Blogger Review

RIZQ Islamic School | Memperkenalkan RIZQ Studio & Watak Animasi TATAN Dalam Pendidikan

2:26 AM

Mesti ramai yang tahu kan mengenai sekolah Tahfiz yang popular di Sungai Ramal Bangi ni. Ini lah sekolah RIZQ Islamic School merupakan sekolah Tahfiz International yang sangat moden. Kalau lalu jer tempat ni mesti mama akan tengok walau hanya bangunan sekolah sahaja. Serius sebab sekolah ni best weh. Teruja betul mama dengan sekolah ni sebab mama pernah melawat ke sini pada tahun lepas. Korang boleh baca di SINI


Masa setahun lepas, mama berpeluang melihat lebih dekat persekitaran dan pelajar-pelajar di Rizq Islamic ini belajar menggunakan Ipad dalam kelas dan merasai sendiri Kyushoku Time semasa makan tengahari. Menarik sangat tengok pelajar berdikari untuk mengambil bento dan makan bersama pelajar-pelajar yang lain. Tapi kali ni mama tak nak cerita pasal tu mama nak cerita ada satu produk terbaru di RIZQ Islamic School. 

Untuk pengetahuan semua, RIZQ Islamic School telah menubuhkan satu kumpulan baru iaitu Melon Group Sdn Bhd. Dengan penubuhan kumpulan ini telah memperkenalkan RIZQ Studio dan Watak Animasi TATAN dalam pendidikan. Mesti korang semua tertanya-tanya apa produk terbaru di RIZQ Islamic School ini dalam pendidikan anak-anak. Ok jom baca lagi sampai habis. 


Di Melon Group ini, mereka menubuhkan RIZQ Studio dengan teknologi yang canggih seperti VR sinematik (virtual reality) dengan persekitaran 3D. Untuk pengetahuan semua, VR ini bukan hanya mainan sahaja malah ia merupakan pembelajaran dalam bentuk VR dengan sukatan pendidikan di sini. Yang lagi menarik RIZQ Studio telah menubuhkan RIZQ TV yang merupakan TV pendidikan rasmi RIZQ Islamic School. Dengan adanya saluran TV pendidikan ini menggalakkan lebih banyak bakat-bakat terpendam dari pelajar untuk diketengahkan. Wehh mana nak jumpa sekolah ada studio macam ni. 

Selain itu, team RIZQ Studio juga mencipta watak-watak animasi TATAN dalam pendidikan untuk membantu pelajar-pelajar lebih mudah dalam pelajaran mereka. Dengan adanya animasi ini pelajar-pelajar lebih mudah ingat dan seronok untuk belajar dalam mata pelajaran seperti Sains, Pendidikan Islam, Matematik, Seni dan lain-lain lagi. 

Watak-watak animasi TATAN 

Kemudian mama dan beberapa blogger yang lain diberi peluang melihat pejabat Melon Group dan RIZQ Studio yang baru dibuka pada awal tahun yang lalu. Masuk jer terus mama tertumpu di story board yang memaparkan lukisan animasi TATAN yang telah siap direka. Yang lagi menarik RIZQ Studio telah menyelitkan cerita kisah Nabi-Nabi dengan watak animasi TATAN yang menarik buat tontonan di RIZQ TV. Dengan adanya kartun untuk cerita kisah Nabi dan silibus pelajaran, mama rasakan pelajar-pelajar lebih mudah faham, ingat dan mereka lebih enjoy belajar tanpa rasa tekanan. 


Story board.

RIZQ Studio

Di sinilah team RIZQ Studio mengadakan ujibakat dan juga rakaman untuk TV pendidikan RIZQ TV. Kalau mama perhatikan di studio ini mempunyai kelengkapan yang cukup lengkap dari segi peralatan-peralatan termasuklah video camera, set untuk pengambaran, lampu dan bilik kawalan serta VR (virtual reality) untuk belajar Sains, Games dan Seni. Masuk jer sini memang rasa dalam studio tv sebenar tau. Korang boleh subscribe RIZQ TV di Youtube RIZQ Studio.


Inilah VR (virtual reality) yang mama cerita tu.. seriously best bagi pelajar-pelajar menggunakan untuk pelajaran mereka. Sebelum menggunakan VR ini mereka wajib memakai VR Box dahulu pada bahagian mata dan yang menariknya korang akan nampak benda tersebut betul-betul depan mata korang. kira macam real jer. Contoh mata pelajaran Sains, belajar mengenai anatomi tubuh badan manusia. Ini korang boleh tengok dari tubuh badan, tulang rangka dan bahagian dalaman semua boleh nampak lebih real. Menarik betul!!



Bloggers & Team RIZQ Studio

Menarikkan teknologi baru di RIZQ Islamic School ini bukan sahaja menarik minat pelajar-pelajar malah ibu bapa sendiri teruja dengan sistem pendidikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Mama pasti dengan adanya teknologi yang canggih seperti ini pasti anak-anak lagi bersemangat untuk belajar dalam suasana yang cukup sempurna dari pelbagai segi. Sebab inilah kenapa ibu bapa yang berkemampuan sanggup menghantar anak-anak mereka ke sekolah Tahfiz RIZQ Islamic School. Bagi ibu bapa yang ingin melihat lebih dekat dengan teknologi VR di RIZQ Studio ini boleh terus datang ke RIZQ Islamic School ni yer. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

RIZQ STUDIO
Wisma RIZQ
No 2, Lot 1456, Jalan Cempaka Off Jalan Teratai
Kampung Sungai Ramal Dalam
43000 Kajang, Selangor

Email : rizqtatan@gmail.com

Telefon : 03-8912 9251
Whatsapp : 018-3517 357

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook