Article

Siapa dia Ratu Naga? Tak ambil tahu soal politik tak akan tahu

5:50 AM

Kejayan Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu mencatatkan sejarah apabila parti keramat UMNO tewas setelah 61 tahun mentadbir negara. Ternyata, rakyat telah bersuara, suka atau tidak, ini adalah suara majoriti rakyat yang dahagakan perubahan.

Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) sudah berakhir dengan kemenangan kepada kerajaan baru Pakatan Harapan. Seperti sedia maklum, Pakatan Harapan asalnya dari gabungan Pakatan Rakyat yang turut dianggotai oleh PAS, kemudian PAS mengambil keputusan untuk tinggalkan Pakatan dan bergerak atas nama Gagasan Sejahtera yang mesra Barisan Nasional. Semenjak dari itu, nama Pakatan Rakyat bertukar menjadi Pakatan Harapan.


Tidak dinafikan, semua yang disebutkan ini berpengaruh dan berjasa dalam menyedarkan rakyat untuk berani mengubah kerajaan, tetapi itu bukanlah menjadi faktor utama atau akar umbi kepada runtuhnya sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.

Bukan satu tugas yang mudah mahu membuka mata rakyat Malaysia untuk berani bersuara, kerana rakyat yang akan lebih terkesan dan merana hidupnya jika didakwa apabila menentang kerajaan berbanding dengan pemimpin yang berpengaruh. Disebabkan itu, apabila pemimpin-pemimpin pembangkang ditangkap, diambil tindakan, mahupun didakwa kerana protes dengan kerajaan sedia ada, rakyat Malaysia majoriti secara jujurnya masih belum membuka mata.


Apa yang jelas, sejak didakwa, hampir setiap bulan hinggalah sekarang, wanita ini tidak kenal erti penat turun naik mahkamah, biarpun kalah dan ditahan. Wanita kental ini banyak menghabiskan masa membahayakan diri untuk membuka mata rakyat sejak berhenti menyokong BN dari tahun 2015. Dalam usaha tersebut, banyak kes kebajikan yang dibawakan beliau hingga menjadi kontrovesi. Tidak cukup dengan itu, akta fake news sekalipun pun tidak berjaya mematahkan semangatnya yang masih berdegil dalam menyuarakan hak rakyat.

Disebabkan usaha Ratu Naga selama 3 tahun memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia dengan menjadikan dirinya sebagai bahan ‘experiement’ jika salah guna kuasa dibiarkan di negara ini, akhirnya telah membuahkan hasil yang baik.


Ramai pemimpin Pakatan merasakan merekalah yang menjadi punca kenapa rakyat membuka mata. Tidak dinafikan, namun usahlah terlepas pandang akan jasa wanita ini yang dari awalnya menjadi faktor utama. Lambakan ucapan terima kasih dan tahniah daripada rakyat Malaysia kepada beliau kerana menjadi inspirasi kepada rakyat untuk berani berubah, terpapar di laman sosial miliknya.

Tetapi, wanita itu telah tampil membuat satu tindakan mengejut yang lantas mengubah kehidupannya. Syarul Ema Rena atau terkenal dengan nama 'Ratu Naga' seorang wanita yang menjadi inspirasi rakyat Malaysia untuk berani bangkit bersuara melawan Barisan Nasional. Wanita ini hatinya kering, biarpun diserbu di rumah dengan kehadiran berbelas-belas pegawai polis dan SKMM hanya kerana dia mengeluarkan kenyataan mempertikaikan TPPA sahaja. Dasyat bukan?


“Saya pernah naikkan Barisan Nasional dengan tangan ini, dan tangan ini juga akan pastikan Barisan Nasional kalah pada PRU14”. Kenyataan beliau kini menjadi kebenaran. Ini lah bukti nyata, jangan sesekali memperlekehkan kuasa wanita.

Terima kasih ‘Ratu Naga’ kerana manjadi inspirasi rakyat untuk bangkit. Walau pun satu hari nanti, kerajaan Pakatan Harapan akan melupakan usaha beliau, tapi bagi kami rakyat Malaysia, jasa besar wanita ini dalam membangkitkan suara rakyat akan sentiasa dikenang.

Follow Ratu Naga di :
Instagram : @ratunaga
Twitter : @ratu_naga
Facebook Page : @ratunaga4rakyat

#ratunaga4rakyat #solidaritiratunaga #ratunagaraturakyat

* Entri ini adalah penulisan dari Otai Reformasi dan bukan penulisan dari blog mamajue.com

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook