Info

Simpan RM500 PERCUMA RM500 Dengan SSPN1M

11:00 AM

Lagi 10 tahun akan datang, anak-anak mama akan bakal melanjutkan pelajaran ke universiti. Pada masa tu mesti banyak duit nak digunakan untuk membeli pelbagai buku dan barang keperluan mereka. Kekadang terfikir masa tu nak gunakan duit simpanan atau buat sahaja pinjaman. Ok memandangkan anak-anak mama masih bersekolah rendah memang mama ada buat simpanan untuk masa depan mereka. Tapi korang tahu ada satu simpanan dan pelaburan bagi memudahkan mereka kelak iaitu SSPN1M.


SSPN1M merupakan satu simpanan yang direka khas oleh PTPTN kepada ibu bapa bagi membolehkan mereka membuat perancangan kewangan bagi pendidikan anak-anak untuk melanjutkan pengajian ke universiti. Oleh itu, dengan adanya SSPN1M ini kita boleh menyimpan duit sedikit demi sedikit bermula daripada anak kecil sehingga mereka mudah untuk melanjutkan ke universiti tanpa perlu membuat pinjaman PTPTN lagi.

Mama sendiri memang sedang mencari akaun seperti ini agar memudahkan masa depan mereka kelak. Dengan SSPN1M ini sangat bagus dan ia adalah satu pelaburan awal untuk anak-anak menggunakan duit simpanan ini semasa melanjutkan pelajaran mereka malah dapat mengurangkan bebanan hutang pinjaman PTPTN. Syarat untuk SSPN1M ini adalah antara umur dari 7 tahun hingga 12 tahun jadi memang kenalah umur dengan anak-anak mama tu.


Menariknya SSPN1M, Kerajaan kita telah memperuntukkan dalam Bajet 2018 khas untuk 500,000 pelajar terawal yang layak untuk skim ini. Untuk dapatkan RM500 secara percuma itu, kita sebagai ibu bapa wajib membuat simpanan sebanyak RM500 kemudian akan dapat simpanan percuma RM500 pada hujung bulan yang sama. Tapi insentif ini hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak-anak mencecah 18 tahun. Kiranya ini adalah satu pelaburan dan simpanan untuk anak-anak apabila mereka ingin melanjutkan pengajian ke universiti kelak.

Yang lagi menarik ibu bapa juga dapat pelepasan cukai melalui simpanan SSPN1M sehingga RM6,000.00. Yang ini menarik tau jika ibu bapa yang memohon SSPN1M pada tahun ini dapatlah kita membuat tuntutan cukai pada tahun depan. Untungnya kita simpan RM500 dan PTPTN akan beri RM500 untuk anak-anak kita. Bestkan.


Untuk membuka akaun simpanan SSPN1M ini boleh terus ke kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang dilantik. Nak lagi mudah dan senang korang boleh buat secara online dengan melayari laman web PTPTN. Untuk maklumat lanjut mengenai SSPN1M ini boleh layari  laman web www.sspn1m.com 

Satu lagi tips yang tidak berkaitan dengan SSPN1M, memandangkan kami sedang berbincang tentang simpanan untuk masa depan anak-anak mama, adakah korang tahu, pembelian buku- buku, alat tulis, komputer dan tablet juga dapat pelepasan cukai sebanyak RM2,500? Dengan teknologi yang semakin maju sekarang pembelajaran hanya dihujung jari, jadi betapa pentingnya komputer dan tablet untuk anak-anak belajar melalui internet. Bolehlah plan beli satu untuk anak mama. Siapa tahu tablet mana yang sesuai dan harganya juga berpatutan? Bolehlah share di komen-komen nanti.

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook