Dinosaur Kingdom @ Club 360 Ecohill Semenyih

4:17 PM

Bulan puasa lepas mama ada press conference di Club 360 Ecohill Semenyih untuk program Dinosaur Kingdom. Masa press conference pun dah teruja untuk event ni. Heheh kalau Qebal & Qeram sure lagi tasabar nak pergi. Ok memandangkan Dinosaur Kingdom ni jatuh time raya so lepas raya lah kami perginya. Huhh ada event macam ni di area Semenyih confirm ramai umat yang datang sampai parking pun jauh giler. Ingat nak pergi la siang, orang kata senang skit nampak dan gambar pun cantik.. tapi dah ramai sangat umat kami kena cancel dan pergi malam lah. Tak sanggup pulak nak menempuh dengan orang ramai ni. huahuahua.. Dah jom tengok apa menarik kat sini. 


Sebelum masuk mama pergi redeem tiket di kaunter tiket dulu. Alhamdulillah syukur anak-anak masuk sini dengan FOC sahaja. Ini semua tiket dari hasil mama buat job event ni.. Syukur sangat dapat tiket untuk 4 pax dan 40 token untuk bermain. Kalau sendiri keluar duit ni.. nanges jugak mama nak bayar.. So kami pergi malam dalam pukul 8 malam macam tu. Wehuuu tak ramai orang kekdahnya... 

Suasana Dinosaur Kingdom sebelah malam. Kalau sebelah siang lagi cantik tauuu..

Sesi memaksa anak-anak bergambar.. Huahuahua.. 

Yeahh banyak T-rex dalam ni.. Qeram penakut pait.. nyampah!!!

Tak menahan en papa pun ride Dino jugak.. Ini sorang 2 Token. 

Budak ni berani main boat Dino jer lah.. ini pun 2 token. 

Korang datang siang cantik sangat kat sini tapi panaih yarabbi mama tak sanggup!!

Tulang apa nama binatang ni.. Qeram tau.. mama tak tau.. 

Lepas jelajah sebelah sini, kami berjalan ke sebelah sana pulak. heyy malam pun jalan pecah peluh jugak. hahaha. Ada main race car mini ni so pakat naik la mama, Qebal & Qeram. Kat sini pun sama 2 token jugak. Pakat main la keta mini ni punya syiok. Mama pun tak ketinggalan. hahaha. dia orang siap pakai seat belt kan mama tak payah sebab besar hahaha.. Budak kecik naik comel dan korang bayang mak budak naik. kofkofkof tak payah bayangkan!! 

Alaa tomei tomei.. 

Ride baby dino pulak. ni 2 token jugak. fuhh semput nak perabiskan token

Kemudian kami masuk 5D Cinema. Ok mama ingat tengok dinosaur la sekaliiii kena naik roller coaster tapi hanya duduk kat seat dan pakai spek mata 5D ni jer. Heyyy bencik betul rasa macam naik roller coaster betul tau!! duduk dekat seat tu mama pejam mata dan menjerit.. hahahah cisss tak mau dah masuk 5D cinema ni.. scary ok kahkahkah.. Nak masuk sini sorang 3 token. Yang kelakar lepas jer keluar dari 5D Cinema ni Qeram bantai nagis katanya takut kekekek..

Sempat mama selfie sebelum start tau.. 

Dekat Dinosaur Kingdom ada tempat mainan macam ala-ala fun fair tu.. Alaaa yang baling besi masuk dalam botol, pukul bola masuk dalam bekas la.. ehh macam-macam la tapi biasalah perabiskan token dan tak menang satu pun. bazir jer token hahahah.. Lepas tu Qebal ajak main ketuk-ketuk ais. Pebenda la ntah sempat mata dia memerhati dekat dalam ni. So mama layankan jer. Sebab nak perabiskan token yang ada. huhuhu

Ni hahh ketuk ais dan dalam tu ada telur dinosaur. Dalam telur tu ada toys dinosaur. Gigih la depa ketuk ais beku tu. 

Dapat la 3 toys.. habuan bawak balik rumah kan.. 

Asyik gambar anak-anak jer kan.. mama pun selfie lah satu kali dekat T-rex ni.. kesian tukang camera gini dah lerrr...

Tadaaa wefie kami anak beranak. Berguna juga monopod ni yehaa.. Qeisya tengok apa tuuu.. 

Dah dah mama nak abadikan gambar kenangan di Dinosaur Kingdom dalam blog mama. Korang cepat terjah ke Dinosaur Kingdom di Club 360 Ecohill Semenyih sehingga 8 Julai 2018 sahaja. Cepat-cepat sebelum terlepas event ni. Korang nak beli tiket  boleh jer beli di kaunter tiket Dinosaur Kingdom atau secara online di www.themepaktu.com

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook