New release

Yogurt FERNLEAF | Sarapan Sihat Yang Rendah Lemak & Kurang Manis

9:00 AM

Mulakan hari anda dengan sihat dan ceria bersama Yogurt Fernleaf baharu, diperbuat daripada 100% susu dari New Zealand untuk memberikan kebaikan tenusu kepada warga Malaysia yang sentiasa sibuk pada waktu pagi!


Yogurt Fernleaf merupakan keluaran terbaharu dari jenama tenusu ini, yang mempunyai warisan dan dipercayai sebagai Trusted GoodnessTM oleh para ibu di Malaysia untuk keluarga mereka. Semenjak 30 tahun yang lalu, Fernleaf membawakan kebaikan tenusu dari ladang di New Zealand kepada para keluarga di seluruh Malaysia dan menyediakan produk susu yang berkhasiat untuk menyumbang kepada diet yang sihat dan seimbang.

Dengan tekstur lembut berkrim, rangkaian yogurt baharu ini merupakan pilihan yang lebih sihat dan lazat untuk seisi keluarga. Yogurt Fernleaf mempunyai logo ‘Healthier Choice’ yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah memenuhi kriteria kesihatan yang telah ditetapkan, iaitu rendah lemak dan kurang manis.


Yogurt Fernleaf kurang manis berbanding jenama-jenama yogurt yang lain. Ia begitu digemari ramai sehinggakan satu tinjauan pengguna mendapati bahawa 9 daripada 10 orang yang mencuba Yogurt Fernleaf akan menggantikan jenama yogurt yang biasanya mereka makan dan juga 99% pengguna akan menyarankan Yogurt Fernleaf kepada keluarga dan rakan-rakan mereka.

“Waktu pagi boleh menjadi waktu yang paling sibuk bagi kebanyakan keluarga di Malaysia. Oleh itu, mereka biasanya tidak sempat mengambil sarapan. Namun kita semua juga tahu akan kepentingan sarapan dalam memberikan tenaga untuk memulakan hari. Dengan Yogurt Fernleaf ini tidak perlu lagi mengalami rasa lapar pada waktu pagi! Alternatif yang mudah dan enak ini dapat membantu seisi keluarga menjalani hari mereka dengan penuh bertenaga,” kata Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia.


Yogurt Fernleaf boleh dinikmati begitu sahaja, namun ianya juga enak apabila digabungkan dengan snek sihat yang lain. Selain itu boleh juga dicampurkan :
  • Dengan oat, bijian, kekacang dan buah beri di dalam sebuah balang untuk menghasilkan oat semalaman yang menarik sebagai sarapan yang mudah dan mengenyangkan. 
  • Campurkan oat yang rangup atau granola dengan Yogurt Fernleaf untuk sarapan yang sempurna!
  • Buat smoothie yogurt untuk minuman sihat lagi bertenaga pada setiap pagi
  • Buat sos celup untuk seleri, pisang, lobak, timun atau biskut gandum dengan yogurt
  • Boleh juga jadikan sebagai dressing bagi salad

[Review Mama]
Mama pengemar Yogurt sebab sangat bagus untuk makan sesama sarapan pagi. Yang paling mama suka Yogurt Fernleaf ni tekstur yogurt yang lembut berkrim, kurang manis dan memang sedap. Boleh dimakan begitu saja atau boleh dicampurkan dalam oat atau granola. Anak-anak mama sukakan yogurt ini bagus untuk penghadaman serta kalsium mereka. Keempat perisa yang lazat pasti Yogurt Fernleaf ini wajib ada dalam peti sejuk rumah korang. 

Yogurt Fernleaf boleh didapati dalam beberapa perisa yang lazat – asli, strawberi, beri campuran dan mangga, setiap cawan adalah seberat 110g dan berharga RM1.50. Mulakan hari anda dengan betul bersama Yogurt Fernleaf yang lazat dan mudah untuk gaya hidup anda yang sibuk! Ia boleh didapati di pasaraya dan kedai di seluruh negara.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook