New release

Funmaii Lancarkan Kedai Serbaneka Tanpa Tunai

1:21 AM

Funmaii, sebuah kedai serbaneka urusniaga tanpa tunai, hari ini secara rasminya mengumumkan pelancarannya ke arah menjadi salah satu daripada peneraju utama dalam ekosistem peruncitan tanpa tunai. Pengumuman ini dibuat sempena pembukaan kedai Funmaii di Bandar Puteri, Puchong pada 18 Mac iaitu kedai keduanya sejak Funmaii membuka kedai pertamanya di Sunway Nexis, Kota Damansara pada Januari 2018.


Kedai Funmaii yang direka seperti kedai serbaneka yang biasa menawarkan barangan keperluan harian untuk pengguna dan digabungkan dengan kemudahan pembayaran elektronik dan persekitaran membeli-belah yang menyeronokkan. Pelanggan cuma perlu memilih barangan yang dikehendaki dan membuat bayaran menggunakan perkhidmatan e-dompet aplikasi Funmaii atau menggunakan kad kredit Mastercard dan Visa. Selain menjual produk makanan Malaysia yang popular, kedai serbaneka Funmaii turut menawarkan pilihan makanan ringan dan minuman yang diimport dari Jepun, Korea, Taiwan dan Thailand.

Pengalaman membeli belah di Funmaii tertumpu kepada aplikasi mudah-alih semua-dalam- satu. Selain memiliki keupayaan e-dompet, aplikasi Funmaii juga membolehkan pelanggan menjejak perbelanjaan mereka dan menuntut ganjaran dalam bentuk baucar diskaun, kredit tambahan dan rebat. Setiap pembayaran perlu mendapat pengesahan kata laluan 6 digit sebagai langkah keselamatan.


Pelan Pengembangan Ke Arah Peruncitan Tanpa Tunai di Malaysia Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai, Funmaii akan memperkenalkan tiga jenis kedai serbaneka; Basic, Signature, dan Concept. Kedai Funmaii Basic menawarkan kemudahan tanpa tunai dan ruang tempat duduk yang kecil, manakala kedai Funmaii Signature pula turut menawarkan ruang ‘santai’ untuk acara kecil. Menerusi kerjasama perkongsian dengan pelbagai jenama, Funmaii merancang untuk membuka kedai Funmaii Concept yang akan menampilkan pilihan produk dan perkhidmatan yang biasanya tidak ditawarkan di mana-mana kedai serbaneka. Ini termasuklah kopi dan hidangan pencuci mulut serta meliputi industri lain seperti fesyen dan kecantikan.


Beliau juga menjelaskan bahawa Funmaii merancang untuk memasang 10,000 buah mesin layan diri di pusat beli belah utama di Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang. Apabila beroperasi kelak, mesin layan diri ini akan menawarkan kemudahan peruncitan yang lebih canggih dan memberikan jenama akses kepada kumpulan pengguna yang lebih besar.

Aplikasi Funmaii boleh dimuat turun secara percuma melalui Apple App Store (https://apple.co/2sorB5x) dan Google Play Store (http://bit.ly/2EWwAgl). Untuk maklumat lanjut boleh layari www.funmaii.com

Kedai serbaneka Funmaii  

D-G- 8, Sunway Nexis, 
Kota Damansara 1, Jalan PJU 5/1
Kota Damansara, Selangor
(8.00am – 10.00pm)

No.40, Ground Floor, Jalan Puteri ½
Bandar Puteri Puchong,
Selangor
(8.00am – 11.00pm)

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook