KAD PEDULI SIHAT | Rawatan Klinik Secara Percuma

4:33 PM

KAD PEDULI SIHAT | Rawatan Klinik Secara Percuma - Mungkin ramai yang tahu pasal kad Peduli Sihat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah. Mama tahu dah lama dah pasal ni tapi masa tu mama kerja lagi dan memang tak layak untuk isi borang ni. Kali ni mama nak cuba lah mana lah tahu berjaya dapat kad ni dapatlah mengurangkan beban en papa kan. Meh baca pasal KAD PEDULI SIHAT | Rawatan Klinik Secara Percuma.

KAD PEDULI SIHAT | Rawatan Klinik Secara Percuma 
Untuk pengetahuan semua, Kad Peduli Sihat ini khas bagi rakyat Negeri Selangor dan layak untuk mendapatkan rawatan kesihatan asas secara percuma di lebih 1,000 buah klinik swasta di Selangor dan Lembah Klang. Terdapat 2 kategori untuk Skim Peduli Sihat ini iaitu Kategori A untuk Keluarga dan kategori B untuk Individu. 

Kategori A - Keluarga khas untuk suami, isteri dan anak-anak Warganegara Malaysia. Bagi yang lahir atau telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun. Untuk pendapatan isi rumah sebulan adalah RM3,000 ke bawah. 

Kategori B - Individu umur 21 tahun dan warganegara Malaysia. Pendapatan pula RM1,500 kebawah bagi setiap bulan. 


Apa yang korang akan dapat dengan Kad Peduli Sihat?

Kategori A - Keluarga akan dapat kad Peduli Sihat untuk satu keluarga. RM500.00 had pembiayaan setahun dan RM50.00 had digunakan setiap kali rawatan. 

Kategori B - Individu pula akan dapat Kad Peduli Sihat untuk seorang. Had pembiayaan RM200.00 setahun dan RM50.00 untuk had gunaan setiap kali rawatan. 


Dengan adanya kad ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan perubatan sekeluarga. Yer lah kalau tengah sakit tu nak pergi hospital atau klinik kerajaan kan ramai orang. Jadi ada kad ni boleh la dapatkan rawatan klinik di klinik swasta dengan mudah. Untuk klinik panel Peduli Sihat boleh refer di SINI

Untuk pendaftaran Kad Peduli Sihat boleh buat secara online di SINI. Jika isi borang secara online korang kena muat turun dokumen yang diperlukan dan bagi yang isi secara manual boleh print borang di SINI dan hantar borang dan dokumen ke pejabat Adun yang berdekatan. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.pedulisihat.com

Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. Wahh bagus kad peduli sihat ni.. memang patut kena ada untuk setiap individu atau keluarga..

    ReplyDelete
  2. Alaaa.. Tak layak..haha...semangat nk isi

    ReplyDelete

Like us on Facebook