Product Review

BRAND’S® InnerShine Pati Prun | Kecantikan Kulit Semulajadi Dari Dalam

9:00 AM

BRAND’S® InnerShine® Pati Prun | Kecantikan Kulit Semulajadi Dari Dalam - Siapa sini wanita yang tak nak cantik kan. Rasanya semua wanita nak cantik dari luar dan dalaman. Jadi kita wajib mengambil minuman kesihatan dari buah-buahan yang seimbang untuk mendapat banyak khasiat yang semulajadi dan tinggi dengan serat serta tinggi dengan Vitamin E. Tapi buah apa yang kita perlu makan yer tak? Hahh jangan risau sekarang ni cukup mudah dengan hanya minum BRAND’S® InnerShine® Pati Prun | Kecantikan Kulit Semulajadi Dari Dalam


Sejujurnya mama belum pernah lagi mencuba InnerShine Pati Prun ni. Kalau buah prun segar tu pernah la mama makan tapi kalau termakan buah manis best la selalunya asyik termakan yang buah masam jer hah. Untung tau orang sekarang ni yer lah nak dapatkan kulit cantik dari dalaman minum jer BRAND'S InnerShine Pati Prun dengan Vitamin E terus kulit cantik macam duta InnerShine Siti Saleha tu. 

InnerShine Pati Prun ini dibuat dari Prun California dan mengandungi 100% Vitamin E yang berasaskan buahan dan sangat sesuai untuk kecantikan kulit wanita. Supplement ini kaya dengan gentian daripada buah prun yang boleh larut untuk menggalakkan kelancaran sistem pencernaan dan membantu menyingkirkan toksin yang tidak diingini daripada tubuh kita. Selain itu, ia dapat meningkatkan perlindungan kulit terhadap radikal bebas, sekaligus menjadikan kulit lebih sihat dan lebih berseri. 


Kandungan BRAND'S InnerShine Pati Prun dengan Formulasi baru tinggi dengan Vitamin E :-
  • Pati Prun
  • Maltodekstrin Rintang
  • Fluktosa
  • Pati lobak merah
  • Vitamin E

Cara pemakanan 
Goncang botol sebelum minum dan minum serta merta selepas dibuka. Korang boleh jer minum BRAND'S InnerShine Pati Prun dari botol sama ada pada suhu bilik atau disejukkan. Bagi mama baik sejukkan dahulu dalam peti sejuk, barulah sedap. Boleh diminum pada waktu pagi atau malam. Nak minum pagi petang siang malam pun boleh cuma sediakan duit jer beli InnerShine ni. hahahah..


Dari segi warna dan tekstur BRAND'S InnerShine Pati Prun ini cecair pekat dan sedikit manis tapi korang jangan risau takder la manis melecaih sangat sebab kalau disimpan dalam peti sejuk dapat mengimbang rasa manis InnerShine ni. Oh ya ramai yang tertanya mengenai Halal tak BRAND'S InnerShine Pati Prun ni. Kalau mama dah minum berbotol-botol ni maknanya Halal la. InnerShine ini dapat kelulusan Halal dari Thailand. So korang boleh minum tanpa rasa was-was yer. 

BRAND'S InnerShine Pati Prune dengan Vitamin E ini boleh dibeli pada harga RM32.00 untuk satu pek enam botol manakala RM58.00 untuk pek 12 botol di kesemua rangkaian Watsons seluruh Malaysia, farmasi dan pasaraya yang terpilih. 


[REVIEW MAMA]

Yang paling ketara selepas minum BRAND'S InnerShine Pati Prun secara konsisten mama suka khasiat dia yang tinggi serat, tinggi dengan Vitamin E dan pati prun yang sangat semulajadi. Selain itu, InnerShine ini sangat membantu dalam sistem penghadaman dan membersihkan tubuh secara dalaman serta kesannya mudah melawaskan. Kalau minum suplemen apa-apa pun make sure kena minum air secukupnya yer.

Dari segi yang lain kulit muka lebih lembap dan tampak lebih muda sebab toksin dah keluar. Jangan tak tahu mama kan selalu berjaga malam sampai pukul 3 pagi, jadi bangun pagi mesti kulit rasa kusam dan tak bermaya serta badan lemau jer. Tapi lepas amalkan BRAND'S InnerShine Pati Prun ni jadi badan sentiasa bertenaga tau. 


Dengan harga yang cukup berpatutan bolehlah mama amalkan BRAND'S InnerShine Pati Prun dengan Vitamin E ini sebagai supplement rutin kecantikan mama setiap hari. Lepas ni mama tak perlu risau pasal letih berjaga malam lagi sebabnya dengan adanya BRAND'S InnerShine Pati Prun ini mampu mengembalikan kecantikan kulit semulajadi dari dalam. 

Untuk maklumat lanjut mengenai BRAND'S InnerShine Pati Prune boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. sedapkan innershine.. kalau rajin amal mesti dpt kesan yg terbaik. dulu masa anak dara rajin simpan stock. heheheheh

    ReplyDelete
  2. teringin nak cuba innershine ni. tp mcm mahal pulak bila tgk di kedai x'D

    ReplyDelete
  3. dulu bujang2 suka gak beli skrg ni nk cari pun tak sempat hehhehe nak kena beli ni...

    ReplyDelete

Like us on Facebook