New release

STARBUCKS® BOTOL KOLEKSI TEH FRAPPUCCINO Boleh Didapati Di Malaysia

1:14 AM

Starbucks Malaysia memperkenalkan dua Botol Frappuccino® minuman baharu yang berasaskan teh - Botol Matcha Tea Frappuccino® dan Botol Black Tea Frappuccino®. Minuman kategori ‘ready-to- go’ boleh didapati di bahagian botol minuman dalam pasar raya premium, petrol marts dan kedai serbaneka utama di seluruh Malaysia.



Sesi "yum cha" (Minum Teh) merupakan salah satu budaya unik yang diamalkan oleh warga Malaysia. Minuman teh seperti Teh Cina, Teh dan Teh Tarik merupakan minuman pilihan kegemaran ramai semasa bersantai dengan rakan-rakan atau keluarga. Minuman koleksi teh ini diperbuat daripada teh yang berkualiti tinggi dari seluruh dunia. Botol koleksi teh Frappuccino ini mendapat sambutan yang baik dan menjadi satu trend baru dalam kalangan konsumer apabila diperkenalkan di China.


Bagi menghasilkan minuman teh yang penuh dengan keharuman aroma teh dan rasa yang menyegarkan, Starbucks meluangkan masa hampir setahun untuk memperoleh daun-daun teh yang berkualiti tinggi dari kawasan tanaman teh yang terkenal di seluruh dunia. Selepas melalui saringan dan penilaian, Starbucks memperkenalkan Botol Matcha Tea Frappuccino® dan Botol Black Tea Frappuccino®, koleksi teh minuman yang akan menjadi pilihan generasi muda.


Diperkenalkan pertama kali di Malaysia, Starbucks® Botol Matcha Tea Frappuccino® dibuat dengan serbuk Matcha yang berkualiti tinggi dari Pulau Jeju, Korea Selatan. Untuk menghasilkan rasa yang menyegarkan, serbuk Matcha diproses melalui pengukusan dan penggilingan, bersama dengan susu berkualiti tinggi dari New Zealand.

Starbucks® Botol Black Tea Frappuccino®, minuman yang penuh dengan aroma teh asli merupakan produk hasil gabungan teh Ceylon dari Sri Lanka, teh Dianhong dari Yunnan, China dan Teh Assam dari India.

Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman Facebook Starbucks Malaysia di www.facebook.com/StarbucksMalaysia

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook