Blogger Review

Shopping Barang Pre-Loved Di Jalan Jalan Japan Seremban

5:42 PM

Sabtu minggu lepas mama berpeluang untuk orang pertama shopping di Jalan Jalan Japan Seremban. Hehehe anak-anak memang tak tahu pergi mana mula tu yer lah sebab mama tulis dalam planner JJJ jer.. so memang depa tak tau. kalau cakap tobat la depa seronok hahaha sebabnya sebelum ni mama pernah pergi Jalan Jalan Japan di Skypark One City. Uishhh dedua beradik ni kalau dah masuk tempat Jalan Jalan Japan memang terbeliak biji mata. Hahah yer lah semua barang-barang mainan murah-murah weh. Mama pun rambang juga mata tapi benda yang nak beli jer lah. Kalau nak tengok apa yang mama beli dekat JJJ di Skypark One City boleh tengok SINI


Untuk pengetahuan semua, Jalan Jalan Japan Seremban merupakan outlet yang ke 3 di Malaysia. Untuk outlet pertama di Skypark One City dan outlet ke dua di Taman Shamelin. Ok yang Taman Shamelin tu mama belum kesempatan lagi nak pergi. Tunggu kalau terlalu nak pergi sana boleh lah singgah. Heheh sebab seram sikit kang kalau pergi mau macam-macam diangkutnya. hahaha. bahaya walau harga dia murah-murah namatey!!

Bagi yang tertanya-tanya barang apa yang di jual di Jalan Jalan Japan ni. Ok lah barang-barang dia memang macam-macam dari Jepun dan kesemua barang-barang ni second hand atau erti kata lain pre-loved. Heyy jangan tak tahu walau pre-loved tapi baru-baru lagi tau. So korang datang sini kena pandai pilih dan kena belek habis-habisan ok. Hehehe. Dah la jom kita tengok apa yang menarik di sini. 

Masuk jer nahhhh banyak giler orang jual luggage. Kat sini korang boleh pilih yang mana elok harga pun murah-murah tau. 

Peralatan muzik pun ada.. macam gitar tu korang boleh jer try tengok yang mana ok boleh beli. alaa mama tak ingat harga pulak. almaklum la dah tua ni tak ingat hehehe

Nah papan luncur pun ada. jap tapi kalau beli ni nak g meluncur air tang ombak mana kat Malaysia nih. hahaha.. 

Bagi yang ada anak kecik nak beli stroller mama suggest korang datang sini jer hahh.. stroller yang guna tapi dalam keadaan elok lagi tau. Harga dalam RM100 ke atas. nasib anak mama jenis tak mau duk dalam ni. heheheh

Kalau bab permainan anak mama memang cerewet juga membeli. Tapi kalau keadaan permainan tu masih cantik elok confirm mama rembat. Hehehe Qeisya no more toys yer sebab dah banyak dah kat rumah. Mama geram tengok jumperoo tu hahaha harga RM80 jer tau.. Qeisya pun dah boleh jalan so tak payah la kang penuh rumah pulak hahahah. Dah jom cuci mata tengok barang-barang baby kat sini.. so korang sila aim tau. 

Fuhh.. nasib takder baby kecik lagi dah.. 

Ni lah jumpero mama cakap tu hahhh.. haishh geram gilerrr.. 

Nahhh keta tolak2 ni pun banyak.. ehh keta tolak2 ekk.. mama pun tak tau nama apa sebenarnya.. 

Baby carrier jenama Ergobaby.. nampak tak berapa RM25. kalau yang baruuuu korang siap duit wehhh.. mama nak ambik jugak tapi en papa kata tak payah bazir dah ada 3 kan.. hekhekhek. 

Ini pun mama geram giler.. nampak bumbo seat merah tu.. haishh haishhh.. RM120 jer... harga baru mau dekat RM200 lebih tauuuuu

Tengok Qeisya pulun naik keta BMW ni.. memula en papa cakap ma tengok jenama apa ni. siap dia terbalik ada jenama BMW tau.. fuhh ini kalau baru ribu tau.. tapiiiii orang Jepun dah buang kat sini jadi RM80 jer. en papa tu keja duk angkat letak angkat letak. dia yang pulun. last-last mama kata tak payah.. buat semak rumah jer. huhuhu

Dedua beradik dah tak tentu arah jadinya lepas depa tengok mainan kat sini. hahaha nak tergelak pun ada. hahh hambek korang mau rambang mata.. kofkofkof.. tergelak-gelak mama tengok gelagat dedua beradik ni. Yer la.. sekali tengok harga siap menjerit.. mama RM3 jer.. mama RM5 jer. hahaha.. hambek la korang baper banyak nak. hahahah

Ni sapa peminat Ultraman Taro, Mebius seangkatan dengannya meh terjah sini. Harga dari RM3 jer uolls.. korang pilih sampai muntah.. 

Tengok teruja sangat memasing pilih mainan. Qeisya takder dia keja main keta. hahahah

Ehh ada lagi menarik. Ni hahh bab pelbagai jenis kasut. Fuhhh mau memilih mana yang comel-comel. Geram wohhh.. Kat sini mama sarankan korang kena belek betul-betul dari size, tapak kasut dan kena cuba samada kasut ni elok ker tak. Hahah risau la juga kang bawak balik rumah dah tercabut tapak bagai kan. Kat sini mama beli kasut phua chu kang tu dekat Qebal & Qeram. Korang tahu berapa RM5 jer hahhh.. Untuk Qeisya mama beli kasut Crocs original beb. tapak pun cantik lagi. harga kasut Crocs pink Qeisya RM3. kahkahkah. giler untung!!! 


Kasut phua chu kang kat atas tu lah.. cute kan.. tanya korang nak pakai bila ni.. bebudak ni cakap pakai masa berkebun. hahahah.. berkebun celah mana ntah depa ni.. 

Tudiaaa bag-bag tangan pun ada hahhh.. 

Bahagian baju nahhh dari RM1 jer hahh.. pandai-pandai la korang pilih mana ok.. Kemudian balik basuh jer.. 

Sekali anak kecik ni hilang hahah.. dia boleh duduk main kat sini. hahaha angkat jer mengamuk dia hahhh.. tak nak balik wokeh.. nak main jer kerjanya.. 

Time bayar. hahhh total dekat RM149.00 jugak la.. hahaha. 

Tudiaaa borong sakan. hahaha.. Nak tengok apa mama beli korang tengok gambar kat bawah yer. 

Tadaaa.. ada 2 item takder dalam gambar (sweater en papa & soft toys Qeisya). Mama beli Gym ball & yoga map jer hahh.. yang lain anak-anak punya... 

Hehehe best betul sebab mama dan blogger lain adalah orang pertama dapat shopping di sini. Fuhhh boleh repeat lagi kalau nak beli barang pre-loved!!. So apa tunggu lagi korang kena save the date cepat. Jalan Jalan Japan Seremban akan dibuka kepada orang ramai pada 2 June 2018. Jangan lupa terjah ok!!!

Untuk maklumat lanjut :- 

JALAN JALAN JAPAN 
Level 3 Centrepoint Seremban
Jalan Dato Siamang Gagap
70100 Seremban
Negeri Sembilan

Instagram : @jalanjalanjapan

Open Hour : 10.00 pagi - 10.00 malam
Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook