Resepi

Resepi Nugget Nasi Ayam

10:59 AM

Dalam family mama ada sorang anak bertuah yang tak makan nasi. Mama is haru jugak la. Orang lain makan nasi tapi dia tak makan nasi. Bikin ribut nak bagi dia besar. Tapi dia makan jer benda lain macam western food macam tu. Nak buat macam mana kan Allah nak bagi anak yang tak makan nasi. Hahaha.. mama is redha ok.. Nasib Qebal jer tak makan.. kalau Qeram & Qeisya tak makan haru gak.. kalo jadi gini nahh pergi duduk oversea.. heyyy mat salleh pun dah makan nasi tau. Ini melayu celup tak mau makan nasi. kekekek..


Masa Qebal kecik mama pernah buat nugget nasi ni tapi dia muntah.. heyy geram tauuu.. dia makan tapi sejam kemudian dia uwek balik.. mencik la.. hahaha.. kali ni dah besaq kot kot la dia mau makan.. so ada orang tag resepi ni kat Fb.. jom kita tengok bahan-bahan mudah untuk buat Nugget Nasi Ayam. 

Bahan-bahan :-
  • Nasi
  • Isi ayam
  • Telur
  • Bawang putih
  • Kiub Ayam
  • Minyak
Cara-caranya :-
  • Korang blend semua bahan-bahan kat atas tu sehingga hancur wal lebur ok. 
  • Kemudian masukkan dalam bekas tak kesah la bulat peti pat segi ka bujur ka.
Hahh macam ni tau tekstur dia. Masukkan ke dalam tempat pengukus dan kukus selama 30 minit. 

Selepas 30 minit jadi macam ni korang sejukkan dulu. lepas tu potong comei2 ok. 

Untuk goreng boleh celup dalam tepung pedas atau telur. Mama suka celup dalam tepung pedas lagi sedap.

Korang tahu mama gigih la buat resepi ni kat Qebal. dia makan seketul dan cakap mama tak macam nugget kat luar pun. Korang rasa!!! macam nak picit-picit jer dia.. mama baru nak bagi dia makan nasi tapi tukang perabis dia si Qeram.. huhhh dia pulun makan la katanya sedap. hahaha sabar jer lah. Qeram baik makan nasi jer tak payah buat macam ni. Ingat senang ker hahaha leceh tauu.. Lepas ni dia tak mau makan mama pun malas nak buat dah.. Hahahah

Selamat Mencuba

Love,
/>

You Might Also Like

9 Comments

  1. kak shaz nak buat semalam.. tp tak larat.. haha.. jdnya , tengok je lah orang upload kat fb..

    http://www.byshaz.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Hahahaha...ada mat saleh celup dalam rumah ye..macam- macam helah dah Jue nak bagi dia makan nasi...apa next idea agaknya kan

    ReplyDelete
  3. Mudahnya.. Sha book mark.. tq share..

    ReplyDelete
  4. memang ada juga yang memang tak makan nasi kat Malaysia nie..

    mereka makan roti atau meee.

    cuma tak didedahkan.

    saya pula sekali hidangan sahaja makan nasi dalam sehari

    selebihnya jadi western style..

    ReplyDelete
  5. Terbalik pulak ngan anak kinah. Anak kinah nak makan nasi tapi lauk tak nak. Haish pening. Mana badan tak keding. Mak dia pulak makin tembun. Sabar je la. Ok la kena la cuba buat nuget ni pulak. Kot dia nak kan. Thanks jue share resepi ni

    ReplyDelete
  6. kih2.... apa kata lps ni mama try guna breadcrump utk salut luar dia tu, biar nampak cam nugget betul tuh... mana tau masa tu Qebal suka nnti....

    ReplyDelete
  7. nampak menyelerakan. sesuai untuk anak-anak.

    ReplyDelete
  8. sedapnya mama.. buat sndiri lg puas makan..

    ReplyDelete

Like us on Facebook