Product Review

Water of Magnesia | Supplement Magnesium Terbaik Untuk Semua

1:12 AM

Water of Magnesia | Supplement Magnesium Terbaik Untuk Semua - Pernah korang ada masalah seperti alahan, sembelit, sakit kepala/migrain, insomnia/sukar tidur, kekejangan otot, PMS atau mudah lupa? Mama pasti mesti ramai yang ada masalah seperti ini bukan? Mama pun ada masalah seperti ni seperti sakit kepala/migrain, insomnia dan mudah lupa. Hehehe. Sebenarnya masalah seperti ini merupakan tanda-tanda kekurangan magnesium dalam tubuh badan. Setiap penyakit ada penawarnya bukan. Pernah dengar pasal Water of Magnesia | Supplement Magnesium Terbaik Untuk Semua? Ok jom kita baca lebih detail. 


Magnesium adalah mineral paling penting yang diperlukan untuk kestabilan kuasa setiap sel dalam badan. Kekurangan magnesium ini berbanding daripada mana-mana nutrien yang lain mungkin antara sebab kita mendapat sesuatu penyakit. Magnesium sangat diperlukan oleh tubuh terutama untuk tulang, saraf dan otot. Ia sangat penting bagi menjaga sistem imun tubuh dan menjadikan tulang lebih kuat. 

Antara fungsi magnesium adalah :-
  • Jaga otot dan saraf agar berfungsi dengan normal
  • Menjaga rentak tulang
  • Untuk sistem imun tubuh
  • Mengatur kadar gula dalam darah
  • Menjaga tenaga dan metabolisme
  • Mengantur sintesis protein
Water of Magnesia ini diperbuat daripada pati mineral laut yang sangat semulajadi. Selain itu, Magnesia adalah salah satu makanan tambahan ionik komplek penuh yang mengandungi garam galian dan mineral-mineral penting diekstrak dari sumber semulajadi yang diambil dari kawasan "Great Barrier Reef" di Australia. Menurut kajian santifik, plasma air laut hampir sama (98%) dengan plasma darah manusia. 


Kekurangan magnesium dikaitkan dengan banyak penyakit kronik. Antara yang utama : 

1. Melegakan Kesakitan 
  • Sakit kepala 
  • Sakit, kejang dan tegang otot. 
  • Fibromyalgia. (serba sakit sentiasa) 
2. Melegakan Masalah Mental
  • Kerisauan (anxiety) 
  • Tekanan perasaan (Depression) 
  • Susah tidur (Insomnia) 
  • Autism dan ADHD
  • Restless leg syndrome 
  • Tic (muka berkedip secara tak sengaja) 
 3. Melegakan masalah lain
  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis 
  • Osteoporosis (tulang rapuh) 
  • Ekzema, psoriasis 
  • Jerawat 
  • Asma

15 Kepentingan Magnesium Untuk Kesihatan

1. Mencegah dan melegakan tubuh dari serangan asthma 

Magnesium sangat berguna untuk mencegah penyakit Asma, bahkan untuk orang yang telah terkena penyakit asthma yang cukup serius, dapat menormalkan kembali bernafas dengan bantuan zat / suplemen yang mengandungi magnesium. 

Magnesium berfungsi untuk: 
- Memberikan kelonggaran kepada otot-otot bronkus dan menormalkan pernafasan
- Mengurangkan pengecutan otot 
- Membantu mengurangkan pembengkakan dinding bahagian dalam saluran udara 

2. Meningkatkan metabolisme tubuh 

Zat Magnesium juga sangat berperanan dalam membantu sintesis protein, di mana ia boleh membantu tubuh untuk mengaktifkan enzim di dalam tubuh justeru meningkatkan proses metabolisme tubuh. 

Magnesium juga dapat meningkatkan sistem imun tubuh, justeru dapat mencegah tubuh dari serangan pelbagai penyakit. 

3. Menjaga kepadatan tulang 

Dari aspek tulang, magnesium berperanan untuk :-  
- Menjaga kepadatan dan kesihatan tulang 
- Magnesium merupakan mineral penting sebagai penyusun tulang 
- Magnesium juga berperanan dalam menjaga kekuatan otot 
- Membantu mengatur kandungan kalsium, vitamin D, boron dan kuprum yang menjadikan kepadatan tulang terjaga setiap hari 
- Kewujudan magnesium mencukupi dalam tubuh membantu mencegah dan mengurangkan risiko osteoporosis. 

4. Menjaga kesihatan jantung 

Kegunaan lain yang sangat penting dari magnesium adalah menjaga kesihatan jantung, sehingga jantung dapat berfungsi dengan baik. Tubuh yang kekurangan magnesium berisiko terkena penyakit jantung. 

- Magnesium membantu agar denyutan jantung teratur 
- Membantu menenangkan saraf 
- Mencegah stress, gejolak emosi dan rasa cemas berlebihan 

Dalam kajian menyebut pengambilan makanan yang mengandungi magnesium dapat membantu mengurangkan risiko kardiovaskular, tekanan darah tinggi, sindrom metabolik serta masalah jantung.   

5. Mengendalikan tekanan darah 

Magnesium juga berperanan dalam mengawal tekanan darah, mengelakkan tubuh terkena tekanan darah tinggi atau hipertensi. Umumnya pesakit darah tinggi mengalami kekurangan magnesium di dalam tubuh. 

Magnesium membantu mengawal tekanan darah dimana magnesium berfungsi melebarkan otot polos, membantu menjaga pembuluh darah agar tetap lembut dan lentur, menjaga kualiti tidur – di mana kualiti tidur memberikan pengaruh besar terhadap risiko tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi kesihatan keseluruhan. 

6. Mengurangkan risiko diabetes jenis 2 

Menurut sebuah kajian, magnesium mempunyai peranan penting dalam mengurangkan risiko diabetes jenis 2, kerana magnesium dapat mempertahankan homeostasis glukosa dan mengatur rembesan dan sensitiviti insulin. 

Dari segi diabetes jenis 2, magnesium dapat membantu meningkatkan reaksi insulin untuk mengekalkan tahap gula dalam darah 

7. Mencegah sembelit 

Salah satu cara efektif untuk mengelakkan sembelit adalah dengan pengambilan magnesium yang mencukupi. 

Fungsi magnesium dalam hal ini adalah : 
- Mengaktifkan otot-otot usus sehingga dapat membantu pergerakan usus 
- Menarik air yang digunakan untuk melembutkan najis sehingga pembuangan lancar 

8. Magnesium penting bagi Ibu mengandung 

Magnesium adalah salah satu elemen penting semasa mengandung. Pengambilan suplemen magnesium yang sesuai sangat digalakkan untuk mengurangkan risiko osteoporosis dan menjaga kestabilan tekanan darah. 

Peranan magnesium untuk ibu mengandung adalah : 
- Mencegah kekejangan dan cramp 
- Mencegah pre eklampsia dan darah tinggi 
- Membantu memelihara kekuatan tulang ibu dan bayi 
- Menjaga tahap insulin dan gula dalam darah 
- Membantu enzim untuk fungsi sistem tubuh 
- Mencegah sembelit pada ibu mengandung 
- Mencegah denyutan jantung tidak teratur 
- Menjaga kadar kolesterol 

Banyak kan? Ada peranan lain lagi kepada ibu mengandung di mana magnesium membantu mempermudahkan proses bersalin iaitu semasa contraction yang mana berlaku pengecutan otot. 

9. Melegakan ketegangan otot dan stress 

Magnesium berperanan untuk melegakan sakit-sakit punggung, meredakan stress dan ketegangan pada otot. Ini kerana magnesium membantu dalam penyerapan kalsium dan bermanfaat dalam proses penyembuhan tulang. Gejala kejang kaki dan keletihan biasanya disebabkan oleh kekurangan magnesium. 

Untuk mengatasi sakit otot, elok tambah makanan dengan vitamin D kerana ia sering dikaitkan dengan kekurangan vitamin D. 

10. Mencegah serangan jantung 

Pesakit jantung umumnya kekurangan magnesium dan ini memberikan kesan buruk kepada jantung. 

Peranan magnesium kepada jantung adalah :-
- Melindungi jantung daripada masalah denyutan jantung tidak teratur 
- Menenangkan saraf dan mencegah muntah, cramp, gangguan pencernaan, perut kembung dan sembelit 
- Menurunkan risiko pembekuan atau penggumpalan darah 

11. Mengatasi stres, kemurungan dan gangguan kejiwaan 

Magnesium boleh bertindak sebagai ubat antidepresan iaitu dapat mengurangkan gejala kemurungan. Dalam satu kajian mendapati, kekurangan magnesium menyebabkan timbulnya risiko kemurungan yang cukup tinggi. Dalam hal ini magnesium bertindak untuk meningkatkan kadar serotonin (hormon gembira). 

12. Menghasilkan kolagen 

Magnesium membantu pengeluaran protein di dalam tubuh, yang secara perlahan nantinya berubah menjadi kolagen. 

Kolagen secara umumnya terdapat pada kornea, tendon, ligamen, kulit, tulang, usus, tulang rawan dan pembuluh darah. Kolagen mempunyai kandungan serat yang sangat bermanfaat untuk menjaga kekuatan dan struktur otot. Kolagen juga mempunyai fungsi untuk membentuk dinding pembuluh darah, arteri dan kapilari, sehingga memberikan kekuatan pada dinding darah. Manfaat lain iaitu menjaga kekuatan tulang dan gigi. 

Berdasarkan dari sebuah kajian FDA (Food And Drug Administration) mengatakan bahawa kolagen berperanan dalam proses regenerasi tulang rawan. Manfaat kolagen selajutnya iaitu menjaga kesihatan rambut dan kuku. Kolagen merangsang pertumbuhan rambut dan menguatkan kuku. 

13. Menyerap mineral 

Magnesium mempunyai peranan dalam membantu menyerap vitamin dan mineral penting di dalam tubuh, seperti natrium, kalsium, kalium dan fosfor. Penyerapan mineral terjadi semasa di dalam usus kecil. Kehadiran magnesium yang cukup di dalam tubuh, membantu dalam proses men-detoksifikasi banyak racun berbahaya di dalam tubuh, untuk dibuang keluar. 

14. Kawalan fungsi pundi kencing 

Banyak wanita yang mengalami masalah sering ingin buang air kecil, kemudian masalahnya dapat diselesaikan dengan bantuan pengambilan makanan tambahan magnesium. Masalah buang air kecil (kencing) ini boleh muncul dari beberapa punca, seperti masalah nefritis, jangkitan dan lain-lain. 

Dengan pengambilan magnesium yang mencukupi badan dapat mencegah dari pundi kencing ini. Jangkitan saluran kencing biasanya bermula dari uretra dan pundi kencing, dan berkembang ke ureter dan buah pinggang apabila tidak dirawat. 

15. Mengaktifkan enzim 

Magnesium berperanan dalam membantu meningkatkan pengeluaran tenaga dalam tubuh, serta pengaktifan enzim untuk menghasilkan sel tenaga di dalam tubuh. Tanpa magnesium, tubuh korang tidak boleh dengan baik untuk mencerna makanan. Tubuh memerlukan magnesium untuk membantu proses pencernaan makanan, membantu mengatur tembaga, kalium, zink, vitamin D dan kadar kalsium, dan mengaktifkan enzim yang diperlukan tubuh. Magnesium sangat penting untuk sintesis enzim protein dan membantu menjadi pemangkin reaksi kimia dalam tubuh, seperti mengatur suhu tubuh.

Magnesium bekerja untuk menghasilkan dan menyimpan tenaga. Tanpa magnesium, tidak ada tenaga atau gerakan di dalam tubuh, yang bermakna tidak ada kehidupan. 

KESAN SERTA MERTA 

1. Palpitation 
2. Darah tinggi 
3. Sakit gigi
4. Jerawat yang baru nak naik
5. Cepat tidor 

KESAN KE ESOKKAN HARI (DETOX BERLAKU UNTUK NEXT DAY)

1. kerap buang air besar 
2. Kerapa buang air kecil
3. Kepala akan mengalami sakit kepala yang sangat ringan 

SESUAI DI GUNAKAN 

1. Untuk semua orang termasuk bayi seusia 2 bulan 
2. Binatang kesayangan 
3. Tanaman 

*AMARAN* 

1) TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SAMA SEKALI KETIKA BADAN ANDA LETIH DAN SEDANG MEMANDU INI AKAN MENYEBABKAN ANDA TERTIDUR 
Kerana Fungsi magnesia ketika badan ok dia kan memberi tenaga dan ketika badan letih dia akan merelak kan urat saraf 

2 ) Jangan di letak kan di dalam mata menyebabkan mata pedih


Cara penggunaan Water of Magnesia :
  • Untuk permulaan 5 titik selepas bangun dan sebelum tidur
  • Sapu di tempat yang rasa sakit (contoh darah tinggi tiba-tiba naik sila sapukan di dada dan minum)
  • Tidak boleh di masukkan di dalam air yang mengandungi cafien
  • Boleh di letakkan dalam makanan
Untuk pengetahuan semua, Water of Magnesia ini telah mendapat kelulusan Sijil Kementerian Kesihatan Malaysia dan diiktiraf HALAL oleh JAKIM Malaysia. Selain itu, mempunyai sijil GMP dan MESTI kerana Water of Magnesia ini menggunakan bahan-bahan berunsurkan semualajadi dan tiada bahan kimia yang bahaya.


[REVIEW MAMA]

Selepas mencuba dalam beberapa hari minum "Water of Magnesia: so far ok memang nampak keberkesanan produk ni. Dari segi bau dan rasa memang takder rasa apa sebab lepas titis ke dalam air jus orange memang tak rasa apa dah. Yang paling ketara selepas minum memang mengantuk rasa letih semacam jer. Korang tau sebab apa? Sebabnya fungsi magnesia memberikan kita tenaga dan kita akan rasa relax jer urat saraf. Menarikkan Water of Magnesia ni! Nak tahu lebih lanjut boleh layari detail di bawah. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari di :


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook