Charity

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim & Asnaf Dari Pusat Jagaan Kasih Murni @ ANCASA HOTEL & SPA Kuala Lumpur

8:38 AM

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amalan bersedekah dan melakukan amal kebajikan. Selain berkongsi kenikmatan bersama golongan yang kurang bernasib baik, ganjaran yang diterima adalah berlipat ganda berbanding bulan lain.


Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur juga tidak melepaskan peluang menghulurkan sumbangan dan berbuat kebajikan pada Ramadan yang penuh keberkatan ini. Ancasa Hotel telah menganjurkan Program Berbuka Puasa dari Pusat Jagaan Kasih Murni dan sekaligus melancarkan Ramadan Buffet Bertemakan "Kampong Boy".


Program ini merupakan agenda tahunan Ancasa Hotel dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik sekaligus menceriakan anak-anak yatim dalam menyambut Ramadan dan Hari Raya tidak lama sahaja lagi. Pada tahun ini, Ancasa amat bertuah kerana ADABI telah sudi berkolaborasi dalam menyediakan 5 kawah bubur lambuk serta menyumbangkan barang-barang keperluan asas anak-anak yatim untuk kegunaan mereka sepanjang bulan puasa. 

Program ini telah bermula seawal jam 10.00 pagi dengan acara bergotong-royong memasak bubur lambuk. Kakitangan Ancasa Hotel bersama-sama dengan wakil dari ADABI berganding bahu menyediakan 5 periuk bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang awam berhadapan Ancasa Hotel & Spa termasuklah pejalan kaki serta pemandu yang melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock. 

Pelbagai jenis dessert yang cukup sedap.

Pada petang semalam, mama dan keluarga dijemput untuk berbuka puasa bersama Anak Yatim dan Asnaf dari Pusat Jagaan Kasih Murni di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur. Terima kasih Ancasa Hotel & Spa kerana menjemput mama sekeluarga. Untuk pengetahuan semua, Ancasa Hotel turut menceriakan 35 orang anak-anak yatim dengan membawa mereka membeli pakaian dan baju raya yang bernilai RM150 setiap seorang di JAKEL Mall, Kuala Lumpur serta sumbangan duit raya bernilai RM50 setiap seorang sebagai tanda keprihatinan pihak Ancasa Hotel dalam menunaikan tanggungjawa kepada masyarakat setempat.

Jom kita tengok buffet Ramadan yang bertemakan Kampong Boy di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur ini. 

Apam Balik Crispy

Mee, Laksa pun ada. 

Pelbagai lauk pauk bertemakan kampung. 

Gado-gado pun mengancam habis. 

Menurut Pengurus Kanan Bahagian Hospitaliti iaitu Encik Shah Azam Khan, "Ancasa Hotel dan Resorts mengambil pendekatan dengan mengadakan program ini adalah untuk menghargai pelanggan-pelanggan Ancasa serta mengeratkan lagi hubungan di antara pihak pengurusan dengan warga kerja Ancasa Hotels & Resorts. Ianya juga merupakan wadah terbaik untuk menzahirkan program kemasyarakatan Ancasa kepada golongan yang kurang berkemampuan. Ancasa Hotel amat berharap dengan sumbangan ikhlas ini akan membawa keceriaan kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang bernasib baik menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba."



Selebriti terkenal Jaafar Onn pun turut hadir untuk memeriahkan majlis. 


Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama sekali kepada pihak ADABI kerana sudi berkolaborasi dengan pihak Hotel Ancasa pada kali ini dengan adanya program ini sedikit sebanyak akan meningkatkan ibadah kita pada bulan Ramadan. 


Kepada yang ingin merasa masakan bercitarasa kampung persis masakan ibu, boleh dapatkan baucer Ramadan Buffet bertemakan Kampong Boy yang berharga RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Untuk maklumat lanjut atau tempahan sila layari laman sesawang di www.ancasahotels.com atau hubungi di talian 03-2026 6060 untuk mendapatkan harga yang terbaik. 

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook