New release

Kempen ‘Ibu Sejati’ Lady’s Choice Untuk Ibu-Ibu Malaysia

1:08 AM

Peranan sebagai seorang ibu bukan mudah, apatah lagi jika mahu menjadi seorang ibu yang sempurna. Masyarakat pada zaman ini menaruh harapan yang tinggi bagi seseorang ibu, ditambah pula dengan keazaman ibubapa untuk memberikan yang terbaik bagi anak-anak mereka.


Jenama mayonis terkemuka Malaysia, Lady’s Choice telah mengumumkan pelancaran 'Ibu Sejati', iaitu kempen kesedaran di seluruh negara untuk mengatasi stereotaip ibu sempurna. Mesej "Tiada ibu yang sempurna, hanya ibu yang sejati" yang ditonjolkan bukan sahaja sekadar perkataan, tetapi juga merupakan cara jenama Lady’s Choice menegaskan bahawa kasih ibu sejati adalah ibu penyayang tanpa batasan.

'Ibu Sejati' menampilkan kisah sebenar penuh inspirasi tiga orang ibu dan bagaimana mereka menangani masalah dalam peranan harian mereka. Disampaikan melalui sebuah siri video, kisah-kisah penuh emosi yang menarik menggambarkan peranan unik ibu-ibu ini dan pendekatan berbeza yang diambil dalam mendahulukan anak-anak mereka. Bagaikan wira yang tidak didendangkan untuk insan yang tersayang, barisan ibu-ibu ini merangkumi Wan Musfirah Aimi yang merupakan seorang ibu berkerjaya, ibu tunggal Natalie Hussin, dan suri rumah sepenuh masa, Normani Isa, yang masing-masing mempunyai tiga orang anak.


Wajah baru dengan kebaikan yang sama 
Kempen 'Ibu Sejati' adalah inisiatif yang tepat pada masanya seiring dengan pengenalan pembungkusan baharu untuk mayonis Lady's Choice. Dengan penampilan baharu dalam botol cantik dan mudah, mayonis Lady's Choice mengekalkan kebaikannya sebagai penyelesaian yang mudah dan serba sesuai bagi menyediakan sandwic yang enak dan berkhasiat dengan mudah sekali.

Untuk membawa kempen 'Ibu Sejati' ke seluruh Malaysia, Lady's Choice telah menjalin kerjasama kandungan yang unik dengan Rangkaian Televisyen Media Prima untuk meluaskan jangkauannya dan melibatkan berjuta-juta ibu menerusi platform televisyen terkemuka. Kerjasama itu juga menggunakan sumber kreatif rangkaian tersebut untuk menghidupkan kisah 'Ibu Sejati', sambil memberikan kandungan yang bermutu tinggi.


Lady's Choice akan melaksanakan pengaktifan seluruh negara untuk berhubung dengan para ibu Malaysia, di samping memberi pendidikan pemakanan berkhasiat yang berterusan dari bulan April hingga September 2018. Sempena menyambut Hari Ibu, Lady's Choice juga akan memberi ganjaran kepada ibu-ibu dengan baucar spa eksklusif pada bulan Mei.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/LadysChoiceMalaysia

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook