Iqbal Haiqal

Iqbal Patah Pergelangan Tangan

12:45 PM

Pada Sabtu lepas mama ada event di Putrajaya. Sebelum pergi ke event mama hantar Qeisya kat papa dia di Bukit Mahkota sebab en papa ada biz aiskrim kat sana. Kiranya Qebal dengan Qeisya dengan papa dan Qeram dengan mama. Wehh kena la sesama jaga kan. kalo mama bagi tiga2 anak kat en papa mau tumbang dia nak kawal sesorang. Event mama ni just boleh bawak sorang jer so Qeram la jadi peneman mama. 

Balik dari Putrajaya terus mama ambik en papa dengan anak2 dekat rumah adik ipar dekat Kajang. En papa cakap Qebal jatuh terlentang masa naik gayut slide kat playground. So mama ingat jatuh dan sakit lenguh biasa jer lah. Letak minyak kemudian ok la kan. Tapi malam tu Qebal cakap sakit kat pergelangan tangan. Mama pun sapu minyak dan urut slow2. Esok paginya kat pergelangan tangan dia dah bengkak. Allahu.. terus en papa bawak pergi emergency hospital Serdang. 



Lepas jer check semua memang nampak patah sikit la dekat pergelangan tu. Adehh.. memula doc cakap just balut jer. Tapi last-last doc kata simen jer. Adeh sian pulak dengan Qebal ni. Anak jantan kan.. buaih dia lain macam la. Dah la kawan ni isi tak berapa banyak ada. Kurus jer.. sekali jatuh dah patah gini.. Nasib sikit kalo patah teruk waduhh seram wokeh. Ada yang patah sampai kena operate masuk screw pun ada. Ohhh tidakkkk.. itu mintak simpang malaikat 44 lah. 

En papa sempat snap gambar xray kat hospital tempoh hari. 

Heran jugak sekali simen sampai siku. Hahaha.. kalo tang lengan ok lagi..

Hari ni dah 6 hari Qebal bersimen tangan. Yang paling mencabar time dia gatal kat dalam tu. Wehh macam mana nak garu. hahaha.. jenuh duk masukan lidi nak garu hahaha.. simen tu berat boleh tahan. beranduh la kalau keluar rumah.. tangan jer sakit kaki tak pun. duk rumah dia tak pakai anduh pun.. dah serupa robot bergerak jer mama tengok.. alahai anak oihhh macam-macam lah.


Kemarin dia dah start pergi sekolah. dia kata duk rumah bosan la asyik kena tengok adik.. amboihh tengok jer pun bukan suruh angkat. Sekarang ni Qebal jadi bos la sebab mandi mama kena mandikan, pakai baju pun mama pakaikan. basuh yeyak pun mama cebokkan. Hahaha.. sabar jer lah. Cepat sembuh Qebal.. mama is rimas tengok tangan bersimen gitu. Yang Qeram pun kalut nak tarik simen kat tangan dia. Ingat tangan robot gamaknya boleh pasang dan buka.. Lepas ni beringat yer anak jangan panjat dan lompat lagi.. 

Love,
/>

You Might Also Like

6 Comments

  1. oh dh p sekolah...bosan tgk adik ke..bosan dgr mama bebel hehe...smoga cpt baik..bff akak pn jatuh aritu tp sbb ibu jari die menahan trus tkleh bengkok..die ingt biasa je lps tu kena simen juga ..dpt mc smp 3 minggu..nextweek die checkup, doktor ada ckp kalo tk ok..kena operate..dgr masuk skru ngeri kn

    ReplyDelete
  2. aduhla... moga cpt sembuhnya tgn iqbal tuh....
    mmglah pergelangan tgn je tp mungkin doc suh simen sbb memudahkan cpt nk baik, kot balut je kang dia lasak lagi tak pasal2 kene simen lg gitu hehehhe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. nak tnya lepas buka simen tangan anak boleh lurus tak..tangan anak saya xboleh nk lurus plak lps buka simen baru 3hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi memang mcm tu mula2 kita kena urut2 tangan tu sebab dah lama bengkok pkai simen kan. kalo mcm kering letak baby oil or lotion. lelama ok dear. jangan risau

      Delete

Like us on Facebook