Event

Pengalaman Spa Di Rumah Dengan "Lulur Scrub"Terbaru dari ASIANIC

1:56 PM

Bila kali terakhir mama Lulur Scrub di SPA? Hahh memang lama dah tak pergi SPA buat scrub ni memang takder masa. Almaklum la ada anak ni lagilah tak sempat nak ke SPA. Teringin juga sebenarnya nak rasa orang scrubkan badan mama. Tapi demi anak-anak tak apa lah mama scrub jer kat rumah sendiri. Korang tau produk Asianic telah mengeluarkan produk Lulur Scrub setanding SPA lima bintang tau tapi hanya scrub di rumah sahaja. 



Pada minggu lepas mama berkesempatan gathering bersama beberapa orang blogger di Blogger Days bersama dengan Asianic. Sempena gathering ini Asianic melancarkan produk terbaru mereka iaitu Lulur Scrub Asianic. Jenama Asianic ini sangat terkenal dengan jenama tempatan yang mengeluarkan rangkain produk spa penjagaan diri di rumah. 

Kini dengan Lulur Scrub Asianic, kita tidak perlu lagi membayar kos yang agak mahal di spa malah boleh dijadikan aktiviti hujung minggu bersama keluarga. Produk Asianic juga selamat, sesuai dan pelbagai pilihan mengikut citarasa sendiri. 


Lulur Scrub adalah salah satu penjagaan kulit badan agar sentiasa lembut, bersih dan dapat menghilangkan sel-sel kulit mati. Dengan Lulur Scrub Asianic dapat membersihkan dan menyingkirkan sel kulit mati di samping itu dapat mencerah bahagian anggota badan yang tersembunyi. Selain itu, menjadikan kulit lebih cantik halus, gebu, cerah dan dapat menghindarkan bau badan. 

Lulur Scrub Asianic diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi untuk memberi kesan maksimum penggunaan. Terdapat 4 variasi Lulur Scrub Asianic iaitu 
  • Seri 7 Bunga
  • Betik
  • Susu Beras
  • Delima

Menariknya Lulur Scrub Asianic ini tiada paraben, SLES dan tiada silikon. Scrub yang cukup wangi dan menenangkan semua pemakai. Mandian Seri 7 Bunga adalah tradisi budaya untuk menaik seri bakal pengantin, anak dara dan mengelak dari perkara kurang baik. Ektrak betik pula dapat memberi kelembapan kepada kulit berpanjangan. Manakala susu beras dapat melembutkan dan merawat kulit agat sentiada sihat dan cerah dan Delima pula mengembalikan sel kulit, melindungi kulit serta menolong membaiki semula tisu-tisu badan. 


Paling kerap mama guna Lulur Scrub Asianic ni ketika mandi. Boleh scrub di seluruh badan dan juga muka. Untuk penggunaan scrub muka hanya boleh dilakukan 2x seminggu sahaja. Dengan lulur scrub boleh merasai kulit lebih lembut, mencerahkan kulit, membuang sel kulit mati dan mewangikan seluruh badan. Hanya gunakan lulur scrub Asianic dalam 20 minit di rumah sahaja korang boleh merasakan sendiri seperti di spa lima bintang.



Harga Lulur Scrub Asianic ini dengan harga RM16.90 setiap satu. Boleh didapati produk Asianic di semua pasaraya besar di Malaysia, farmasi dan juga kedai-kedai runcit seluruh Malaysia. Produk Asianic juga boleh dibeli melalui talian di antaranya AladdinStreet.com, Lazada, 11 Street, Coopmall.my, Cmasa.my, Facebook Asianic Halal dan juga melalui laman web www.wonderlandprimary.com

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook