App Review

Hargapedia App | Membantu Anda Membandingkan Harga Dan Penjimatan Ketika Membeli-Belah

10:27 AM

Pernah korang rasa tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi pada masa sekarang? Yeah benda yang paling terasa semasa kita tolak troli di shopping mall. Fuhh memang terasa sangat tambah masa nak beli barang peralatan grocery setiap bulan seperti susu, pampers, minyak, beras dan lain-lain lagi. Sebelum ni mama tak nafikan kalau pergi mall mesti kena ingat mall mana yang murah.

Jangan tak tahu mama pernah survey sampai 3,4  masuk mall punya nak survey harga murah. Last-last terpaksa pusing balik ke mall yang sebelum ni untuk beli sebab kat situ murah. Tak ker membazir masa namanya tu kan. Hahh sekarang tak perlu risau sebab sekarang ada app yang lebih mudah untuk membandingkan harga dan penjimatan ketika membeli-belah. 



Mesti ada yang familiar dengan app Hargapedia kan? Ok app Hargapedia ni memang sangat membantu kita untuk membandingkan harga barangan runcit yang popular di Malaysia. Untuk pengetahuan korang, dengan app Hargapedia ini membolehkan kita mencari serta membandingkan harga promosi terbaik dari peruncit utama seperti Tesco, Giant, Mydin, Econsave, Aeon dan banyak lagi. 

Terdapat lebih daripada 40 pasaraya besar dan kecil samada farmasi, kedai serbaneka yang mengambil bahagian untuk memaparkan produk atau jenama di app Hargapedia ini seperti gambar di bawah. Seperti di kawasan rumah mama terdapat 5 tempat yang kerap mama kunjungi untuk membeli barang setiap bulan. Jadi dengan Hargapedia ini mudah untuk terus bandingkan harga dan terus pergi ke tempat tersebut. 


Dalam app Hargapedia ini juga terdapat lebih daripada 5000 produk dan pelbagai jenama yang boleh ditemui. Ini sekaligus memberi pilihan yang lebih banyak kepada pembeli sebelum membeli barang dengan mudah. Sebelum mama shopping mama akan list kan barang-barang dan boleh search di app Hargapedia untuk dapatkan harga yang murah dahulu. Jadi masa shopping mama lebih singkat dan pantas. 


Yang paling mama suka mengenai app Hargapedia ini pada bahagian e-katalog. Yeah sebelum ni kalau pergi ke pasaraya mesti mama ambil katalog ni duk tengok harga paling murah. Kekadang tu sampai jadi sampah dalam kereta fuhh rasa pencemaran jer kan dengan kertas-kertas macam ni. Sekarang dunia dah semakin maju jadi kita guna jer app Hargapedia sebab ada ruangan e-katalog dari pasaraya seperti Tesco, Aeon Big, Giant, Econsave dan lain-lain lagi. Kan lebih mudah dan lebih jimat serta tiada pencemaran kertas yer tak!


Nampak macam best kan app Hargapedia ni. Serius aahh memang terus rasa nak shopping tapi dalam masa yang sama survey hanya hujung jari jer dulu. Hehehe.. Sekarang kan musim bola sepak dunia mesti ada yang nak makan snek sambil layan bola tengah malam kan. Nahh kat app Hargapedia ni memang bagus betul siap dah senaraikan harga snek pada setiap pasaraya lagi. Dari sini korang boleh tahu dekat mana murah. Contohnya macam air 100+ tu kan sebelum beli korang search jer dulu lepas tu terus terjah pasaraya yang harga murah tu. 


REVIEW MAMA mengenai App Hargapedia

Pertama kali mama guna app Hargapedia ni memang mama terus suka sebab sangat mudah untuk buat perbandingan harga dan mudah untuk dapatkan harga paling murah pada setiap pasaraya. Dengan app sebegini bukan sahaja memudahkan kita sebagai pengguna malah memberi penjimatan yang lebih berganda. 

Contoh setiap bulan mama wajib membeli diaper untuk Qeisya. Yer kekadang tu sampai 3, 4 pasaraya mama masuk untuk cari diaper murah. Penat tau dan membazirkan masa dan tenaga jer. Tapi dengan app Hargapedia mama tak perlu terjah beberapa pasaraya lagi kerana setiap kali nak pergi beli mama boleh search di app Hargapedia untuk bandingkan harga yang murah. Contoh seperti di bawah ni nampak harga diapers Drypers paling murah adalah di Econsave. Kalau takder app macam ni memang mama tak tahu di situ harga yang murah. 


Dengan perbandingan seperti begini mama boleh jimat sangat. Kalau kata mama beli di Tesco dengan harga RM35.65 dah rugi RM7.75 tau. Aduhh walau RM7 lebih pun tapi duit juga kan. So wajiblah kena buat perbandingan harga sebelum mama shopping kalau tak terlebih belanja lah setiap bulan kan. Selain itu banyak lagi mama buat perbandingan barangan seperti susu, beras dan lain-lain lagi. 


Mesti ada yang jenis buat perbandingan macam mama kan. Takper ia bagus untuk kita buat penjimatan semasa membeli belah ni. Lepas ni korang download jer app Hargapedia dan buat perbandingan terlebih dahulu. Tak susah pun lah senang jer nak guna app ni yer dan korang akan jadi pembeli yang bijak dengan ekonomi sekarang yang tengah gawat. Apa lagi cepat korang download  app ni sekarang dan ianya PERCUMA. Nampak mama dah download app Hargapedia ni jom kita jadi pengguna yang bijak dan selamat bershopping!

Untuk download dan info lanjut mengenai Hargapedia sila layari :


Download App Hargapedia :

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. Senang kalau boleh buat perbandingan harga camni. Boleh jimat dengan lebih banyak :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook