserap ke dalam kulit. Bagi kulit wajah yang mengalami jerawat kemungkinan akan mengalami sedikit pedih pada awal penggunaan produk ini. Tapi setelah seminggu kulit wajah menjadi lebih lembut dan mulus. Selain itu, kalau penggunaan secara konsisten akan menghalang jerawat baru tumbuh dan mengurangkan bekas jerawat hitam serta bintik hitam. 


Sebelum menggunakan Eucerin ProACNE Solution | Jerawat di tepi hidung, dagu dan parut jerawat di sekitar dahi, pipi dan dagu.

Setelah menggunakan Eucerin ProACNE Solutin selama 14 hari 

Masa minggu pertama mama menggunakan produk ni memang kulit mama mengalami sedikit pedih. Kemungkinan produk ini tindak balas kepada jerawat pada kulit mama. Jerawat mula berkurangan dan cepat kurang bengkak di wajah. Setelah itu kulit menjadi lembut dan parut hitam jerawat di wajah semakin berkurangan. Sekarang hanya tinggal parut sahaja di wajah mama.

Untuk pengetahuan semua, Eucerin mengadakan satu Cabaran Bebas-Jerawat Eucerin 14 hari untuk semua pengguna di Malaysia hanyak dengan dua langkah mudah :-
  1. Langkah pertama : Ambil gambar kulit anda pada hari pertama dan hari ke 14 selepas penggunaan selama 14 hari.
  2. Langkah kedua : Poskan gambar "sebelum dan selepas" dan kongsikan pengalaman menggunakan produk Eucerin ProACNE Solution ini di halaman Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE
Pemenang berpeluang memenangi hadiah iaitu :
  • Hadiah Utama : Produk Eucerin bernilai RM5,000.00
  • Tempat Kedua : Produk Eucerin bernilai RM2,000.00
  • Lima Pemenang Bertuah : Produk Eucerin bernilai RM1,000.00 setiap seorang
Selain produk Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ini juga terdapat daripada pencuci muka, pelembap, scrub, serum dan pelembap siang. Boleh dapatkan di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62.00.

Untuk maklumat lanjut tentang produk penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin boleh layari laman web di www.eucerin.my atau ke Facebook Eucerin www.facebook.com/EucerinMY.

Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. wow..

    kesan yang begitu ketara sekali.

    sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah jerawat nie

    ReplyDelete
  2. Betul !! awal-awal penggunaanya tu terasa pedih je tapi sekarang dah tak rasa dah

    ReplyDelete
  3. Thanks 4 sharing jue.. tgh nak tukar produk...hehe..

    ReplyDelete
  4. Kalau pregnant blh pakai x sis?

    ReplyDelete

Like us on Facebook