Info

9 Khasiat Herba Tradisional Melayu

8:10 AM

Herba adalah tumbuh-tumbuhan digunakan sebagai bahan perasa, makanan, perubatan dan wangian. Dalam aspek perubatan, beberapa bahagian tumbuh-tumbuhan seperti daun, akar, bunga, biji benih dan batang digunakan untuk mengubati sesuatu penyakit. Masalah berkaitan de­ngan kulit, sistem pencernaan dan berat badan dapat dibantu dengan penggunaan herba. Herba semula jadi ini membantu menyembuhkan senggugut, bisa-bisa dalam badan, membantu memperbaiki kitaran haid tak menentu, dijadikan mi­nyak urut untuk wanita baru bersalin, memulihkan sakit sendi dan juga lenguh badan.


Lebih menarik apabila mengetahui bahawa herba ini senang ditemui dan mudah didapati di persekitaran kita. Sebut sahaja halia bara, lengkuas, buah pala, serai, limau purut, daun pudina, cengkih dan avokado pasti anda pernah menjumpai.

  • Buah pala buang angin dan kurangkan tekanan darah tinggi. 
Buah pala atau nama saintifiknya Myristica fragrans Linn sering digunakan sebagai ubatan tradisional. Buahnya boleh dibuat jeruk manakala pucuknya dijadikan ulam dan dimakan bersama nasi. Buah pala baik untuk membantu mengubati penyakit tekanan darah tinggi serta mengeluarkan angin dari dalam perut. 

  • Minyak kayu putih penyembuh kulit 
Kayu putih atau nama saintifiknya melaleuca cajuputi powell mempunyai pelbagai khasiat daripada minyaknya. Selain mengeluarkan bau wangi, minyak kayu putih membantu menyembuhkan penyakit kulit dengan khasiat vitamin E. Ia mengurangkan sakit sendi, menenangkan fikiran dan menghilangkan parut atau 'stretch mark‘ pada badan.

  • Lengkuas lancarkan peredaran darah 
Lengkuas atau dikenali dengan nama Alpinia Galanga mengandungi bahan antioksida semulajadi yang membantu meminimumkan kerosakan disebabkan radikal bebas dan racun lain di dalam tubuh. Selain itu, lengkuas mampu meningkatkan peredaran darah di dalam tubuh. Peredaran darah yang lancar akan mengekalkan jantung sihat. 

  • Ingin mencegah mabuk laut dan mual? 
Kunyah beberapa hiris lengkuas segar dan rasa mual akan hilang dengan cepat. Masalah kulit juga dapat dipulihkan dengan lengkuas. Masalah seperti panau dan ekzema mampu diatasi kerana leng­kuas mengandungi bahan kimia semula jadi yang mampu menghapus bakteria pada permukaan kulit.  

  • Limau purut untuk kecantikan kulit dan rambut 
Limau purut atau nama saintifiknya Citrushystrix ini tidak kurang hebatnya dan sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Ia mengandungi asid sitrik semulajadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Limau purut dapat membantu merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta mengurangkan masalah kelemumur. Ambil sebiji buah limau purut, belah dua dan sental pada permukaan kulit kepala. Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. 

  • Serai untuk melangsingkan tubuh 
Serai atau nama saintifiknya Cymbopogon citratus selalu digunakan dalam masakan seharian dan juga dalam pembuatan minyak wangi. Bahan antibakteria serta elemen detoksifikasi yang terkandung di dalam serai boleh membantu menurunkan berat badan dan membuang lemak. Kajian mengatakan dengan 100 gram serai yang mengandungi bahan antikoksidan membantu mengelak kanser. 

  • Buang angin dengan halia 
Halia telah digunakan sebagai bahan penambah rasa di dalam makanan sejak zaman-berzaman. Ia biasanya bermanfaat untuk mengurangkan masalah tidak hadam, angin di dalam perut serta memperbaiki saluran usus. Kajian saintifik mendapati halia mengandungi sifat-sifat teraputik yang menghalang pembengkakan dan kesan antioksidan. Halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. 

Juga, hasil kajian dari University of Michigan Medical School mendapati bahawa akar halia baik untuk mengurangkan simptom kanser kolon serta membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain. 

  • Daun pudina untuk kebaikan luaran dan dalaman 
Pudina atau nama saintifiknya Mentha Pipenta dikenali mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan terutama daunnya. Dengan sifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Daun pudina baik untuk mengurangkan masalah ketidakhadaman, sakit kepala, jerawat, masalah mulut, asma, masalah haid wanita dan mengurangkan masalah kemurungan. Tidak hairanlah apabila pudina banyak digunakan dalam ubat gigi, ubat batuk dan ubat kumur untuk penjagaan harian. 

  • Sembuhkan batuk dan sakit gigi dengan cengkih 
Manfaat cengkih untuk kesihatan telah terkenal sejak berzaman lagi. Bagi kaum cina, cengkih digunakan untuk menghilang­kan nafas berbau dan bagi pengamal perubatan Ayurveda pula sering menggunakan cengkih sebagai teh. Ia baik untuk mengurang­kan masalah sakit gigi dan gusi. Cuba letakkan dua batang cengkih ke dalam mulut anda. Biarkan cengkih lembut dan gigit perlahan-lahan untuk melepaskan kandungan minyak di dalamnya. Seterusnya, gerakkan cengkih ke bahagian gigi yang sakit dan biarkan selama 30 minit. Minyak cengkih ini berfungsi untuk melawan bakteria. 

  • Avokado untuk kecantikan wajah 
Avokado mempunyai kandungan lemak tidak tepu yang baik untuk membaiki ton kulit. Minyak ini penting untuk melembapkan kulit supaya kelihatan sihat dan lembut apabila disentuh. Avokado juga melindungi kulit dari kedutan dan jeragat. Ini kerana kandu­ngan vitamin E yang tinggi di dalam avokado menghalang daripada sinaran cahaya UV yang berbahaya serta vitamin C yang membantu pembentukan elastin dan kolagen untuk memastikan keanjalan kulit. 

Dengan sembilan herba ini, kita boleh mendapatkan manfaat kesihatan dengan mudah. Kita boleh sediakan sebagai bahan makanan di dalam sajian atau dimakan begitu saja. Kini, untuk memperolehi kulit yang cantik dan badan yang sihat tidaklah sesukar mana dengan herba-herba yang memang ada di sekeliling kita.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook