Resepi

RESEPI PASTA SI MANJA | Menu Sihat Untuk Anak Tersayang

9:00 AM

RESEPI PASTA SI MANJA | Menu Sihat Untuk Anak Tersayang - Sebagai seorang ibu sangat menitik berat tentang pemakanan untuk anak-anak tersayang. Setiap hari pasti akan berfikir nak masak menu apa untuk mereka. Kekadang tu agak buntu juga la nak masak hidangan yang bernutrisi dan pemakanan yang lengkap lagi berkhasiat. Pada bulan Mac yang lalu, mama berkesempatan menghadiri bengkel Sesi Mama-mama Penyayang Dugro di The Cooking House, Bangsar. Salah satu aktiviti bengkel itu adalah dapat belajar memasak dan menyediakan makanan berkhasiat untuk anak-anak. 


Pada bengkel berkenaan, Chef Lin telah menunjuk 2 demo masakan menu sihat untuk Si Manja Dugro. Antara menu yang ditunjukkan adalah salah satu dari resepi dalam buku Dugro diatas ini. 2 menu yang mama belajar buat adalah Kebab Ikan Comel dan Quice Ayam & Cendawan Enak. Memang sedap 2 menu tersebut dan sangat mudah untuk dimasak. 

Mama telah mencuba salah satu resepi dari buku Si Manja Dugro ini. Jadi mama memilih resepi Pasta Si Manja. Resepi ini mama olah sedikit dari buku resepi berkenaan. Mari kita tengok resepi asal Pasta Si Manja ini. 

Bahan-bahan :-
  • 1/2 cawan dada ayam dadu
  • 1/4 cawan pasta kulit siput kecil
  • 1/2 sudu besar bawang besar cincang
  • 1/2 sudu kecil bawang putih cincang
  • 1 biji tomato, dibuang biji & dikisar dengan 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan potongan brokoli
  • 1/4 cawan lobak merah dadu
  • Stok ayam secukupnya
  • 30g keju cheddar, diparut
Cara-caranya :-
  1. Masukkan semua bahan kecuali keju ke dalam periuk nasi elektrik. Pastikan pasta tenggelam di dalam stok
  2. Masak selama 4 minit. Kacau dan masak lagi selama 4-5 minit. Pastikan pasta lembut, jika perlu tambah stok atau air
  3. Buka penutup dan masukkan parutan keju
  4. Kacau dan masak selama 2-3 minit lagi

Pasta Si Manja 

Bahan-bahannya :-
  • 1 cawan dada ayam dadu
  • 1 mangkuk pasta macaroni
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 cawan brokoli
  • 1/4 lobak merah didadu
  • 1 biji tomato dikisar dengan 1/2 cawan air
  • 2 keping cheese
Cara-caranya :-

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi

Kemudian masukkan isi ayam dan masukkan air. Selepas itu masukkan lobak merah, brokoli dan juga tomato yang dikisar. Masak seketika sehingga lobak merah dan brokoli lembut. 

Kemudian masukkan pasta macaroni dan juga cheese. Kacau seketika kemudian masak sehingga kuah mesra dengan pasta. 

Siap dihidang Pasta Si Manja ketika panas. 



Anak-anak mama memang suka menu Pasta Si Manja ni sangat berkhasiat dengan karbohidrat, vitamin, mineral, serat, protein, kalsium dan vitamin D. Kiranya makanan yang mama masak ini memang cukup sempurna dalam carta piramid makanan. Selain dari pemakanan yang berkhasiat dan nutrisi tinggi, anak-anak turut minum susu Dugro® setiap hari kerana susu ini mengandungi kandungan DHA Tertinggi, 15 vitamin, Omega 3, Omega 6 dan lemak asid yang cukup penting bagi kanak-kanak mendapat nutrien dengan sihat kerana susu Dugro® mempunyai pelengkap kepada keperluan harian mereka. Pakar pemakanan mengesyorkan 2-3 gelas setiap hari.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web www.dugro.com.my atau hubungi pasukan careline Dumex Dugro di talian 1800-38-1038.

Kalau ada event anjuran Dumex Dugro ni pasti mama akan join lagi. Memang best sangat dan banyak ilmu yang mama dapat dengan event macam ni.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook