Food Review

EZIETECH CAFE Bandar Baru Nilai | Port Burger Unik Dan Cendol Durian Special

12:30 AM

EZIETECH CAFE Bandar Baru Nilai | Port Burger Unik Dan Cendol Durian Special - Korang hantu durian tak? Hahhh yeahh mama tau ramai jer yang pengemar raja buah iaitu durian. Sejujurnya mama bukan pengemar makan durian hehehe bau pun boleh pening tau. Hahaha memandangkan mama nak sharing tempat makan best kat korang mama ketepikan lah bau durian tu untuk korang tengok menu terbaik yang sedap di Ezietech Cafe terletak di Bandar Baru Nilai.

EZIETECH CAFE Bandar Baru Nilai | Port Burger Unik Dan Cendol Durian Special
Bagi yang berdekatan dengan Ezietech Cafe pasti dah pernah datang makan kat sini kan. Hahh best la korang mama pun baru tahu jer tentang cafe ni. Pada Khamis lepas mama berkesempatan untuk mencuba menu sedap di Ezietech Cafe. Terima kasih kerana menjemput mama mencuba menu yang menarik di cafe ni. Menariknya cafe ni bukan sahaja jual makanan dan minuman malah turut menjual aksesori telefon seperti powerbank, casing phone, usb cable dan lain-lain lagi. 



Nampak-nampak tu baru sikit mama share gambar kalau korang datang sini tak perlu risau la kalau terlupa bawak powerbank ker, usb cable ker atau charger ker, hahh dah nama kedai ni jual alat aksesori telefon kan sebab kat cafe ni ada port station charger. Hahh gituuu korang lepak la lama-lama sambil charge telefon dan sambil makan kat sini. Ok bukan itu yang mama nak share dengan korang jom kita tengok apa yang menarik tertarik di Ezietech Cafe ni. Hahaha nampak tak kat bawah ni hahhh durian la kan.. confirm korang terliur punya.. kat sini boleh jer korang nak makan durian yang baru dibuka malah nak beli yang dah dibuka pun ada jugak ok. 


Memula jer mama sampai apa yang mama makan. Mestilah kena makan pembuka selera dulu. Yeahh ada 2 menu pembuka selera so kami pilih meatball dan chezzy wedges. Mama paling suka meatball tu sedap sebab mama suka kuah blackpepper dia memang menyengat sungguh rasa lada hitam yang betul-betul padu kat dalam mulut. Korang patut try tau meatball kat sini memang puas hati. Kalau korang tengok dekat gambar meatball tu ada warna biru tu bukan ising kek yer tu adalah mayonis yang diletak sedikit pewarna. Nampak menarik kan..

Meat ball | RM15.00

Cheezy Wedges | RM6.00

Yang lagi menarik di Ezietech Cafe ni korang boleh cuba makan burger dari waffle. Mesti memula korang pelik kan burger dari waffle? Inilah signature dish di cafe ni yer. Yeahh betul mama memula tengok wahh menariknya tambah waffle tu warna merah macam tu pulak. Kalau kita makan burger mesti roti burger tu keras dan kurang best kan. Ini kalau makan burger waffle ni mama jamin korang makan sampai habis ok sebab lembut jer waffle tu. Giler sedap! memang recommended sangat yer. Harga pulak not bad la tak der la mahal mana tambah pulak portion burger waffle dan patty yang besar boleh sharing dengan wife, husband, pakwe, makwe koranglah. 

Chicken & Cheese Crispy Burger | RM14.00

American Classic Cheese Burger | RM15.00

Perghh cheese kat burger ni meleleh macam ni of coz la sedap yakmat.. serius tak tipu ok. Mana nak jumpa burger waffle punya sedap macam ni. Makan pun sekejap jer habis tau takder rasa roti keras ker apa yer. Tambah pulak patty tu homemade lagilah kebabom dalam mulut. rasa isi patty tu cukup sempurna, sedap tak terlalu masak sangat memang bikin teringat jugak lah sampai sekarang. Hehehe. Korang tak percaya nahhh mama kasi gambar mama operate patty homemade ni. Perghhh sedap!!.. 

Sebelum mama terlupa kang lepas ni korang pergi makan kat sini kenapa waffle tu kaler lain pulak jangan terkejut tau sebab di Ezietech Cafe ni warna waffle dan mayonis berubah-ubah. Hahh maybe masa korang datang waffle tu warna kuning atau mayonis tu warna purple.. Hahhh tu contoh jer. ahhh tak peduli itu semua yang pasti rasanya sedap!! Dah korang tengok gambar patty yang telah dibedah siasat oleh mama. Tertawan ker tidak??

Cayalah isi patty punya tebal macam ni. Thorbaik beb!!

Ehh mesti yang tertanya-tanya tak kan la burger waffle jer kan. Hahh baiklah siapa yang tekak melayu yang tak kena nasi sehari boleh ketaq lutut tu, ni hahh kat Ezietech Cafe ada juga menu nasi lah. So far mama recommended 2 jer yer.. Ada 2 nasi ni yang special dia dekat ayam grilled dan chicken chop. Tapi kan korang mesti kata simple jer sebab makan dengan kuah blackpepper macam tu. Heyy korang rasa dulu kuah blackpepper tu lah memang sedap tau. Hahhh simple but nice orang kata tau. Harga pun murah la RM9.90 jer sepinggan macam ni. 

Riz Chicken Grilled Rice | RM9.90

Riz Chicken Chop Rice | RM9.90

Ok next menu, hahh ini pun nak pecah perut dah. Hahaha.. bagi yang nak mencuba menu ala-ala barat korang boleh cuba makan Spaghetti Udang Galah. Ini pun terbaik dari ladang juga sebab udang galah dia besar weh.. Syiok makan. Cuma capsicum tu terlalu banyak jadi rasa spaghetti tu agak keras skit yang pasti sedap la. Korang boleh try yer nanti. 

Di Ezietech Cafe ada Roti Pak John Cheese Special. Lain betul roti john ni sebab inti dia super banyak siap telur tu bersalut semua permukaan roti dengan isi serta cheese & mayonis. Ini pun sedap kalau makan panas-panas. Kalau dah sejuk alamatnya tak best dah. So korang order yang dah siap dan terus makan yer. Kami haritu telefon dululah makan hukhukhuk. 

Spaghetti Udang Galah | RM12.00

Roti Pak John Cheese Special | RM10.00

Nindia menu palingggg special yang terdapat di Ezietech Cafe hahhh Cendol Durian. Orang yang hantu durian bukan setakat musim jer yang tak musim pun pulun makan kan. Heheh tahu dah.. Dah kalau korang teringin nak makan Cendol Durian datang jer terjah sini. Hahh sentiasa ada ok. Bukan jer kaum melayu jer datang, kaum India, Cina pun ada tau datang makan Cendol Durian ni. Nampak penangan dia memang semua kaum pun datang makan tau. Ehh bagi yang tak makan durian macam mama jangan khuatir yer sebab ada jer cendol biasa dan cendol macam-macam flavour seperti Oreo, Ais krim dan nata d'coco pun ada.

Durian Bar Original | RM6.00
Durian Bar Oreo | RM8.00
Durian Bar Bubble | RM6.00
Durian Bar Ais Krim | RM8.00

Cendol Bubble | RM6.00
Cendol Mangga | RM8.00
Cendol Nata D'coco | RM10.00
Cendol Aiskrim | RM10.00


Sini sapa suka kopi kampung angkat tangan. Yeahh lain dari cafe-cafe lain yer bukan senang nak jumpa kopi kampung kaw melekat macam ni. Tambah plak orang sekarang dah jarang makan kopi kampung ni tapi di Ezietech Cafe korang boleh dapat menikmati kopi kampung seperti Kopi Gantang, Kopi Raga, Kopi Kampung, Kopi Kluang dan Kopi Luwak. Sedap tau kalau minum kopi kampung ni boleh cerah biji mata dan ketagih gitu. Hehehe. Untuk harga dari RM7.00 - RM12.00.



Hahh apa tunggu lagi mama dah cuba dah. Yang mana orang Nilai, Sepang atau yang terlalu pergi ke Nilai 3 boleh la singgah-singgah di Ezietech Cafe di Bandar Baru Nilai ni. Memang puas hati lah mama cakap. Tempat makan pun bersih tapi kalau teramai orang tu harap bersabar la yer itu mesti orang nak makan Cendol Durian tu. Hehehhe.. 

EzieTech Cafe
No 12, Cempaka Street Mall 2
Jalan BBN Nilai 6/3A Desa Cempaka
71800 Nilai
Negeri Sembilan

Telefon : 06-790 9925

Waktu Operasi :
Setiap Hari
 [12.00 tengahari - 10.00 malam]

Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. Mama Jue, saya yang duduk kat Cempaka ni tak tau pun ada cafe tu. Selalu nak makan western food kami akan ke Seremban 2. Nanti boleh cuba lah.... petang nanti kena usha la cafe ni. Thanks for the info.

    ReplyDelete
  2. owh kat nilai jer...nak pegi lah nnt..nmpak sedap sungguh menu2 tu..

    ReplyDelete
  3. pg2 tgk entry ni..trus lapar....ada mcm2 jenis cendol tu..yummmmyyy

    ReplyDelete

Like us on Facebook