Buffet Ramadhan 2018

BUFFET RAMADHAN 2018 @ Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras

10:17 AM

BUFFET RAMADHAN 2018 @ Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras | Fuhh lagi seminggu nak puasa.. hoyehhh tak sabar pulak nak puasa kali ni. Dalam bulan puasa lah kita nak mengejar pahala yer tak. Di samping tu mama duk bercadang nak berbuka puasa kat luar nanti. Hehehe mana la larat nak berbuka puasa dekat rumah jer confirm bosan asyik menu yang sama. Sekali sekala boleh la berbuka yang sedap-sedap dekat luar. Syiok la anak-anak dapat berbuka dekat luar nanti. Jom mama nak bawa korang ke BUFFET RAMADHAN 2018 @ Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras.


Sebelum ni mama pernah pergi food review di Blue Cafe yang terletak di Bandar Mahkota Cheras. So korang boleh tengok entri di SINI. Paling mama suka dengan Blue Cafe ni menu dia banyak western food uolls.. pehtu makanan dia sedap-sedap pulak memang sesuai la dengan tekak anak-anak mama yang suka makan western food ni.. Selain western food ada juga menu nasi dan rendang ayam yang memang terbaik. Tempat cafe ni memang santai dan sejuk jer sebab aircond dia kuat giler. Hahhh memang selesa lah kalau korang makan dekat sini. Jom kita tengok menu apa untu buffet Ramadhan di Blue Cafe. 

Nasi Goreng Cina

Rendang Ayam. Nice juga rendang ayam ni lain rasa dia. Tak pedas sangat. 

Spaghetti Cabonara. Wehh sedap yakmat spaghetti cabonara ni tau.. serius aaarrr rasa dia purrfect giler dan kuah dia creamy sangat. Qebal paling suka yang ni.

Ini Spaghetti Aglio Olio. Ini pun sedap.. kalau ada cili padi potong pun lagi sedap hehehe. 

Indo Mee... Ini tak sempat makan sebab kenyang dah. hehehe

Nahhh sini pun ada Grill Chicken Chop & Fried Chicken Chop. Kan menu western of coz la kena ada menu ni.. wajib tau.. 

Selain itu ada menu yang mama nak recommended untuk korang. Kalau datang ke Blue Cafe ni korang kena makan Pizza dekat sini. Sebab apa.. sebabnya Pizza kat sini base dia nipis dan topping dengan cheese banyak tu yang sedap. Dan paling rare kan pizza kat sini lain sebab ada Pizza Rendang, Pizza Smoky Duck, Pizza Fruit. Hahhhh mana pernah jumpa kan. Untuk pizza ni pun ada dalam buffet Ramadhan di Blue Cafe yer.. 

Pizza Smoky Duck dengan Pizza Rendang.. serius sedap ok..

Sebelah kanan tu lah Pizza Fruit.. ramai yang suka pizza fruit ni. 

Burger pun ada hahhh.. 

Ni pingan yang ke 2 dah rasanya. heheh tu pun tak abis mama kasi kat en papa pulak makan. Mama meratah rendang tu jer memang sedap. hehehe 

Selain menu-menu berat, terdapat kuih-muih, aneka kek, buah-buahan potong serta agar-agar puding turut ada dalam buffet Ramadhan di Blue Cafe ni. Dah kenyang makan yang menu berat boleh la makan kuih-muih pulak yer tak. 

Karipap & popia

Aneka kek

Buah-buahan 

Air kordial. 

Untuk pengetahuan semua, menu untuk Buffet Ramadhan di Blue Cafe ini berubah-ubah setiap hari tapi korang jangan risau semuanya tema western fusion yer. Buffet Ramadhan ini setiap hari dari 12 May 2018 - 14 June 2018 bermula dari 7.00 malam sehingga 10.00 malam. Bagi yang ingin berbuka puasa di sini dinasihatkan buat booking dahulu sebelum datang yer. Untuk harga buffet memang murah jer uolls.. Hanya bawah RM30 jer tau.. memang berbaloi la untuk berbuka puasa dengan harga yang cukup murah dan sambil gathering bersama keluarga di Blue Cafe. 

Sempena Hari Ibu, Blue Cafe menawarkan Buffet Ramadhan Dinner bermula 12 May 2018. Bagi yang ingin menyambut Hari Ibu bersama ibu korang boleh la datang ke sini yer. Sebelum itu call untuk booking dulu tau.. 

Harga Buffet Ramadhan 

Dewasa : RM28.00 + 6% GST
Kanak-kanak : RM18.00 + 6% GST

Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi :

BLUE CAFE
No 7-2 Jalan Temenggung 25/9
Seksyen 9 Bandar Mahkota Cheras
43200 Cheras
Selangor

Telefon : 03-9011 3891


Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. Murah dah kalau RM30 ke bawah tu, boleh mencuba jika ada kesempatan nanti. 😀

    ReplyDelete

Like us on Facebook