Blogger Review

DINOSAUR KINGDOM | Taman Tema Dinosaur Di Setia Ecohill, Semenyih

6:54 AM

DINOSAUR KINGDOM | Taman Tema Dinosaur Di Setia Ecohill, Semenyih - Sekarang banyak taman tema di Malaysia seperti taman tema air, taman hiburan luaran atau dalaman, dataran edutainment, taman tema hak cipta terpelihara, taman aktiviti berdasarkan trend baru dan gaya hidup. Banyak kan taman-taman dekat Malaysia ni dan baru-baru ini, taman tema Dinosaurs telah mendapat sambutan yang hangat di sekitar Asia Tenggara. 


Pada hari Khamis lepas, mama dijemput untuk menghadiri sidang media Dinosaur Kingdom di Setia Ecohill Semenyih. Nasib la rumah mama dengan Setia Ecohill Semenyih ni hanya dalam 5 minit. So memang excited la mama nak datang ke sini. Menariknya Dinosaur Kingdom ini bukan sebarang taman tema yang macam pesta ria atau sarkas tetapi taman tema Dinosaur Kingdom ini terdapat pelbagai aktiviti pendidikan, hiburan dan banyak lagi. Kemudian, acara dimulakan dengan persembahan yang cukup menarik dari team Dinasour Kingdom. 


Menurut kata pengarah Dinosaur Kingdom, dengan adanya taman tema seperti ini dapat menggalakkan kanak-kanak dan orang dewasa untuk meluangkan masa di taman ini. Memandangkan zaman sekarang serba canggih semua kanak-kanak asyik bermain telefon pintar dan tablet sahaja. Tidak dinafikan ia sangat mudah untuk mencari maklumat, menyelesaikan tugas harian malah dapat berhubung dengan keluarga lebih mudah. Tapi adakah ia terlalu bergantung dengan peranti digital dan internet sahaja? 

Dengan adanya taman tema yang pertama iaitu Dinosaur Kingdom ini terdiri daripada 5 elemen seperti :-
  1. Pertunjukan secara langsung
  2. Aktiviti dan tarikan interaktif
  3. Permainan
  4. Makanan dan minuman
  5. Barangan Dinosaur

Dengan keluasan persekitaran Setia Ecohill, Semenyih akan diberi nama Habitat 1 dan terdapat lebih daripada 25 jenis tarikan di taman tema ini akan menghiburkan ibu bapa serta anak-anak yang datang ke Dinosaur Kingdom. Yang paling menarik adalah pertunjukan secara langsung selama 40 minit!. 

Antara tarikan di Dinosaur Kingdom adalah :-
  • Pterosaurs Nest
  • Baby Dinosaur Trail
  • Raptor's Maze
  • Dinosaurs Wildpark Live Show
  • 25 Animatronic Dinosaurs
  • Drift Island
  • 5D Cinema
  • Racing Raptors
Maps Dinosaur Kingdom





Taman tema ini telah diilhamkan dari movies Jurassic Park sebagai inspirasi di sebalik penubuhan taman tema Themepaktu Dinosaur Kingdom. Pada hari tersebut kami dikejutkan dengan penampilan khas dari baby T-Rex dan T-Rex. Hahaha mama tak tahu nama dinosaur ni so mama panggil T-Rex jer lah. Ini kalau anak-anak tengok confirm teruja! Mama sendiri pun dah teruja tengok dinosaur ni. 


Jom tengok kemeriahan pada sidang media Dinosaur Kingdom


Harga tiket masuk ke Dinosaur Kingdom seperti gambar di atas manakala bagi kanak-kanak bawah 3 tahun adalah percuma. Bagi pembelian tiket boleh layari applikasi Themepaktu atau juga laman web www.themepaktu.com Untuk terma dan syarat tiket boleh baca detail di laman web sana ya. 


Dinosaur Kingdom yang pertama akan diadakan di Setia Ecohill, Semenyih dan taman ini akan dibuka kepada orang ramai pada setiap hari dari 14 Jun 2018 hingga 8 Julai 2018 dari jam 12 tengahari hingga 10.30 malam. So, apa tunggu lagi jom datang beramai-ramai bawa anak-anak untuk mengenali dinosaur di sini dan jangan lupa dapatkan tiket sekarang!

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket boleh layari :-

DINOSAUR KINGDOM 
Club 360
1 Persiaran Ecohill Barat
Setia Ecohill
43500 Semenyih
Selangor
Telefon : 03-8958 2772

Website : www.themepaktu.com
Facebook : www.facebook.com/themepaktu

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook