Blogger Review

ICE AGE ALIVE @ MaTiC Kuala Lumpur

12:27 AM

Ice Age Alive @ MaTiC Kuala Lumpur | Baru jer lepas pergi tengok dinosaur tup tup minggu lepas tengok lagi. Hahaha. Sekarang ni pergi mana jer mesti ada dinosaur untuk menarik minat kanak-kanak. Yer lah dinosaur ni mana wujud lagi pada zaman sekarang. kalau takder pameran seperti ni anak-anak kita memang tak kenal langsung kewujudan haiwan dinosaur tu. Betul tak? Apa yang menarik di Ice Age Alive jom tengok kat bawah. 


Ok Ahad lepas mama berpeluang pergi ke Ice Age Alive di Kuala Lumpur. Pameran Ice Age Alive ini telah diadakan di Malaysia Tourism Centre (Matic) Kuala Lumpur dari bulan May sehingga 31 December 2018. Yang menariknya pameran Ice Age Alive ni adalah pameran paling sejuk yang membawa pengunjung merasai berada di sekitar zaman ais. Anak-anak kalau sebut jer Dinosaur memasing dah teruja tapi sampai jer sana nak dekat takut katanya macam dinosaur betul. Ok jom tengok dalam pameran Ice Age Alive ni. 

Ini kunun gaya t-rex ehh.. 

Tadaaa nampak tak t-rex ni. Inilah size sebenar t-rex tau. Fuhh memang besar giler. Mau kata hidup jenuh lari lintang pukang hahaha. Mama siap cerita dekat anak-anak betapa besarnya t-rex ni dan berasal dari mana. Ehh terlupa pulak t-rex ni berasal dari mana yer.

Sabertooh Cat.. dia orang pelik binatang ni tak pernah nampak. Yer lah dah banyak dah pupus la sayang oihh.. 

Ini mama tau Mammoth. Macam biasa bebudak ni kata gajah. Hahah gajah pun gajah la.. yang bestnya kalau korang dekat dengan binatang ni akan dengar bunyi so korang jangan terkejut ok. 

Ini rusa ker apa. nama binatang ni mama nak sebut pun tergeliat lidah tau punya susah. 

Serius mama kagum. Anak-anak pulak banyak bertanya semua binatang yang ada dalam ni. 

Dodo Bird.

Selain dari pameran Ice Age Alive ini terdapat beberapa aktiviti menarik seperti Jumping Castle, Ice Skating Rink, Fossil Digging, games dan lain-lain lagi. Memandangkan anak-anak memang jakun skit tengok ice so dia orang main ice salji jer lah sampai puas. Hehehe. 



Yeah best kan. Hahh korang yang tak tahu nak pergi mana boleh lah bawa anak-anak ke Ice Age Alive dan merasai pengalaman berada di dalam ice sambil mengetahui sejarah mega fauna serta info mengenai spesis haiwan-haiwan yang telah pupus ini. 

Tiket boleh dibeli di kaunter atau secara online di website Ice Age Alive. 

Harga Tiket Ice Age Alive
Dewasa : RM29.50
Kanak-kanak : RM19.50
Family (2 dewasa + 2 kanak-kanak) : RM85.00

Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam.

Untuk maklumat lanjut boleh layari : 

Website : www.iceagealive.com
Facebook : www.facebook.com/IceAgeAliveKualaLumpur
Instagram : www.instagram.com/iceage_alive

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook