Event Review

PIGEON Mom's Day Out | Manjakan & Relaxing Sempena Hari Ibu Di Be Urban Wellness

4:01 AM

PIGEON Mom's Day Out | Manjakan & Relaxing Sempena Hari Ibu Di Be Urban Wellness - Sebagai seorang ibu mesti tiada masa "Me Time" untuk diri sendiri kan. Yeah mama akui perkara ni selalu terjadi dekat mama sendiri. Kekadang tu kita penat menguruskan anak-anak dan rumahtangga lagilah mama rasa stress sepanjang hari. Sebenarnya setiap ibu wajib setiap minggu mesti ada "Me Time" sendiri tak kira lah si ibu nak keluar sorang mahupun berjimba dengan kawan-kawan. 



Pada Sabtu lepas, seramai 25 ibu blogger menyertai event yang cukup esklusif anjuran Pigeon Malaysia iaitu Pigeon Mom's Day Out. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah disediakan khas untuk ibu-ibu agar dapat menikmati "Me Time" dengan penuh keseronokan tanpa memikir masalah anak-anak. Tapi rasanya teringat jugak yer tak. Hahahha. Cliche sangatkan mak-mak ni asyik teringat anak jer hahh.. 





Untuk aktiviti pada hari itu adalah senaman Yoga. Apaaa yoga? Hahh sudah mama dah la tak pakai seluar yang proper tau. Mama belasah jer pakai jeans. Kahkahkah. Menariknya untuk aktiviti yoga ini dinamakan "mind detox' dimana kita akan menarik nafas secara dalam disamping menggunakan fikiran. Dengan aktiviti ini mampu memberi ketenangan dan mengurankan stress seharian. Selain itu, kami melakukan Soundbath Therapy di mana kami perlu baring untuk merehatkan diri dalam penuh relax serta ditemani dengan 'healing sound' dari Crystal Singing Bowl'. Pertama kali mama mencuba yoga seperti ni. Agak mencabar kesabaran juga sebab lenguh untuk tahan nafas. Hahaha. Tapi memang enjoy tau.



Selepas aktiviti yoga, kami ke sesi perkongsian pengalaman bersama produk Pigeon dengan selebriti Vaneesa Chong (bekas Juara Amazing Race wakil Malaysia) dan wakil dari pihak Pigeon Malaysia. Vaneesa Chong baru sahaja bergelar ibu yang kini anaknya berusia 4 bulan. Yang paling menariknya, Vaneesa banyak belajar mengenai penjagaan bayi melalui pembacaan mahupun perkongsian dari keluarga dan juga rakan-rakan yang lain. Jadi Vaneesa sentiasa mahukan yang terbaik buat anaknya dengan memastikan memilih produk yang selamat dan sesuai kepada bayinya. 

Pigeon Malaysia telah berjaya mengeluarkan produk yang selamat buat si manja untuk kegunaan di rumah. Antara produk Pigeon adalah :-

Pigeon's Disney Collection - Produk seperti nursing bottle, Mag Mag Disney Straw Cup, puting dan banyak lagi. Kesemua produk sangat comel dan warna yang cukup menarik. 

Pigeon Training Toothbrush Set - Terdapat 4 jenis berus gigi mengikut kesesuaian umur. Sangat bagus untuk mendidik anak menjaga kebersihangigi sejak dari umur 6 bulan lagi.

Pigeon Foaming Cleanser - Sangat bagus untuk mencuci botol susu, mencuci buah, sayuran dan lain-lain lagi kerana ia dihasilkan daripada 100% bahan "food grade" yang sangat selamat serta dapat membunuh bakteria sebanyak 99.99%.

The Newborn Pure Skincare Series

Rangkaian penjagaan khas untuk kulit bayi yang baru dilahirkan. Diformulasi dari Natulayer yang memberi 2 kali perlindungan dan kelembapan. Ianya bertindak seperti vernik dan ceramide untuk melindungi kulit bayi ketika bayi berada di dalam kantung rahim lagi. Produk yang selamat kerana tiada paraben, alkohol dan bahan-bahan yang merbahaya. Set Newborn Pure Skincare Series ini didatang dari Jepun dan terdiri daripadan nourishing shampoo, purifying body wash, moisturizing lotion, calming oil dan protective cream. 

Terdapat cookies bentuk Mickey Mouse yang comel. Mama ambil 3 keping khas untuk anak-anak mama tersayang. 

Kemudian masing-masing perut dah lapar kami dijamu makanan yang cukup berkhasiat. Siap ulang 2x jugak la makan. Hehehe.. bubye diet. 

Yang paling ditunggu-tunggu adalah dapat perkhidmatan urutan tangan atau bahu selama 10 minit. So mama minta urut tangan sebab tangan mama kerap kebas-kebas. So tukang urut bagitau mama kerap pegang telefon dan menaip itu pasal la urat jadi tegang dan banyak angin. Fuhh itu betul dah kerja mama sebagai blogger keje menaip jer hahhhh.. 

Aktiviti terakhir mama dapat peluang mencuba Kerusi Kagel. Hahhh kalau senaman kagel mama tau tapi kerusi kagel ni pertama kali mama cuba. Takut pun ada. Hahaha. ohh sebenarnya kerusi kagel ini mampu menguatkan sistem peranakan di bahagian tulang pelvik kita. 


Terima kasih kepada pihak Pigeon Malaysia kerana menjemput mama ke event yang sangat menarik ni. Dapatlah mama meluangkan masa bersama-sama ibu-ibu yang sangat hebat serta dapat memanjakan diri dengan melakukan aktiviti yang cukup happening! Terima kasih sekali lagi kepada Pigeon Malaysia dan juga Work @ Be Urban Wellness. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk :-

Pigeon Malaysia : www.pigeon.com.my
Newborn Pure Skincare : www.newbornpure.com.my

Facebook Pigeon : www.facebook.com/PigeonMY

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook