Product Review

Lindungi Tangan Si Manja Dengan Hand Sanitizer & Foaming Hand Wash Dari CHOMEL BABY

10:08 AM

Semakin anak membesar semakin banyak dia meneroka dunia luar. Itu yang paling mama risau adalah tentang kebersihan tangan dia. Yer lah Qeisya ni suka sangat mengutip barang masuk mulut. Alahai risau takut bakteria masuk sekali dalam mulut dia jer. Jadi setiap apa yang dia lakukan mama akan kerap mencuci tangan dengan wipe tissue atau hand sanitizer. Kemudian lepas jer balik rumah mama pasti cuci tangan dia dengan foaming hand wash pulak. Kali ni mama nak review Hand Sanitizer & Foaming Hand Wash dari Chomel Baby. 


Mama memang pengguna tegar produk Chomel Baby seperti Breast Pump & Bottle Cleanser. Rasa bersih dan selamat untuk semua botol Qeisya berbanding pencuci biasa. Korang tahu kenapa mama kata produk Chomel Baby ini selamat kerana kesemua produk Chomel Baby ini semulajadi, selamat, berkesan dan mesra alam dan sangat sesuai untuk si manja serta seisi keluarga. 

Selain itu, kesemua produk Chomel Baby ini tiada bahan kimia yang bahaya, sedia lupus dengan selamat dalam 28 hari, hypoalergenik, tidak akan menyebabkan reaksi alahan dan semestinya HALAL dari Malaysia. Antara produk-produk Chomel Baby yang lain adalah :-
  • Baby Fabric Softener
  • Baby Laundry Detergent
  • Breast Pump & Bottle Cleanser
  • Toy & Surface Cleanser
  • Travel & Surface Cleanser
  • Travel & Highchair Cleanser


HAND SANITIZER | Untuk hand sanitizer Chomel Baby ni sangat berguna ketika di luar. Botol yang kecil dan mudah untuk dibawa kemana sahaja. Ini kalau tangan anak comot lepas makan jer senang jer nak cuci. Picit jer sikit dan gosok seluruh tangan kemudian tangan dah bersih. Jangan risau hand santizer ini tidak perlu dibilas sebab ia berasaskan tumbuhan yang berkesan membunuh 99.9% kuman dan bakteria. 

Selain itu, hand sanitizer ini mempunyai formula cepat kering yang dibuat dengan glycerin dan vitamin E. Yang penting hand sanitizer ni wangi tau dan jangan risau jika anak jilat jari masuk mulut ker apa sebab ia tidak beracun serta selamat untuk kanak-kanak dan seisi keluarga. Harga Hand Sanitizer 55ml hanya RM7.90 sahaja. 



FOAMING HAND WASH | Untuk foaming hand wash ni mama suka sebab pencuci tangan antibakteria yang lembut kerana berasaskan tumbuhan dan sangat lembut pada kulit. Formula buih yang mudah basuh kotoran melekit pada tangan. Memang best guna foaming hand wash ni tak perlu lagi nak letak air bagai sebab kita tekan jer terus boleh cuci tangan macam biasa. Kemudian boleh bilas dengan air.

Untuk foaming hand wash ni mama suka bau dia memang cukup wangi. Yang penting lembut pada tangan dan tidak kering. Cuma kalau tengah cuci tangan jangan la duk tenyeh mata pulak kang pedih. Hehehe. Jika tertelan cepat-cepat pergi jumpa doctor yer. Untuk harga Foaming Hand Wash 250ml hanya RM15.90 sahaja. 



Tengok la anak dara comel ni memang suka sangat jadi model untuk produk Chomel Baby. Mama yakin dengan produk Chomel Baby dapat memberi perlindungan kulit anak sentiasa selamat dari sebarang bakteria dan kuman. Untuk dapatkan produk-produk Chomel Baby ini boleh ke layari laman web yang tertera di bawah ya. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook