Press Release

Potongan Harga Terendah di Ekspo Elektronik Shopee

8:30 AM

Shopee akan melancarkan Kempen Ekspo Elektronik Shopee - Jaminan Harga Terendah (LPG), promosi hangat dari 23 hingga 26 Julai 2018. Lebih daripada 20 jenama elektronik turut serta termasuklah Armaggeddon, Alcatroz, honor, Mono Digital, Philips, Russell Taylors, Tefal, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi. Terdapat lebih daripada 1,000 produk termasuklah telefon pintar, gajet, kelengkapan rumah, komputer dan aksesori yang boleh dibeli dengan potongan harga sehingga 90%.

Pengguna boleh menikmati harga terendah bagi semua produk yang dilabel ‘Lowest Price Guaranteed’ (Jaminan Harga Terendah) dan sekiranya mereka terjumpa produk yang sama dijual di platform lain pada harga lebih rendah, Shopee akan menebus semula 120% daripada perbezaan harga tersebut dalam bentuk syiling Shopee.


Menurut kata Pengarah Urusan Serantau Shopee, Encik Ian Ho, “Shopee telah bertumbuh pesat pada tahun 2018 dan telah menjalinkan usahasama dengan pelbagai jenama terkemuka bagi mengembangkan lagi kategori produk elektronik seperti Mobil & Gajet, Komputer & Komputer Riba dan Kelengkapan Rumah untuk menawarkan produk berkualiti. 

Contohnya, jualan murah eksklusif honor 9 Lite yang berjaya menjual 1,000 unit dalam tempoh lima minit, membuktikan kecenderungan rakyat Malaysia yang memilih produk elektronik bertaraf premium. Dengan Ekspo Elektronik ini, Shopee mengambil selangkah lagi untuk menjadi pusat sehenti platform membeli-belah dalam talian yang memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia."


Shopee akan menawarkan Jualan Kilat Shocking Sale sepanjang tempoh 24-jam dengan pelbagai produk elektronik berjenama pada 23 Julai 2018. Jadi, pengguna berpeluang merebut jualan murah elektronik seperti papan kekunci dan tetikus wayarles daripada jenama Logitech. Manakala, bagi penggemar music boleh dapatkan alat bantuan audio (headphones) daripada jenama Marshall dengan harga istimewa. Pelbagai lagi produk berkualiti dijual pada harga menarik termasuk cakera keras storan (external drive) daripada jenama Seagate dan rangkaian jam pintar untuk mereka yang aktif.


Sepanjang 4 hari Ekspo Elektronik ini berlangsung, pengguna boleh dapatkan ratusan produk di LPG Tech Zone. Setiap hari, Shopee akan menampilkan dua jenama elektronik terkemuka dengan barisan produk pada harga menarik. Jadi, pengguna boleh membeli-belah dari rangkaian jualan murah mengikut tema kempen bagi memenuhi keperluan elektronik mereka. 

Di “LPG Tech Zone”, lebih 500 produk termasuk telefon pintar bertaraf premium, kamera dan komputer riba daripada Xiaomi, Huawei, honor, ASUS dan jenama besar yang lain turut menyertai kempen jaminan harga terendah. Bagi pengguna yang mencari kelengkapan rumah moden boleh meninjau kempen jualan murah “Everything for Your Home” sepanjang ekspo ini untuk menikmati promosi hebat seperti jenama Philips, Senheng, Tefal, Midea dan macam-macam lagi. Bagi penjimatan berganda boleh tebus baucar bernilai sehingga RM100,000.


Khas buat pelanggan Shopee di Facebook, jom sertai pertandingan “Tag a Bro, Win Like a Pro” dari 23 hingga 26 Julai 2018. Syaratnya mudah sahaja hanya ambil gambar produk elektronik dengan label LPG di Shopee, kemudian tag seorang kawan lelaki dan tinggalkan komen mengapa mereka ingin memenangi produk tersebut. Pemenang bertuah akan menerima produk elektronik kegemaran mereka bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan anda. 

Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/m/electronics-expo bermula 16 Julai 2018. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di App Store atau Google Play.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook