Food Review

Djarilicious Catering | Menawarkan Pakej Catering & Pakej Perkahwinan Yang Berpatutan

12:33 PM

Sekarang ni di bandar ada lagi ker kenduri kawin tapi masih merewang 4 hari 4 malam? Heheh susah nak jumpa kan. Lain la kalau di kampung baru meriah yer tak. Tapi kalau di tengah bandar ni memang fikir banyak benda dari segi tempat nak masak, dengan orang nak merewangnya phewww mau letih badan dan dapur pun berselerak bukan. Ok la memandangkan sekarang semua kenduri buat dekat dewan jom mama nak suggest kat korang dengan satu catering di Kajang Perdana iaitu Djarilicious Catering. 


Pada Sabtu baru-baru ni, mama dan family dapat jemputan ke Djari Open Day di Kajang Perdana. Djari Open Day ini bertujuan untuk menjemput orang ramai menjamu selera atau food tasting kesemua makanan yang dibuat oleh Djarilicious Catering. Selain itu, Open Day ini menawarkan pakej-pakej menarik khas untuk bakal pengantin yang sedang mencari catering dan juga pakej perkahwinan yang menarik dengan harga berpatutan. 



Masa mama sampai di pejabat Djari terus mama pergi ke dalam pejabat untuk melihat pelamin ni. Menarik juga pelamin yang dihias oleh team Djari. Oh ya untuk pengetahuan semua, Djari bukan sahaja menawarkan catering malah pakej perkahwinan seperti pelamin, pakej kanopi, kelengkapan pengantin, hiasan dewan, PA system, emcee, photographer dan mekap pengantin. Hahh korang tak perlu nak cari kat tempat lain semua ada kat sini. Senang kerja weh.. 

Beberapa Dewan yang telah menggunakan perkhidmatan Djarilicious Catering seperti :-
  • Dewan Seri Cempaka, Saujana Impian
  • Dewan Bukit Mewah, Kajang
  • Dewan Ostria, Bangi
  • Dewan Ar Raha, Seksyen 7 Shah Alam
Untuk tempahan di semua dewan diatas ini, Djarilicious Catering menawarkan pakej lengkap dari 1000 pax bermula RM25,500.00 hingga RM26,600.00. Untuk maklumat mengenai semua pakej lengkap atau ingin membuat tempahan boleh terus hubungi pihak Djarilicious. 


Ok jom kita tengok menu apa yang best dan sedap di Djarilicious Catering. Kalau kenduri jer mesti ada pelbagai jenis dessert kan. Yang bahagian ni bukan kanak-kanak jer suka mak bapak pun suka tau. Heheheh segala jenis brownies, kek, creampuff, cheese tart dan lain-lain memang semua sedap-sedap belaka. Anak-anak mama memang makan semua lah dessert ni siap nak bawak balik lagi. Uisshh malu sangat aihh.. hahahah


Ok kita lupakan pasal dessert yang sedap-sedap tu. Jom kita tengok menu apa yang ditawarkan oleh Djarilicious Catering ni. Bagi menu aneka nasi, Djarilicious Catering menyediakan beberapa jenis nasi seperti nasi putih, nasi minyak, nasi beryani dan nasi hujan panas. Untuk pilihan nasi ni korang boleh memilih nasi untuk pakej catering perkahwinan korang nanti tau. Mama nak recommended nasi minyak dan beryani memang awesome tak rasa muak langsung. Memang lite jer rasa nak makan bertambah-tambah gitu. 


Manakala untuk menu lauk pauk pulak ada banyak pilihan ok. Masa mama datang makan food tasting ada lebih 10 menu lauk pauk tau. Fuhh semua mama rasa. hahaha.. Ehh sedap-sedap lah tambah daging kuzi, memang menawan kalbu lah. rasa pedas-pedas dan daging pulak lembut memang kena lah dengan tekak mama. 

Ayam masak merah, daging masak hitam, dhalca sayur, ayam goreng berempah. 

Daging kuzi, masak lemak cili api nangka, dowry tempura, gulai ikan masin dan terung. 

Rasanya ada lagi menu lauk pauk yang mama tak sempat nak tangkap gambar. Hahh banyak takk.. banyak kan.. semua mama rasa tau. dah la sedap memang tak rugi la kalau korang ambil pakej catering dengan Djarilicious ni tau. Bagi yang ingin membuat tempahan boleh jer terus contact dengan pihak Djarilicious tau. 

Untuk membuat tempahan minimum order bermula dari 100 pax dengan harga sekepala bermula dari RM12.50. Hahh tunggu apa lagi nak buat kenduri hari jadi ker, bertunang ker, jamuan raya ker atau berbuka puasa ker semua ada tau. Pihak Djarilicious Catering sedia menerima semua tempahan. 

Papadom, Acar Buah dan buah-buahan. 

Nampak tak pingan mama semua lauk ada.. habis jer nasi siap tambah lagi lauk pauk.. sampai sendat perut mama ni hahh.. hari tu jer memang bye-bye la diet.. kofkofkof mana boleh tahan tengok jer..


Nahhh sekarang tak perlu risau pasal catering dah.. korang tempah jer hahh dekat Djarilicious Catering senang tak perlu bersepah-sepah rumah yang penting mudah dan harga murah. Bagi yang nak tempah makanan pun boleh jer uolls.. 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan catering boleh layari :-

Djarilicious Catering
No 32-G, Blok B 
Kajang Perdana 3/2
Taman Kajang Perdana
Selangor

Website : www.djariartz.com
Facebook : www.facebook.com/djarilicious
Instagram : www.instagram.com/djarilicious_catering

Telefon Pejabat : 03-8730 1711
Telefon : 016-660 8532 (Sham) / 016-920 8532 (Amy) / 013-660 8532 (Farhan)

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook