Buffet Ramadhan 2018

Set Berbuka Puasa Yang Unik & Sedap Di BBQ Lamb KL Kemensah

1:32 AM

Set Berbuka Puasa Yang Unik & Sedap Di BBQ Lamb KL Kemensah | Hahh ni lah tempat makan viral di Kuala Lumpur. Mana nak jumpa kedai makan di tepi sungai weh. Ni lah satu-satunya tempat makan best rasa nyaman jer tau. Pertama kali mama datang sini masa awal pembukaan ehh kira tahun lepas lah. Sekarang lagi viral makan dalam sungai uolls.. Hahh ini mama tak sempat lagi nak rasa.. Almaklum la asal weekend asyik busy dengan event sana sini. Kali ni mama nak kongsi dengan korang Set Berbuka Puasa Yang Unik & Sedap Di BBQ Lamb KL Kemensah.

Set Berbuka Puasa Yang Unik & Sedap Di BBQ Lamb KL Kemensah
Ok sempena bulan Ramadhan lagi beberapa hari lagi ni, mama di jemput untuk food tasting di BBQ Lamb KL Kemensah untuk menu berbuka puasa. Fuhh kalau makan kat sini confirm teringat lamb yang sedap. Tapi untuk menu berbuka puasa kali ni lain skit hahhh.. apa yang lain kena tengok entri ni sampai habis ok. Dah untuk makan berbuka so kali ni mama datang malam kira feeling-feeling berbuka gitu. Suasana malam tak berapa la nampak permandangan yang best tapi korang jangan risau korang tengok entry BBQ Lamb KL Kemensah di SINI


Untuk set berbuka puasa di BBQ Lamb KL Kemensah ni ada 3 set yang berbeza iaitu :

1) Meat Set (Hidangan untuk 4-6 orang) 
  • Lamb Rib, Short Rib, Lamb Cut & Beef Tanderloin
  • 4 Pinggan Nasi 
  • 2 Jug Air
  • Kurma
  • Cocktail 
  • Puding
Meat Set | RM188.00

2) Seafood Set (Hidangan untuk 4-6 orang) 
  • Udang Galah, Soft Crab, Sotong & Salmon
  • 4 Pinggan Nasi 
  • 2 Jug Air
  • Kurma
  • Cocktail 
  • Puding
Seafood Set | RM188.00

3) Bird Set (Hidangan untuk 4-6 orang) 
  • Burung Puyuh, Chicken Wings, Organic Chicken & Smoky Duck
  • 4 Pinggan Nasi 
  • 2 Jug Air
  • Kurma
  • Cocktail 
  • Puding
Bird Set | RM168.00

Disediakan nasi yang rasa rempah ratus cukup. 

Dengan hidangan 2 jug air.

Bagi pengemar lamb korang boleh ambik set meat. Fuhh memang cukup kalau korang makan set ni untuk 4-6 orang sebab portion besar. Rasa lamb yang juicy tak keras memang sedap. Manakala untuk orang yang suka seafood boleh pilih set seafood pun sedap jugak sebab ada udang galah dan salmon tu nice jer. Yang udang galah tu memang best sebab ada cheese melting tu yarabbi sedap. Yang paling mama suka bird set. Hehehe sebab mama suka makan smoky duck dengan burung puyuh. 

So lain orang lain citarasa kan.. bagi mama bird set tu pun sedap dah. Kalau lamb pun sedap.. ehh semua sedap lah. So korang kena datang berbuka di sini ok. Sebelum datang untuk berbuka tu make sure korang kena call untuk booking dulu tau. Dengar kata RSVP untuk berbuka puasa bulan Ramadhan dah ramai yang booking tau. Hahh jangan tak tahu memang ramai pelanggan setia yang selalu repeat makan kat sini. Apa lagi cepat korang booking untuk berbuka puasa bersama orang tersayang di BBQ Lamb KL Kemensah

Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh layari :-

BBQ LAMB KL KEMENSAH
Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor

Telefon : 012-211 4100

Facebook : www.facebook.com/Bbqlamklkemensah
Instagram : www.instagram.com/bbqlambklkemensah

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook