Press Release

SHOPEE Memperkenalkan Skuad Selebriti Shopee Yang Baru

1:47 PM

Shopee mmperkenalkan Skuad Selebriti Shopee (Shopee Celebrity Squad) yang membolehkan penggunanya mendapatkan koleksi produk yang dikeluarkan oleh selebriti tempatan kesayangan mereka. Hari ini, dengan kira-kira 10 juta pengguna dan dianggarkan 400,000 usahawan di platform ini, Shopee Malaysia terus kukuh di tangga pertama bagi kategori aplikasi membeli-belah dalam talian di App Store dan Google Play.


Antara artis-artis yang terbabit adalah barisan artis terkenal untuk Skuad Selebriti Shopee :

Penyanyi Nombor 1 Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin yang menawarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik, SimplySiti

Pelakon popular, Nora Danish dengan jenama tersendiri Owl, yang menawarkan fesyen Muslim tradisional dengan sentuhan moden

Pelakon kegemaran ramai, Izara Aishah memperkenalkan produk bibir berjenama Madame Izara di Shopee

Bintang drama popular Separuh Jiwaku, Elfira Loy dan finalis Akademi Fantasia Musim Ke-5, Heliza Helmi dengan jenama masing-masing EL dan Heliza Guzel Hive - menjual pakaian tradisional Muslim

Artis serba boleh, Emma Maembong bukan sahaja bergiat dalam bidang lakonan dan peragaan, mala juga memulakan perniagaan sendiri yang membariskan produk penjagaan kulit, EMBS

Di samping memperkenalkan lebih ramai selebriti untuk menyertai Skuad Selebriti Shopee pada masa akan datang, pengguna Shopee juga pasti teruja dengan kempen mingguan istimewa Skuad Selebriti yang menampilkan pelbagai tawaran dan aktiviti yang tidak boleh dilepaskan. Kempen Cahaya Raya Shopee dari 3 Mei ke 17 Jun, pengguna berpeluang memenangi hadiah menarik menanti anda. Shopee juga menawarkan syiling Shopee menerusi permainan Duit Goncang.

Layari Shopee dari 24 hingga 27 Mei untuk menikmati tawaran terbaik sempena Hari Raya menerusi Jualan Kilat Shocking Sale Berganda (Upsized Shocking Sale) yang dilancarkan sebanyak lima kali sehari dan rebut baucar sepanjang kempen Beat the Clock Shopee. Selain itu, Jualan Lelong Campur-campur (Campur-campur Bundle) membolehkan pengguna memilih sendiri padanan kegemaran mereka daripada menu produk yang sedia ada dan menikmati potongan harga istimewa. Akhir sekali, dapatkan Koleksi Terbaik Cahaya Raya (Best of Cahaya Raya) yang menawarkan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai pilihan produk.

Untuk maklumat lanjut sila layari :-



Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook