Product Review

WIKO Tommy 3 | Smartphone Yang Trendy, Mesra Kanak-kanak & Harga Mampu Milik

10:53 PM

Telefon atau smartphone adalah benda yang sangat penting pada zaman sekarang untuk kegunaan sebagai satu komunikasi bagi menghubung seseorang yang jauh. Bukan sahaja orang dewasa yang menggunakan smartphone ini malah kanak-kanak pun sekarang dah expert menggunakan telefon sebagai alat pembelajaran. Memang tak nafikan ada kebaikkan dan juga keburukkan smartphone ni tapi kita sebagai parents haruslah memantau anak-anak apabila mereka menggunakan telefon ini dan ia mampu mengeratkan lagi kemesraan antara ibu bapa dan juga anak-anak. 


Dengan dunia yang serba moden ini, mama memang bagi jer anak-anak mama menggunakan smartphone untuk bermain dan belajar. Sebenarnya mama sendiri tak galakkan anak-anak bermain di luar sebab zaman sekarang bukan zaman dahulu yang boleh keluar bermain sesuka hati. Orang kata dah tak selamat bagi anak bermain di luar tanpa pengawasan ibu bapa. Yer lah risau pulak kang anak diculik ker apa ker kan. Jadi bagi mama baik mereka duduk di rumah dan bermain sambil belajar dengan smartphone. Nak bagi smartphone pun bukan la mama senang-senang nak bagi yang mahal hahaha so mama akan bagi smartphone yang mampu milik iaitu dari Wiko Tommy 3. 

Smartphone Wiko Tommy 3 ini merupakan satu jenama buatan dari Perancis yang sangat bergaya, trendy dan stylo sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Mama sendiri pun berkenan dengan telefon ni sebab ringan dan solid jer kalau kita pegang di tangan. Yang menariknya Wiko Tommy 3 ini mempunyai paparan skrin yang luas iaitu 5.45 inch membuatkan skrin telefon ini besar dengan nisbah 18:9. 

Antara yang terdapat dalam box Wiko Tommy 3

Spesifikasi telefon Wiko Tommy 3 :-
  • 18:9 Widescreen Format
  • 5.45 "Paparan IPS
  • 4G LTE
  • ROM 16GB (Boleh diperluas melalui MicroSD
  • Kamera Belakang 8MP & Kamera Depan 5MP Selfie Flash Front
  • Ciri-ciri Kamera (HDR Auto, Live Filter, Face Beauty dan banyak lagi)
  • Android 7.1 (Nougat)
  • Dual SIM
Warna Cherry Red yang menjadi pilihan hati mama. 

Juga terdapat pilihan warna yang lain seperti Anthracite, Gold & Bleen

Skrin yang cukup luas. 

Nipis dan solid jer telefon ni. 

Salah satu pembelajaran yang kerap digunakan dalam telefon Wiko Tommy 3 ini adalah apps Mengaji. Apps Mengaji ni memang hari-hari guna sebab mama mengajar mengaji Muqaddam dalam telefon sahaja. Kalau suruh mengaji Muqaddam biasa memang banyak jer alasan bebudak ni tau. Penat la dahaga la mengantuk la. Ada jer alasan-alasan dia orang tak nak mengaji. Dengan Mengaji menggunakan telefon ni terus anak-anak mama jadi berminat dan ralit mengaji. Kalau dia orang tak tahu ayat tu boleh jer play suara dan boleh jer ikut dengan mudah. 

Excited yer memasing kalau dapat main telefon Wiko Tommy 3 ni.

Ini bukan anak-anak jer dapat mengaji, mama pun boleh mengaji sama nih.  


Selain dari pembelajaran, kelebihan yang lain iaitu mempunyai kamera belakang 8 megapixel dan kamera hadapan 5 megapixel yang dilengkapi dengan kesan tambahan pada camera seperti Face Beauty, Live Filters dan Time-Lapse. Walau kamera Wiko Tommy 3 ni hanya 8 megapixel tapi kan memang cantik jugak. Boleh la anak-anak tangkap gambar sebab dia orang pun nak jadi blogger. Hehehe dah berjangkit dengan mama la asyik nak tangkap gambar jer. Ok la camera Wiko Tommy 3 ni kira ok la untuk bergambar tapi mama sarankan ketika ada cahaya matahari baru gambar jadi cantik. 

Gambar selfie dengan Qeisya. Nice kan.

Gambar guna kamera belakang. Cantik kan nampak sharp pulak. 

Trendy kan Wiko Tommy 3 ni. Seksi tau warna dia.


Sempena promosi Ramadan untuk harga Wiko Tommy 3 sekarang hanya RM329 sahaja. Giler memang harga yang sangat mampu milik untuk semua orang. Ehh bukan tu jer dapat tau setiap pembelian korang akan dapat hadiah PERCUMA iaitu iRing, Headphone, Stick Selfie (sementara stok masih ada). Warranti diberikan selama 120 hari (T&C Applies) Bagi tempoh promosi ini dari 15 Mei hingga 14 Jun 2018. Untuk pembelian boleh beli secara online melalui pengedar sah di Lazada, Shopee, Facebook Wiko Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-


#WikoMobileMY #WikoTommy3 #WikoRaya

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook