Event

Sesi Mama-Mama Penyayang DUGRO | Perkongsian Hidangan Sihat Yang Penuh Nutrisi Untuk Si Manja

2:33 PM

Sesi Mama-Mama Penyayang DUGRO | Perkongsian Hidangan Sihat Yang Penuh Nutrisi Untuk Si Manja - Setiap seorang ibu sangat menitik berat mengenai pemakanan yang terbaik untuk si manja. Jadi sebagai ibu yang sangat prihatin akan setiasa terus belajar dan harus menjadi lebih kreatif untuk menyediakan makanan yang penuh nutrisi tinggi agar anak-anak lebih menjadi pintar dalam setiap aktiviti mereka samada di rumah atau di sekolah. Oleh itu, jom kita tengok bengkel Sesi Mama-Mama Penyayang DUGRO | Perkongsian Hidangan Sihat Yang Penuh Nutrisi Untuk Si Manja.

Sesi Mama-Mama Penyayang DUGRO | Perkongsian Hidangan Sihat Yang Penuh Nutrisi Untuk Si Manja
Pada Ahad baru-baru ini, mama berkesempatan untuk meluangkan masa menghadiri satu bengkel anjuran Dugro Malaysia iaitu Sesi Mama-Mama Penyayang Dugro bersama dengan penampilan khas iaitu Yana Samsudin dan juga Diana Amir. Di bengkel ini para ibu berpeluang untuk mendapatkan petua pemakanan dan keibubapaan dari penasihat Careline Dumex Dugro dan juga sesi memasak bersama dengan selebriti pada hari itu. Selain itu, ibu-ibu juga berkongsi dan belajar antara satu sama lain untuk menangani masalah anak-anak dari segi makanan dan juga akademik. 


Pengacara selebriti jemputan pada hari tersebut adalah Yana Samsudin berkongsi dengan hampir 50 ibu-ibu yang hadir untuk melengkapkan tips mengasuh anak-anak, menyediakan lebih banyak makanan berkhasiat dan memberi susu untuk anak-anak lebih aktif serta sihat setiap hati. Bagi mama sendiri masih banyak untuk belajar dan bertanya kepada lebih pakar mengenai pemakanan anak-anak agar mereka mendapat nutrisi yang sihat sepanjang hari. Jadi sebagai seorang ibu wajib banyak membaca dan menjadi lebih kreatif agar hidangan makanan anak-anak cukup nutrisi dan menjaga kualiti kebersihan makanan.


6 menu resepi makanan berkhasiat buat si manja.

Kemudian aktiviti seterusnya adalah sesi memasak bersama selebriti Chef Lin yang mempunyai banyak pengalaman memasak dan beliau merupakan seorang pensyarah di MSU Management & Science University. Sebanyak 6 resepi diperkenalkan dan kesemuanya kaya dengan DHA, Omega 3, Omega 6, serat, vitamin dan mineral. Menu ini sangat sesuai selama 6 hari dimana ibu-ibu yang bekerjaya dapat membuat resepi ini untuk kanak-kanak. 

Di samping chef sedang menujukkan dua demo masakan kepada ibu-ibu iaitu Quiche Ayam & Cendawan Enak dan Kebab Ikan Comel, penasihat Careline Dumex Dugro mengulas lebih lanjut mengenai pemakanan dan manfaat serta kepentingan setiap masakan buat si manja kita. Banyak ilmu yang dapat dibelajar mengenai pemakanan yang bernutrisi untuk anak-anak agar mereka lebih pintar dengan kemahiran bersosial, komunikasi dan juga pembelajaran.


Selepas demo dari Chef Lin selesai, kami diberi kumpulan untuk memasak 2 menu resepi yang ditunjukkan oleh chef tadi. Jadi kami diberi masa selama 1 jam untuk menyediakan 2 hidangan iaitu Quiche Ayam & Cendawan Enak dan juga Kebab Ikan Comel. Sebelum mula memasak kami sempat bergambar dahulu lepas tu semua ibu-ibu fokus dengan memasak hingga selesai. 


Dalam kumpulan kami memang sama-sama bekerjasama memasak dengan selesai. Ada yang kena kupas bawang, ada yang kena potong lobak merah, ada yang kena potong cendawan. Memang sangat seronok setiap ibu-ibu memasak dan tahu tugas masing-masing. Bayangkan dalam 1 jam sahaja kumpulan kami dapat siapkan 36 biji quiche dan juga 36 batang kebab ikan. 

Quiche yang sebelum dibakar

Setelah siap Quiche Ayam dan Cendawan Enak. Memang sedap!

Kebab Ikan Comel yang sangat mudah untuk buat.

Kebab ini boleh dicicah dengan sos yang diperbuat dari susu Dugro. 

2 hidangan menu yang kami siapkan. Sangat lazat, berkhasiat serta penuh nutrisi buat si manja tersayang.

Masing-masing muka happy sebab 2 menu siap dalam masa yang diberikan. Memang tangan macam sotong habis. Tahniah kepada semua ibu-ibu sebab semuanya hebat!


Kemudian acara penutup makan tengahari bersama-sama dan juga soal jawab bersama selebriti dan juga Penasihat Careline Dugro. Memang mama sangat enjoy dengan event Sesi Mama-Mama Penyayang Dugro dan banyak dapat ilmu yang manfaat seperti menyediakan makanan dalam cara yang sederhana lagi kreatif dan yang paling penting menjaga kualiti kesihatan dan makanan anak-anak terjaga.

Susu Dugro tidak asing lagi bagi anak-anak untuk tumbesaran kerana ia benar-benar memberi lebih banyak khasiat dalam pemakanan seperti nutrien, DHA Tertinggi, Omega 3, Omega 6 dan satu-satunya jenama yang mengandungi serat IcFOS. Kini dengan setiap pembelian 2 pek susu Dugro 900g dan dapatkan hadiah iaitu 2 in 1 Playmat + Storage Bag yang sesuai untuk aktiviti dalam dan di luar rumah. **Sebarang variansi *Sementara Stock Masih Ada

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pasukan Careline Dugro yang sedia membantu 24 jam 7 hari seminggu di talian 1800-38-1038 atau boleh layari website di www.dugro.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. untung Jue dapat join event macam ni..selain bleh jumpa personaliti popular dapat juga ilmu dan cara- cara memasak untuk anak- anak kan..seronok...

    ReplyDelete
  2. pun boleh kan untuk buat makanan diorang,anak akak dah tak guna pulak dugro ni

    ReplyDelete
  3. Mudah je sebenarnya nak sediakan makanan anak-anak ni. Lagi seronok bila ada ilmu baru yang Dumex Dugro ni kongsikan.

    ReplyDelete
  4. Seronok jer tengok. KEcewa jugak lah sebab tak dapat join.. huhu..

    ReplyDelete

Like us on Facebook