Resepi

Resepi Masak Lemak Cili Padi Ikan Sardin

11:23 AM

Resepi Masak Lemak Cili Padi Ikan Sardin | Hari tu duk nampak Dato Siti Nurhaliza dia mengidam tempoh hari nak makan masak lemak cili padi sardin yang dimasak oleh Kak Long anak Zahid Hamidi kot. Hahah kot sebab mama tak kenai. Tengok macam sedap pulak. yer lah tak pernah buat kan. Padahal kita masak sardin tu boleh jer kita olah macam-macam kan. Dato Siti dah bersalin hari ni mama baru sempat buat. Hahaha.. Dah jom kita tengok bahan-bahan untuk Resepi Masak Lemak Cili Padi Ikan Sardin.

Resepi Masak Lemak Cili Padi Ikan Sardin
Bahan-bahannya :-
  • Sardin Tin 
  • Cili Padi *
  • Bawang Merah *
  • Sedikit Halia *
  • Kunyit / Serbuk Kunyit *
  • Serai 
  • Ubi Kentang
  • Asam Keping
  • Santan Kotak
Cara-caranya cukup mudah macam nak masak lemak ayam tu ini kita tukar ke tin sardin. Ohoii mahai jugak satu tin sardin ni dekat RM7 ok. Hahah.. dah jom tengok cara-caranya.

Kisar yang bertanda * sehingga hancur. Masukkan ke dalam periuk masak sehingga naik bau. Kemudian masukkan kentang masak sampai hempuk ok. Kemudian masukkan santan kotak. Kalau pekat tambah air yer. Ehh korang agak-agak la yer. mama nak sukat2 ni fail skit so agak2 jer tau

Kemudian masukkan serai yang diketuk skit dan asam keping. kacau rata. Jangan sampai pecah minyak sudah yer.. tu bukan jadi masak lemak dah tu dah jadi gulai. hahaha

Lepas tu apa lagi masuk la sardin tin tu. kacau hingga sebati. Jangan lupa letak garam tau.

Dah siap. Ehh sedap jugak masak lemak cili padi sardin tin ni. Hehehe pedas2 plak tu ehhh boleh la korang cuba nanti. Tapi mama ni leceh skit makan sardin tin sure naik bapak jerawat.. kofkofkof..

Tahniah Dato Sri Siti Nurhaliza dah selamat bersalin dan Selamat Mencuba..

Love,
/>

You Might Also Like

7 Comments

  1. Sedap!! Akak nak recommend guna sardin jenama Botan yg tin besar tu...ikan dia sedap giler..makan ngan cekodok pun sedap ni...

    ReplyDelete
  2. first time tgk sardin masak lemak...hehe

    ReplyDelete
  3. Akak nk try juga resepi ni...tak pernah lagi makan.Tq share resepi.

    ReplyDelete
  4. sdapt tu mama..kita buat kari..:)

    ReplyDelete
  5. Eh, resepi ni sebijik macam kakak ipar buat kat rumah..kalau ganti masuk ikan selayang tak guna sardin agaknya jadi tak ye?

    ReplyDelete
  6. sedap kan dik.... akak pun baru dlm 2 tahun lepas pertama kali menerai menu nih.... pastu bila dh buat... mmg sedap pekat likat mabeles

    ReplyDelete
  7. kreatif...dengan sardin pun boleh buat masak lemak cili padi

    ReplyDelete

Like us on Facebook