Event

Kempen GROW | Mendidik Generasi Muda Menanam Sayur Secara Hydroponic Di Tropicana City Mall

11:49 PM

Kalau mama sebut jer nak tanam pokok, anak-anak pasti teruja nak menolong dari mencangkul, buang lalang, menanam dan menyiram pokok tersebut. Tapi anak-anak tengok tanah jer dah mula geli geleman. Hahaha anak bandar macam tu la tak der tanah yang luas untuk bercucuk tanam. Tapi jangan risau sekarang serba moden nak tanam sayur boleh jer secara hydroponic. Lagi mudah dan tak perlu tanah pun boleh dapatkan sayur yang segar bugar. 


Pada Ahad baru-baru ni, mama dan anak-anak menghadiri satu event sempena Kempen Grow di Tropicana City Mall. Untuk pengetahuan semua, sebelum ni Tropicana City Mall dan The Mines Shopping Mall (The Mines) telah melancarkan kempen GROW di Tropicana City Mall sempena Earth Day. Dengan adanya kempen ini dapat memupuk generasi muda mengenai perubahan iklim dengan menarik minat mereka untuk memahami sebenar alam sekitar melalui kemahiran berkebun di kalangan kanak-kanak. 

Kempen GROW ini merangkumi penanaman secara organik dalam rumah hijau oleh kanak-kanak, makanan sihat dan memelihara alam sekitar sepanjang tahun dimana pembeli dan pelajar sekolah akan dijemput untuk menanam dan menuai sayuran melalui Kaedah Hydroponic di sini. Dengan adanya aktiviti ini mendidik anak-anak serta masyarakat dengan menanam sayur dan hasil jualan sayuran ini akan disumbangkan kepada badan amal.

Tutorial dan demonstrasi dijalankan oleh landscaper profesional Professor Kajendiran Latchmanan

Pada Earth Hour 24 Mac 2018 yang lalu di The Mines Shopping mall, seramai 50 pelajar dari umur 5 hingga 12 tahun dari Global Modern International School dan Wendy Montessori telah menanam benih sayuran dalam rumah hijau dengan menggunakan sistem hydroponic. Pada sesi kedua kempen GROW di The Mines pada 20 April juga menjemput kanak-kanak ini datang kembali untuk menuai sayuran yang mereka tanam pada tempoh hari. 


Anak-anak mama pun turut berpeluang untuk menuai dan menanam sayuran baru di rumah hijau ini. Mereka sangat teruja sebab sangat mudah menuai dengan kaedah hydroponic ini. Menariknya penanaman kaedah hydroponic ini hanya mengambil masa selama 44 hari sahaja untuk mendapat sayur yang segar. Cukup mudah dengan tanaman ini kerana hanya perlu takungan air yang cukup di letakkan dalam rumah hijau. 

Hasil sayuran yang dituai 

Kemudian anak-anak diberi peluang untuk tanam semula sayur baru. 


Kesemua sayuran tadi telah dibawa ke Oliver Gourment untuk membungkus sayuran dan dijual di Oliver Gourment. Hasil yang diperolehi dari hasil jualan itu tadi akan didermakan kepada badan amal. Bermula dari hari ini sehingga 31 Disember 2018, ahli CapitaStar akan menerima ganjaran sebanyak 500 STAR$ dengan setiap pembelian minima RM30 bagi produk dari Oliver Gourment di Tropicana City Mall dan The Mines Shopping Mall (The Mines).



Antara blogger-blogger yang hadir untuk memeriahkan Kempen GROW di Tropicana City Mall. Terima kasih sekali lagi kerana memberi peluang kepada anak-anak kecil bagi merasai pengalaman baru mengenai tanaman sayur secara hydroponic ini. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook Tropicana City Mall dan Facebook The Mines Shopping Mall

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook