Buffet Ramadhan

Buffet Ramadan 2018 | Selera Warisan Rebung @ Dewan Banquet UPM, Selangor

5:13 AM

Lagi seminggu lebih sahaja lagi kita nak sambut Ramadan. Ada yang dah prepare untuk sambut bulan puasa ker tak ni? Hehehe mama so far dah get ready untuk bulan puasa manakala anak-anak paling teruja nak berpuasa untuk tahun ni. Katanya boleh makan sedap-sedap masa berbuka nanti. Ok untuk Buffet Ramadan kali ni mama nak bawa korang tengok menu yang menarik dan sedap dari Chef terkenal iaitu Dato' Chef Ismail.


Siapa tak kenal dengan Dato' Chef Ismail kan. Semua kenal dengan Chef Ismail yang sememang terkenal dengan masakan-masakan kampung di Restoran Rebung. Bagi yang pernah makan masakan Chef Ismail mesti sudah tahu kesedapan masakan beliau bukan. Ok untuk Buffet Ramadan tahun ini Restoran Rebung dengan kerjasama UPM Holding sempena Buffet Ramadan 2018. 

Pada Khamis minggu lepas, mama dijemput untuk menghadiri satu Majlis Pre launch Buffet Ramadan 2018 bertemakan Selera Warisan Rebung di Dewan Banquet UPM Serdang. Kalau sebut sahaja Selera Warisan Rebung mesti kita dah terbayang juadah-juadah kampung yang cukup sedap lagi lazat. Dah jom kita tengok menu apa yang sedap-sedap kat sini. 

Murtabak Ayam & Daging. Ni sedap sebab isi ayam / daging banyak.. lembut pulak tu walau dah sejuk. Selalu kalau kita makan murtabak sejuk dah keras kan. Yang Chef Ismail buat ni memang best

Pelbagai kuih muih.. yang atas tu tak sempat rasa sebab perut dah penuh.


Bagi pengemar serawa durian pun ada.. Heheh mama tengok jer sebab tak makan.

Bubur lambuk ni sedap yakmat lembut jer masuk kat tekak. Rasa bubur macam ada santan skit memang sedap. 

Di Selera Warisan Rebung juga menyediakan lauk pauk tradisi kampung untuk menjamu selera seperti Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Ikan Pari, Rebung Perut Masak Lemak Cili Padi, Kari Ayam, Ayam Masak Kurma, ehh macam-macam lagi lah kalau senarai ni kang penuh satu entri heheheh. Yang lagi menarik di Selera Warisan Rebung korang boleh rasa Nasi Ulam. Wahhh best ni kalau rindu kat kampung boleh jer makan kat sini. 

Semua sedap-sedap. 

Kita rasa lah skit-skit semua ni. 

Tak lupa ulam-ulaman pun adaaaa

Laksa Utara pun ada wak... Perghh merecik 


Ni jer yang sempat tangkap gambar. hahaha.. yang lain tak sempat.. maafin dong sebab Qeisya tak bagi kerjasama. wakakak.. 


Untuk Buffet Ramadan Selera Warisan Rebung di Dewan Banquet UPM ini bermula dari 19 Mei 2018 hingga 12 June 2018. Bagi yang duduk sekitar Serdang, Bangi dan Kajang yang ingin berbuka puasa di sini boleh buat tempahan di talian di bawah. 

Harga Buffet Ramadan Selera Warisan Rebung

Dewasa : RM75.00 nett
Kanak-kanak : RM40.00 nett

Untuk tempahan boleh hubungi :

017-451 0484 [Mahfudz]
017-647 1047 [Nazeem]
012-382 2404 [Husna]

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook