Event Review

Majlis Pelancaran Pembukaan Restoran grEAT Di 1 Utama Shopping Centre Oleh Datuk Dr Chef Wan

12:28 AM

Zaman sekarang sangat susah nak cari makanan "fast food" dalam kategori yang sihat. Tambah pula sekarang semua sibuk dengan arus kemodenan sehingga kita sebagai manusia tidak ada masa untuk masak makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri dan juga keluarga. Korang tahu ada sebuah restoran yang menghidangkan makanan "fast food" berkhasiat telah dibuka di 1 Utama Shopping Centre. Yang lagi menarik restoran ini merupakan restoran automatik yang pertama di Malaysia. 



Pada Ahad baru-baru ini, mama dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Pembukaan Restoran grEAT di 1 Utama Shopping Centre yang dirasmikan oleh Datuk Dr Chef Wan. Untuk pengetahuan semua, restoran ini telah beroperasi hampir sebulan dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua pelanggan yang hadir. 

Menurut pengasas restoran grEAT ini iaitu Encik Tan Yong Jen, teknologi automatik ini adalah berasal dari Amerika Syarikat bahawa ia sangat sesuai bagi golongan yang sangat sibuk dan tiada masa untuk memasak makanan yang sihat. Dengan restoran grEAT ini para pelanggan boleh membuat pesanan makanan dengan menggunakan telefon pintar dan hanya mengambil pesanan dari kotak automasi itu sahaja. Ia amat mudah dan menjimatkan masa pelanggan yang datang membeli. 


Terdapat kerusi meja untuk pelanggan menjamu selera selepas membeli.


Datuk Dr Chef Wan dengan Pengasas grEAT, Encik Tan Yong Jen

Tetamu jemputan istimewa pada majlis pelancaran tersebut adalah Selebriti Chef Antarabangsa iaitu Datuk Dr Chef Wan juga hadir untuk memeriahkan majlis serta membuat satu demo masakan menyediakan makanan yang berkhasiat untuk para tetamu yang hadir. Beliau juga sangat suka dengan gabungan hidangan makanan yang berkhasiat dan juga restoran automatik pertama di Malaysia ini merupakan trend masa kini bagi golongan muda. Untuk demo masakan pada hari itu adalah Green Curry Bowl yang sangat berkhasiat kerana dihidangankan dengan curry tanpa santan serta dengan pelbagai sayur-sayuran hijau dalam satu mangkuk besar. 

Hidangan Green Curry Bowl yang dimasak oleh Chef Wan 

Antara resepi grEAT ini adalah dicipta oleh sekumpulan ahli diet dan juga chef yang hebat. Ini kerana mereka memastikan masakan grEAT bukan sahaja enak, lazat malah ia juga amat bernutrisi. Menu-menu di grEAT ini tidak mengandungi sebarang daging kerana grEAT percaya sayur-sayuran hijau dapat membekalkan nutrisi keperluan tubuh badan manusia yang baik. 

Menariknya di restoran grEAT ini tidak mempunyai pelayan untuk mengambil order kerana pelanggan sendiri yang akan membuat pesanan melalui telefon pintar. Bagi yang tidak mahir menggunakan telefon pintar korang jangan khuatir kerana di restoran grEAT ini akan menyediakan satu kaunter bagi yang ingin membuat pesanan dan membayar dengan menggunakan wang tunai. Kemudian mereka boleh mengambil makanan di kotak dengan menggunakan kod yang diberikan.

Menu di restoran grEAT

Cara order melalui applikasi WeChat.

Cara membuat pesanan makanan melalui telefon pintar
  • Membuat pesanan melalui WeChat
  • Pelanggan boleh memilih "Order" di halaman utama
  • Memilih makanan dan membuat bayaran secara online
  • Apabila pelanggan tiba di restoran boleh menekan "Arrive Shop"
  • Kemudian masukkan kod/scan QR code untuk mengambil makanan dari kotak automatik
Di kotak ini lah pelanggan akan mengambil makanan yang telah dipesan. Pelanggan cuma masukan kod dan boleh mengambil makanan dalam kotak automatik tersebut. Mudah bukan. 

Mama dan beberapa blogger lain berkesempatan untuk mencuba makanan berkhasiat di restoran grEAT ini. Di grEAT menawarkan menu berkhasiat seperti nasi bowl, spaghetti, salad, burger, snack, dessert, ice cream dan minuman yang sihat. Mama hanya dapat cuba dalam 4 menu sahaja. Mama paling suka burger dan fries yang dihidang dalam bowl.

Burger tu dibuat sendiri oleh grEAT dari roti dan patty dibuat secara homemade. Roti burger tu sangat sedap rasa lain dari roti burger yang lain. Roti burger tu manis dan lembut sampai rasa makan dan nak makan lagi. Manakala patty burger pula bukan dari daging malah dari sayur-sayuran. Hahhh itu yang buat lagi sedap rasa macam burger yang ada daging tapi hakikatnya sayur. Kan berkhasiat tu. 

Vegan Chickpea Burger - RM18.90

Passion Mango Bowl - RM13.90

Japanese Sesame Bowl - RM13.90

Dedua hidangan nasi ni memang sedap. Tambah nasi tu bukan nasi biasa tau sebab itu nasi beras perang so memang sangat khasiat untuk bagi yang menjaga kesihatan dalam makanan. Dengan sayur-sayuran yang penuh dalam bowl ini memang nampak menarik untuk di makan. Yang paling sedap Tempura Mushroom kat bawah ni. Ini banyak mangkuk juga mama makan. Sebab sedap rasa mushroom lembut jer. Alamak teringat-ingat tau tempura mushroom ni. 

Tempura Mushroom - RM10.90

Air lemonade ni pun sedap. Rasa masam dengan rasa barli skit. Tapi sedap lah. 

Sebelum Datuk Dr Chef Wan balik sempat mama selfie dengan beliau. Haruslah selfie kan bukan senang nak jumpa dengan Chef Wan yang popular ni.


Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Restoran grEAT
Lot LG 328, Lower Ground Floor
1 Utama Shopping Centre
Petaling Jaya, Selangor


Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. betul la akak perasan muka awk kt ig chef wan masa bt perasmian product nih.... nk tanya tp takpe akak tunggu awak bt ntry psl restoren ni.... bgs jgk kn ada restoren gini... dia punya menu pun nmpak menyelerakan....

    ReplyDelete
  2. waw meriahnya . bolehla nanti nak try pergi sana rasa

    ReplyDelete
  3. semakin hari semakn mudah membuat pesanan...:)

    ReplyDelete

Like us on Facebook